Buat renungan saudara-saudara ku yang memilih wadah keganasan dalam perjuangan:
"Bukanlah tujuan Nabi itu diturunkan untuk membunuh manusia kafir tetapi adalah untuk mengeluarkan manusia dari kekafiran".

Saturday, March 12, 2011

Strategi 'winnable candidate' PM Najib menjadi


Strategi yang diperkenalkan oleh PM Najib dengan meletakkan calon yang boleh membawa kemenangan atau ‘winnable candidate’ yang menjadi keutamaan dalam pemilihan calon yang bertanding dalam setiap pilihanraya kecil telah membuahkan hasil. Di mana BN telah menang di beberapa PRK termasuklah yang terbaru ini di Batu Sapi, Galas, Tenang, Merlimau dan Kerdau.

Di era kekuatan parti pembangkang yang tidak boleh dipandang remeh ini, BN terpaksa berhati-hati dalam memilih calon yang bertanding untuk partinya.

Calon yang ‘winnable candidate’ yang hendak ditonjolkan mestilah seorang yang disukai rakyat setempat, tidak ada cacat cela dan tidak ada masalah peribadi, akhlak yang baik, berkebolehan sebagai pemimpin dan usia yang muda.

Zaman ‘bermewah-mewah’ BN telah berakhir, kalau dulu calon ditentukan mengikut siapa yang kuat menyokong pucuk pimpinan, samada rakyat suka atau tidak, bukanlah perkara yang penting sangat. Malah telah menjadi sindiran kepada orang ramai, letak tunggul pun pasti BN boleh menang.

Itu dulu, keadaan sekarang telah jauh berubah, sekarang BN kena meletakkan calon yang benar-benar boleh mendapat sokongan rakyat setempat.

Sekarang barulah calon-calon yang menang bertanding dalam suatu pilihanraya itu sesuai dipanggil Wakil Rakyat, kalau dulu tu mereka tak lebih dari menjadi Wakil Pemimpin. Mereka bertugas mewakili pemimpin bukan mewakili rakyat.

1 comment:

Unknown said...

BN telah menunjukkan kepimpinanya,bukan sahaja di negara malaysia,malah di pelusuk dunia..kalau mahu negara di mata dunia,mestilah pemimpinnya yang benar2 membangunkan sebuah negara itu...bukan sekadar omong kosong..kerajaan BN kini sudah membuktikan kepada rakyat,bahawa BN boleh membawa negara malaysia berdaya saing kepada negara lain,dari segi ekonomi dan sebagainya...kata dari saya,BN tak dapat di tukar ganti.

Boikot Barangan Yang Membiayai Kekejaman Israel

my playlist


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com