Buat renungan saudara-saudara ku yang memilih wadah keganasan dalam perjuangan:
"Bukanlah tujuan Nabi itu diturunkan untuk membunuh manusia kafir tetapi adalah untuk mengeluarkan manusia dari kekafiran".

Thursday, August 25, 2011

Pemimpin autokratik dan diktator Arab telah pupus, tetapi raja Arab belum terjejas, kenapa?

Kalau kita lihat perkembangan politik di Timur Tengah sekarang ini, satu persatu pemimpin autokratik dan diktator Arab telah diturunkan oleh rakyat yang mendesak dan mahukan demokrasi yang adil dan bebas dilaksanakan di Negara mereka. Bermula di Tunisia, kemudian diikuti oleh Mesir, Yaman dan terbaru ialah Libya.


Tetapi peliknya sehingga kini, Negara-negara Arab yang diketuai oleh Raja atau mengamalkan pemerintahan Monarki masih belum terjejas lagi. Pada peringkat awalnya, kita menjangka Negara-negara Arab yang diketuai oleh raja-raja ini yang terlebih dahulu mengalami reformasi atau revolusi dari kebangkitan rakyat di wilayah Arab ini, tetapi nampaknya ia tidak berlaku seperti yang kita jangka.

Kalau hendak dibandingkan Muammar Gaddafi, pemimpin Libya, dengan sesetengah raja-raja Arab lain itu, dari segi amalan hidup yang suka bermewah-mewah, membazir dan berfoya-foya, Gaddafi jauh lebih baik lagi.

Apatah lagi dengan amalan politik, dikatakan ramai pengkritik dan penentang raja, hilang begitu sahaja tanpa dapat dikesan, dan tidak diketahui apa yang telah terjadi kepada diri mereka.

Apakah kelebihan raja yang membuatkan mereka masih selamat?

Mungkin ini ada hubung kait dengan mitos dan kepercayaan masyarakat terhadap raja sehingga sukar untuk dikikis dari pemikiran dan amalan mereka.

Kepada sesetengah masyarakat, raja dianggap wakil Tuhan di alam dunia ini. Darah keturunan raja dianggap lebih mulia dari manusia biasa.

Raja bukan sahaja sebagai pemimpin yang berkuasa ke atas rakyat baginda, malah semua sumber Negara adalah menjadi milik mutlak raja termasuklah minyak yang terdapat dalam perut bumi negaranya.

Ada juga masyarakat yang mengangkat raja sebagai ketua agama meskipun tingkah laku sesetengah raja itu ada yang tidak secocok dan selari dengan akhlak agama. Mungkin kerana raja telah dianggap berketurunan mulia maka ia terus dimuliakan walaupun berperangai tidak mulia.

Malah cara rakyat bertutur atau berkomunikasi dengan raja sangat berbeza dengan rakyat biasa berkomunikasi sesama mereka. Raja dan keturunannya dianggap mempunyai darjat yang istimewa berbanding manusia biasa, oleh itu protokolnya tidak sama dengan protokol rakyat biasa.

Walaupun Muammar Gaddafi seorang pemimpin yang amat berkuasa, tetapi kepada orang Arab beliau masih manusia biasa, bukan bertaraf raja.

Mengkritik dan menentang raja dianggap sebagai durhaka, satu label yang sangat digeruni oleh sesiapa jua. Sedangkan menentang Muammar Gaddafi hanya dianggap sebagai pemberontak atau pengkhianat sahaja.

Selalunya, kalau ingkar dengan perintah Tuhan dan ibubapa sahaja dianggap sebagai durhaka, tetapi label durhaka ini telah digunapakai juga kepada yang menentang raja. Di zaman dulu, mereka yang durhaka kepada raja boleh dihukum bunuh tanpa banyak soal.

Itulah antara kelebihan raja. Rakyat bukan sahaja dicengkam oleh kuasa yang dimiliki raja, tetapi juga dicengkam oleh mitos dan kepercayaan yang telah lama melekat dalam pemikiran rakyat terhadap raja.

Mungkin faktor inilah yang telah dapat membantu mengekang rakyat untuk menentang raja-raja Negara Arab.

