Walaupun ketika sedang berperang dengan musuh, tentera-tentera Islam masih mempunyai adab-adab atau peraturan yang mesti mereka patuhi.
Tentera-tentera Islam tidak dibenarkan membunuh orang awam, termasuklah orang tua, orang perempuan dan kanak-kanak. Mereka dilarang dari memusnahkan harta benda musuh, termasuklah tanam-tanaman dan binatang ternakan.
Bom atom atau bom nuklear adalah senjata yang tidak memilih mangsa, ia tidak dapat membezakan antara tentera dan orang awam, antara orang lelaki dan orang perempun. Bom nuklear juga tidak dapat mengenal orang tua dan kanak-kanak.
Oleh itu bom nuklear memang jelas tidak menepati syariat Islam. Kita tidak boleh menjadikan alasan untuk menggunakan bom nuklear kerana negara musuh kita ada bom nuklear. Ini samalah seperti kalau kita memberi alasan, kita boleh membunuh kanak-kanak kerana tentera musuh juga membunuh kanak-kanak Islam.
Oleh itu adalah haram kalau ada negara-negara Islam yang berhajat hendak menghasilkan senjata bom nuklear walaupun atas alasan untuk mempertahankan diri. Sebaliknya negara-negara Islam harus menentang penggunaan senjata bom nuklear dan melalui saluran PBB, mereka harus mendesak supaya negara-negara bukan Islam juga mengharamkan penggunaan dan pemilikan senjata bom nuklear ini.
Walaupun tenaga nuklear boleh digunakan untuk mendapatkan sumber tenaga elektrik yang murah, tetapi ia masih mendatangkan bahaya kepada manusia kalau berlaku kebocoron radioaktif.
Malang tidak berbau, bagaimana ketat sekalipun langkah keselamatan diambil, kesilapan dan malapetaka boleh saja terjadi diluar jangkaan manusia. Sebagai contoh, saat ini negara Jepun tengah bertarung dengan bahaya radioaktif yang bocor dari loji-loji tenaga nuklearnya akibat gegaran gempa bumi dan tsunami baru-baru ini.
Sudah tentu, yang menjadi mangsa radioaktif yang bocor ini adalah penduduk-penduduk Jepun terutamanya yang tinggal berhampiran dengan kawasan loji-loji tersebut.
Oleh itu memang wajar, mesti ada badan dunia yang menentukan piawaian terhadap pembinaan dan pengendalian loji-loji tenaga nuklear ini. Kerana kesan buruk dari kebocoran radioaktif ini bukan sahaja terkena kepada penduduk negara yang memilikinya sahaja, tetapi juga akan melibatkan penduduk negara-negara jiran yang berdekatan.
Langkah-langkah keselamatan bagi melindungi penduduk yang berhampiran dengan loji nuklear juga perlu diambil kira, termasuklah menyediakan bilik-bilik kalis radioaktif sebagai tempat perlindungan jika berlaku kebocoran bahan radioaktif.
RAKYAT CERDIK HARUS BERFIKIR
2 hours ago
2 comments:
tenaga nuklear memang menjadi kegilaan kebanyakan negara maju..Mereka seperti mahu menunjukkan yang mereka berkuasa dan memberi amaran kepada negara lain agar jangan berani-berani dengan meraka..
Apapun memang sedih melihat apa yang terjadi di Jepun..
saya setuju sangat...web saudara saya sudah masukkan dalam rakan blog di web muslimmall.blogspot.com harap sauadara juga letakkan blog muslimmall.blogspot.com di web saudara tk
Post a Comment