Mereka dapat permit impot tetapi orang lain yang buat kerja mengimpot, sebaliknya mereka duduk rumah goyang kaki, bulan-bulan terima duit hasil menyewakan permit impot tersebut kepada orang lain.
Mereka dapat permit lori dan bas kilang tetapi orang lain yang punya lori dan bas kilang, mereka duduk rumah goyang kaki, bulan-bulan duit masuk hasil menyewakan permit tersebut kepada orang lain.
Mereka dapat permit teksi, tetapi mereka tidak pun membawa teksi, sebaliknya disewakan kepada orang lain, tiap-tiap bulan mereka terima duit sewa.
Mereka dapat lesen untuk tapak berniaga, tetapi mereka tidak pun menjalankan perniagaan sebaliknya mereka sewakan tapak perniagaan itu kepada orang lain dengan harga berlipat ganda.
Di atas adalah sebahagian dari contoh dari beribu contoh bagaimana segolongan kelompok manusia yang ada di negara kita yang kerja goyang kaki, hidup hasil dari menyewakan permit-permit dan lesen yang dianugerahkan kepada mereka.
Siapakah mereka itu? Mereka adalah orang-orang yang mempunyai ‘kuasa’ dan termasuk juga di kalangan orang-orang yang rapat dengan mereka.
Sementara itu, orang-orang yang betul-betul membawa teksi, orang yang betul-betul menjalankan perniagaan dan orang yang betul-betul mengusahakan pengangkutan lori dan bas kilang terpaksa membayar sewa kepada pemilik lessen dan permit itu dengan harga yang mahal.
Seorang peniaga makanan mungkin terpaksa membayar lima ribu ringgit sebulan kepada pemunya lesen satu tapak perniagaan di pusat bandaraya. Kalau peniaga itu sendiri yang punya lesen, sudah tentu wang lima ribu ringgit itu juga akan menjadi miliknya. Tetapi apa yang berlaku, sudahlah dia penat bekerja dari pagi hingga ke malam, kemudian kena beri pula lima ringgit kepada pemilik lesen yang tidak menyumbang apa-apa kerja itu.
Untuk menanggung bayaran sewa permit dan sewa lesen perniagaan yang besar ini, pengusaha dan peniaga terpaksalah mengenakan caj yang lebih mahal kepada pelanggan-pelanggan mereka.
Akhirnya semua harga barang dan perkhidmatan yang diberikan akan menjadi lebih mahal dari yang sepatutnya, semata-mata untuk menanggung makan tidur biawak hidup ini.
Mereka itu sebenarnya lebih hina lagi dari peminta-peminta sedekah dan penganggur yang belum mendapat pekerjaan. Kita menanggung makan minum peminta sedekah dan pengganggur sekadar cukup untuk mereka hidup saja, sebaliknya kita menanggung penyewa permit dan lesen itu untuk mebolehkan mereka hidup mewah.
Mereka rasa bangga kerana dapat duit tanpa mengeluarkan peluh atau tanpa bekerja. Mereka langsung tidak berasa malu dengan orang-orang yang bekerja, kerana orang-orang yang bekerja itulah yang sebenarnya yang telah ‘menanggung’ makan tidur mereka itu.
Itulah masalahnya dengan sikap orang-orang di negara kita ini, gaji nak banyak tetapi kerja nak kurang. Kalau boleh, tak payah bekerja tapi gaji masuk bulan-bulan.
Ramai di kalangan rakyat negara ini yang kerjanya hanya tolak habuk, nampak macam sibuk bekerja tetapi hanya tolak habuk ke hulu dan kehilir.
Malah dikatakan ada agensi-agensi kerajaan yang sengaja diwujudkan bagi tujuan memberi pekerjaan kepada mereka yang tidak ada kerja, akhirnya pekerjanya jadi penjaga bangunan dan peralatan dalam bangunan tanpa ada produktiviti. Langsung tidak berdaya saing dan tidak produktif, ibarat hidup segan mati tak mahu.
Mereka seperti telah menjadi pesara sebelum sampai umur untuk bersara.
Inilah antara factor yang membuatkan harga barang-barang jadi makin mahal dan nilai duit makin tidak berharga. Sikap kebanyakan orang kita, mereka suka kalau boleh, tidak melakukan apa-apa kerja tetapi duit masuk tiap-tiap bulan. Inilah yang dinamakan makan gaji buta.
Kalau tidak ada orang bekerja di kebun-kebun sayur, tentulah sayur akan berkurang di pasar, dan harga sayur akan melambung tinggi.
Jika tidak ada orang bekerja di ladang ternak ayam dan lembu, harga ayam dan daging akan menjadi mahal.
Jika tidak ada nelayan yang pergi ke laut atau tidak ada orang yang mahu bekerja menternak ikan, harga ikan akan menjadi mahal.
Jika tidak ada orang yang mahu bekerja di sawah untuk menanam padi, harga beras akan menjadi mahal.
Tanggungan kita menjadi lebih berat kerana kita bekerja bukan sahaja untuk menanggung diri kita sendiri, tetapi juga terpaksa menanggung orang-orang yang makan gaji buta ini.
DUDUK KAT SARAWAK AKAN FAHAM SEJAUH MANA RASISNYA MANUSIA.
14 minutes ago
2 comments:
saya setuju sangat dengan pendapat abang ni..di Malaysia memang macam ni..bukan senang golongan-golongan biasa ni nak menaikkan taraf ekonomi,sebab golongan-golongan berkuasa ni dah pegang semua,dan duduk goyang kaki sementara kita kerja susah-susah..kerja mereka mengampu jelah..peluang yang dibagi dekat orang-orang bisa ni sikit saja, tapi canangnya merata dunia
saya amat bersetuju dengan pandangan saudara mengenai hal ini . ianya bukan satu perkara baru di negara kita....yang ada kroni , ada link semuanya mudah mendapatkan ruang dan peluang tapi mereka yang tiada link..kroni....inilah antara cabaran-cabaran yang terpakse di hadapi oleh golongan muda/ usahawan yang ada kemahiran, usaha keinginan tapi tiada peluang......kalau adepun dieksploitasi terlebih dahulu...bila semua ini akan berakhir
Post a Comment