Wednesday, August 24, 2011

It's over! Gaddafi is finished!

Setelah 42 tahun memerintah Libya, hari ini Diktator Muammar Gaddafi meniti hari-hari terakhir kejatuhannya.


Tsunami kebangkitan rakyat yang mahukan demokrasi dan kebebasan bersuara yang melanda wilayah Arab sekarang ini tidak mampu disekat lagi. Satu persatu pemimpin-pemimpin diktator Arab telah diturunkan oleh rakyat mereka.

Bila rakyat sudah bangkit menentang, tidak ada pasukan tentera di dunia ini mampu menahannya.

Muammar Gaddafi bermula menjadi pemimpin Libya melalui satu rampasan kuasa tentera yang dipimpinnya. Muammar Gaddafi bertanggungjawab menurunkan Raja Idris dari takhta yang memerintah Libya ketika itu.

Muammar Gaddafi adalah pemimpin Arab yang anti Barat dan penentang Israel yang kuat. Di satu masa, kewujudan beliau amat diperlukan bagi mengimbangi kuasa Barat di wilayah Arab.

Suasana dunia dan wilayah Arab sekarang telah jauh berubah, Muammar Gaddafi harus menerima hakikat ini. Seperti yang selalu dikatakan, kelemahan seorang pemimpin itu ialah tidak tahu masa mana yang sesuai beliau harus meninggalkan tampuk kuasa, apatah lagi kalau pemimpin diktator seperti Muammar Gaddafi ini.

Friday, August 19, 2011

Pembaharuan pilihanraya, tahniah PM Najib

Langkah PM Najib mengumumkan untuk mewujudkan pembentukan satu jawatankuasa pemilih Parlimen bagi meneliti status sistem pilihan raya ekoran kritikan dan dakwaan wujudnya banyak kepincangan dan kecacatan, memang patut dialu-alukan dan kita harus melihatnya sebagai langkah yang positif ke arah pilihanraya yang bersih dan adil.


Walaupun pengumuman PM ini seperti memberi tamparan dan memalukan PATRIOT dan PERKASA yang kuat menentang BERSIH sebelum ini, tetapi mereka kenalah terima kenyataan bahawa tuntutan BERSIH itu memang mempunyai asas yang kuat. Kalau tidak, masakan PM Najib akan membuat pengumuman yang sehaluan dengan tuntutan BERSIH itu.

Lepas ini eloklah ketua PATRIOT, Azeeez Rahim dan ketua PERKASA, Ibrahim Ali pergi berjumpa Pengerusi BERSIH, Ambiga untuk memohon maaf atas sikap buruk sangka mereka sebelum ini.

Sebelum ini juga, orang kuat SPR, Wan Ahmad telah bertegas tidak akan melayan tuntutan BERSIH sekalipun BERSIH mengadakan demonstrasi jalanan.

Memang betullah kata Wan Ahmad itu, tidak ada siapa boleh mengubah pendirian SPR kecuali Perdana Menteri. Perubahan sistem pilihanraya mestilah atas kehendak Perdana Menteri dan parlimen. Wan Ahamad hanya menjalankan tugas seperti yang telah diperuntukkan saja. Sebab itu jugalah, memo tuntutan BERSIH bukan dihantar kepada SPR tetapi kepada Agong, simbol ketua Negara kita.

Moga PM Najib melalui jawatankuasa pemilih yang akan diwujudkan itu nanti bukan sahaja akan meneliti kepada tuntutan BERSIH tetapi akan membuat lebih baik lagi dari yang dikehendaki oleh BERSIH, supaya rakyat dapat melihat PM Najib dan BN benar-benar serius untuk mengamalkan pilihanraya yang bersih, telus dan adil.

Moga perubahan yang dilakukan itu bukan sekadar gimik dan retorik untuk menyedapkan hati rakyat sahaja. Kita tidak mahu hanya perubahan pada nama SPR dan perubahan komestik sahaja, seperti yang telah berlaku kepada badan-badan lain seperti Polis, SPRM dan Hakim sebelum ini.

