Tiba-tiba saja UMNO melenting bila Pulau Pinang mahu menggunakan mekanisma demokrasi dalam pemilihan kepimpinan masjid di negeri itu. Kalau tidak ada-ada, masakan tempua bersarang rendah.
UMNO memang tidak pernah yakin dengan demokrasi, melaksanakan demokrasi dengan cara yang betul boleh membawa musibah kepada UMNO.
Kalaulah demokrasi tidak bagus, kenapa kita tidak haramkan saja demokrasi dari menjadi sistem amalan politik di negara ini.
Sebab demokrasi itu baiklah maka kita telah mengambil demokrasi menjadi dasar utama dalam sistem politik negara kita.
Demokrasi dapat menjamin yang terbaik akan terpilih, dan demokrasi memastikan kita sentiasa dapat kepimpinan yang terbaik. Lebih dari itu demokrasi dapat memberi ruang berlakunya semak dan imbang (check and balance) yang akan mendorong tadbir urus sentiasa berjalan dalam keadaan baik.
Demokrasi dicipta bagi mengelakkan berlakunya pertumpahan darah dan pergaduhan semasa menggantikan pemimpin yang meninggal atau merebutkan kuasa.
Kalau dengan demokrasi, pemimpin yang terbaik masih juga tidak dapat terpilih menjadi pemimpin, itu bukanlah salah demokrasi tetapi salah orang yang melaksanakannya. Kalau kita telah mencabul ketulenan demokrasi, tidak mungkin demokrasi akan dapat berfungsi seperti yang sepatutnya.
Kalau dalam pilihanraya dipenuhi dengan penipuan, pengundi hantu, pengundi pos yang diragui, dan agensi kerajaan, media kerajaan dan media perdana dijadikan alat kempen parti kerajaan, masakan demokrasi dapat menghasilkan keputusan yang baik.
Kalau demokrasi boleh menyebabkan berlaku rusuhan, pembunuhan, pergaduhan seperti yang didakwa oleh UMNO, maka itu bukan salah demokrasi, tetapi selidiklah puncanya, silap-silap boleh terkena batang hidung sendiri.
Kenapa kita mesti meletakkan kesalahan kepada demokrasi bila berlaku pergaduhan, padahal tujuan demokrasi digunakan adalah untuk mengelakkan pergaduhan.
Kalau tidak ada-ada, masakan tempua bersarang rendah. Siapakah yang sebenarnya berasa paling gusar apabila pemilihan kepimpinan masjid dijalankan secara demokrasi?
TAK DAK KISAH. CUMA MURAH SANGAT NAMA JIHAD
12 minutes ago
No comments:
Post a Comment