Demokrasi terpimpin, itulah antara slogan-slogan manis yang digunakan oleh pemimpin UMNO dan BN bagi menghalalkan mereka mencabul kesucian demokrasi.
Kononnya rakyat Negara ini yang kebanyakannya buta dan tidak faham amalan demokrasi harus dipimpin untuk mereka memahaminya. Malangnya rakyat dipimpin kearah yang lebih sesat sehingga menjadi lurus bendul.
Apabila rakyat dapat diperbodohkan, mudahlah mereka memerintah dan berkuasa mengikut suka hati mereka, beraja di mata bersultan di hati. Sehingga apa sahaja yang dilakukan oleh pemimpin samada baik atau tidak, semua diterima bulat-bulat tanpa banyak soal.
Demokrasi terpimpin dan demokrasi acuan kita sendiri yang mereka tanamkan dalam pemikiran rakyat, menyebabkan kebanyakan rakyat Negara ini tidak lagi kenal dengan demokrasi yang sebenar.
Kepada mereka demokrasi ialah mengundi UMNO dan BN dalam setiap pilihanraya, dan Negara akan jadi huru hara kalau parti pembangkang memerintah.
Demokrasi yang sebenar, yang memberi kebebasan memberi pendapat, kebebasan bersuara, kebebasan media, kebebasan berhimpun telah menjadi suatu yang janggal kepada mereka dan tidak boleh dilaksanakan di Negara ini. Mereka hanya boleh terima demokrasi ala UMNO dan BN saja.
Tidak hairanlah kalau kebanyakan mereka terkejut beruk bila PM Najib sendiri bercakap mengenai perlunya dilakukan pembaikan SPR dan sistem pilihanraya, kerana selama ini dalam pemikiran mereka tertanam anggapan tidak ada cacat cela dengan SPR dan sistem pilihanraya itu.
P. Ramle seorang manusia yang mempunyai kebebasan dalam pemikiran, tidak hairanlah kalau beliau yang berfikiran kreatif itu dapat menghasilkan karya yang sungguh bermutu tinggi, ini kerana beliau tidak mudah diperbodohkan dengan demokrasi terpimpin dan slogan-slogan yang sewaktu dengannya.
ELOK LA...
4 hours ago
2 comments:
Tidak hairanlah kalau kebanyakan mereka terkejut beruk bila PM Najib sendiri bercakap mengenai perlunya dilakukan pembaikan SPR dan sistem pilihanraya, kerana selama ini dalam pemikiran mereka tertanam anggapan tidak ada cacat cela dengan SPR dan sistem pilihanraya itu.
Itu adalah petikan dari tulisan tadi
Disini saya ingin mengatakan PM berbuat demekian kerana desakan Pembangkang supaya pembaikan SPR dibuat walaupun hakikatnya SPR memang telah menjalankan tugas mereka dengan baik, sekiranya PM tidak melayan perkara ini sudah tentu Pembangkang akan mengatakan PM takut kalah dan menjadi Isu dalam berkempen. Inilah orang cakap buat pun salah tak buat lagi salah. Tapi mujurlah kita ada PM yang baik dan jujur dalam mentadbir negara, bukan macam Pembangkang.
mak hang bodo
Post a Comment