Sebelum ini beberapa suruhanjaya telah ditubuhkan untuk mencadangkan perubahan kepada Polis, SPRM dan badan kehakiman, tetapi rakyat seperti tidak dapat merasakan adanya perubahan yang telah dilakukan selain dari perubahan pada nama dan menukar ketua organisasi tersebut.

Perubahan pilihanraya juga harus meliputi perubahan kepada amalan demokrasi, termasuklah memastikan kebebasan media dan memastikan media kerajaan tidak berat sebelah. Agensi-agensi kerajaan tidak harus dibenarkan menjadi kuda tunggangan dan alat kempen parti yang memerintah.

Sebenarnya, dalam keadaan prestasi parti BN sekarang ini berada dalam keadaan paling teruk di sepanjang sejarahnya itu, pembentukan pilihanraya yang bersih dan adil akan memberi kebaikan dan faedah kepada BN sendiri.

Kalau ditakdirkan BN kalah pada pilihanraya umum akan datang ini, dan sistem demokrasi dan pilihanraya masih kekal dalam keadaan ‘kotor’, mungkin BN akan terpaksa menunggu 50 atau 70 tahun lagi untuk menang semula seperti yang dialami oleh parti pembangkang sekarang ini.

Lihatlah Amerika, Britain dan Negara-negara maju yang lain, mereka tidak perlu menunggu melebihi masa 10 tahun untuk menukar kerajaan yang berprestasi buruk.

Janganlah kita termasuk kumpulan Negara-negara yang tidak ada kelas, yang selalu disindir dengan kata-kata, “kalau betullah pilihanraya dapat menukar kerajaan, sudah lama pilihanraya telah diharamkan di Negara ini”.

Monday, August 15, 2011

Kings of the Arab States, for the sake of Islam, give up your throne

Prophet Muhammad is not a King, he was the Apostle of God and the leader of the Muslims in the Arab lands before he died. He did not testament the leadership of the people and the Islamic Country to his sons or his relatives after his death.


Prophet Muhammad put upon the capacity and ability of a person as a principle quality to be a leader. Never did he qualify that blood and descendant as a condition or principle to be a leader.

Unfortunately selecting leadership in Islam has been manipulated by some parties in Islam, so that the ruling of dynasties and Kings in the Islamic countries was created, which is very contrary to the spirit of Islam itself.

Islam always emphasizes the all time leader should be by his morals and capacity, and this may not necessarily be produced by the descendants of a King or his dynasty system.

Sadly, there is a King in most Arab States now, be it from the monarchy or a constitutional King. Among them; the King of Saudi Arabia, United Arab Emirate King, King of Kuwait, Oman, Bahrain's King, King, King of Jordan and King of Morocco.

Other Arab Nations such as Egypt, Iraq and Libya also have Kings ruling the countries before they were overthrown.

Many people, including Muslims themselves, believe that the Government of the Islamic State must have a King. This is not a precise and misleading understanding towards Islam.

The Kings of these Arab countries, including the leaders of the Arab Countries, ruled as a dictator and autocratic using the backings of the muftis who will issued a fatwa which will defend and reinforce the position of the Kings and leaders.

For example, the mufti of Egypt ‘Ali Jum’ah – who appeared on Egypt TV asking the people of Egypt to stop the street demonstration against Egypt President Mubarak. He issued a ban using religious views, on those who demonstrated against Mubarak. He even supported the steps taken by Mubarak, alleging it as a move for reformation for the next seven months period.

But we all know that the people's mass demonstration should be seconded, and finally they were able to liberate Egypt from Mubarak’s claw. That's how the role played by the muftis of the other Arab countries, in maintaining the position of the leaders and Arab kings with their 'religious' fatwa.

Therefore, we called to the rest of the Kings and autocratic leaders of the Arab Countries to retire from their Thrones for the sake of Islam. We do not want Islam to be seen and to be understood as misleading.

The Arab States is the epitome of Islamic countries, therefore they must be the State example to other Islamic countries. Go back to the true Islamic way.

The Arab countries should be the first to practice and a pioneer to the democracy system because democracy is suited with the spirit of Islam that gives priority to safety, security, freedom and justice.

Sunday, August 07, 2011

Dakyah Kristian dan modal politik

Saya lebih bimbang kalau penyebaran atau dakwah Islam disekat, berbanding dengan wujudnya penyebaran atau dakyah Kristian kepada masyarakat Melayu di Malaysia.

