Banyak pemimpin negara di dunia ini yang telah dihalau oleh rakyat kerana gara-gara sikap buruk orang yang ada pertalian keluarga dengan pemimpin-pemimpin tersebut, terutamanya isteri-isteri mereka.
Contoh yang terbaru berlaku kepada presiden Tunisia, Zine al Abidine Ben Ali. Sikap buruk isteri presiden Tunisia yang bernama Leila Trabelsi itu telah tidak disenangi oleh rakyat Tunisia.
Beliau menggunakan kedudukan suaminya untuk hidup mewah yang melampau sedangkan rakyat bergelut untuk hidup dengan meningkatnya harga barang-barang keperluan harian.
Sebelum ini di rantau sebelah sini kita juga telah menyaksikan presiden Filipina, Marcos juga telah dihalau oleh rakyatnya. Marcos mempunyai isteri bernama Imelda yang sukakan gaya hidup mewah yang keterlaluan.
Isteri kepada pemimpin tersebut bukan sahaja menggunakan kedudukan suaminya untuk hidup mewah, mereka juga ‘gila’ untuk menonjolkan diri, sukakan glamour, malah suka mengawal suami mereka dalam mentadbir negara.
Mereka patutnya menjadi penyokong nombor satu kepada suaminya yang menjadi pemimpin, bukan menjadi menjadi orang nombor satu atau mengambil alih tempat suami.
Tidak berapa lama dulu negara kita juga heboh orang bercerita tentang pemimpin negara kita yang sangat dipengaruhi oleh menantunya. Gelagat menantu yang bersikap lebih sudu dari garpu itu telah menjejaskan imej pemimpin tersebut dan telah menjadi salah satu faktor yang menyebabkan tersungkurnya pemimpin tersebut dari tampuk kuasa.
Dengan itu, kepada isteri-isteri pemimpin, berhati-hatilah dalam langkah mu,
Jangan kemaruk sangat nak jadi orang nombor satu,
Jangan perasan nak jadi ratu,
Jangan lebih sudu dari garpu,
Jangan berpakaian melebihi seliberiti,
Jangan joli sana joli sini guna duit negara ini,
Jangan engkau ingat rakyat tak perhati,
Jangan sampai rakyat jadi loya dan bertambah benci,
Melihat gelagat mu yang tak sedar diri.
2 comments:
layarilah www.freemalaysiakini.com
update daily
amat memalukan sebagai rakyat malaysia berbangsa melayu pada bangsa lain,hilang rasa hormat bangsa lain pada bangsa melayu kita.Maka bertelagah sesama kita tanpa penghujungnya,berkait soal perpaduan melayu janganlah kita nak mimpi akibat dari, lebih sudu dari garpu dan perkara2 lain yang menolak kepada muahasabah diri.
Post a Comment