Saya kadang-kadang berasa pelik juga, mereka terlalu takut seperti takutkan hantu bila berdepan dengan dakyah Kristian tetapi tidak pula ambil kisah dengan dakyah agama lain seperti Budha dan Hindu.

Mereka tidak segan silu memakai kod dan tali leher, tidak kekok makan pakai sudu dan garpu, tetapi merekalah juga yang paling bimbang dengan dakyah Kristian.

Kalau saya tak silap, mengikut Perlembagaan perkara 11(4), menjelaskan bahawa agama-agama lain tidak boleh disebarkan di kalangan orang Islam. Maknanya telah ada undang-undang dalam Negara kita tidak membenarkan agama lain selain dari agama Islam disebarkan kepada orang Islam di Negara ini, betulkan kalau saya silap.

Ini adalah undang-undang Negara Malaysia yang telah digubal oleh Parlimen dan undang-undang ini tidak semestinya mencerminkan ajaran atau perintah agama Islam.

Sepanjang yang saya tahu, Nabi pun tidak pernah melarang ahli-ahli agama lain samada Kristian atau Yahudi untuk menyebarkan agama mereka kepada orang Islam. Oleh itu larangan kepada dakyah Kristian dan agama-agama lain kepada masyarakat Islam di Malaysia itu saya anggap tidak ada kena mengena dengan ajaran Islam, ia hanyalah undang-undang Negara semata.

Bagi saya, orang-orang yang bimbang dengan dakyah Kristian ialah orang-orang yang tidak yakin dengan kebenaran Islam.

Agama adalah soal hati dan keyakinan, agama tidak boleh dijual beli dengan wang ringgit. Kalau ada orang yang sanggup menukar agamanya dengan wang ringgit, itu adalah pembohongan dan kepura-puraaan.

Kalaulah wang ringgit boleh membeli agama, tidak mungkin Bilal bin Rabah itu akan menganut agama Islam.

Nabi tidak pernah bimbang dengan agama-agama lain. Islam agama yang benar dan telus, yang berlandaskan fakta dan hujah. Tiada kitab yang dapat menandingi keunggulan Quran.

Nabi diturunkan bersama Quran, bukan bersama senjata nuklear dan kekuatan bala tentera. Senjata nabi hanyalah lidah baginda untuk berhujah. Sebaliknya musyrikin Mekah tidak mampu untuk berhujah dengan nabi, lantas mereka menggunakan kekerasan dan mengangkat senjata untuk menghapuskan baginda.

Oleh itu tidak perlu kita berasa bimbang dengan perkara-perkara yang tidak perlu dibimbangkan. Sebaliknya yang perlu kita bimbang ialah bila lidah kita disekat untuk menyebarkan dakwah Islam, dan mereka menggunakan kekerasan untuk memadamkan hujah kita.

Kita buat-buat rasa gempar bila mendengar berita ramai orang Melayu yang telah murtad, kemudian kita sibuk salahkan pendakyah Kristian bagi menutup kelemahan kita.

Agama adalah soal hati, kita percaya kepada sesuatu agama bukan sebab ada tercatat pada Mykad. Kadang-kadang rasa macam kelakar pula bila mendengar kenyataan, ‘seseorang itu perlu terlebih dahulu memohon kelulusan jabatan agama Islam untuk murtad’.

Ingin saya merakamkan setinggi penghargaan kepada kumpulan-kumpulan dakwah yang telah dan sedang bekerja siang dan malam untuk menyampaikan kalimah Allah ke pelusuk ceruk alam. Mereka terus membuat usaha dan bergerak walaupun tanpa sokongan wang ringgit.

Ditangan mereka telah berjuta manusia mendapat hidayah tanpa dihebuh dan diriuh rendah.

Di samping itu terdapat juga pendakwah yang bergelar ustaz yang lebih selesa berceramah dimasjid-masjid, yang dikenali sebagai ‘ustaz sampul’. Yang mengharapkan elaun dan wang untuk bergerak.

Boikot Barangan Yang Membiayai Kekejaman Israel

my playlist


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com