Buat renungan saudara-saudara ku yang memilih wadah keganasan dalam perjuangan:
"Bukanlah tujuan Nabi itu diturunkan untuk membunuh manusia kafir tetapi adalah untuk mengeluarkan manusia dari kekafiran".

Thursday, January 13, 2011

Khir Toyo sudah diambil tindakan, orang selangor sudah boleh mengundi UMNO semula


Mungkin salah satu dari hasil post moterm kekalahan BN di Selangor pada pilihanraya 2008 dulu adalah disebabkan faktor Doktor gigi Khir Toyo, Menteri Besar Selangor ketika itu. Mungkin banyak perkara yang telah dilakukan oleh Mamat Penyapu ini yang telah tidak disenangi oleh rakyat Negeri Selangor.

Semasa beliau mengetuai kerajaan Negeri Selangor, kita tidak pernah tahu pun yang beliau mempunyai kediaman mewah yang luar biasa yang dikatakan mencecah harga RM20 juta. Dan semasa itu beliau tidak pernah pun didakwa atau dihadapkan ke makamah kerana dituduh melakukan rasuah.

Memang tidak salah untuk sesiapa memiliki kediaman mewah. Tetapi orang akan pertikaikan kalau harta yang kita miliki itu melebihi dari kemampuan pendapatan kita.

Dan adalah tidak manis sebagai pemimpin kita hidup terlalu mewah, sedangkan rakyat kebanyakannya hidup di rumah-rumah sempit, di rumah kos rendah dan sederhana, yang hidup secukup keperluan saja.

Apatah lagi kalau harta kemewahan yang didapati itu melalui kuasa yang diamanahkan kepadanya sebagai pemimpin. Ini namanya telah menyalahgunakan kuasa dan kedudukan.
Sebagai kerajaan yang melaungkan slogan “rakyat didahulukan”, adalah tidak sesuai kalau jurang kemewahan hidup antara rakyat dan pemimpin itu terlalu ketara.

Tuduhan salahlaku terhadap Khir Toyo menjelang PM Najib hendak mengadakan pilihanraya umum tidak berapa lama lagi itu adalah seperti menghantar mesej kepada rakyat Negeri Selangor bahawa UMNO sedang dan telah membersihkan pemimpin-pemimpin UMNO Selangor yang terlibat dengan rasuah dan penyelewengan.

Ini memberitahu rakyat negeri Selangor kerajaan PM Najib di bawah transformasi politiknya, tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan kepada ahli-ahlinya yang melakukan rasuah dan penyelewengan, malah termasuk pemimpin tertinggi yang telah tidak memegang apa-apa jawatan lagi.

Dengan penuh takzim dan rendah hati Dr. Khir Toyo telah mengembalikan semula pingat Datuk Seri yang telah dinugerahkan oleh Duli Sultan Selangor. Ini menunjukkan rasa keinsafan dan rasa bertanggungjawab beliau terhadap salahlaku yang telah beliau lakukan semasa mengetuai kerajaan Negeri Selangor dulu.

Oleh itu UMNO Selangor pada masa sekarang ini telah bersih dari pemimpin-pemimpin yang korup. Tidak ada sebab lagi rakyat Negeri Selangor untuk tidak memberi mandat semula kepada pemimpin-pemimpin UMNO yang baru pada pilihanraya akan datang ini.

Dr. Khir Toyo umpama kambing hitam yang perlu dikorbankan oleh UMNO supaya kambing-kambing lain kelihatan putih. Masa yang paling sesuai untuk mengorbankan kambing ialah semasa menyambut hari raya. Manakala masa yang paling sesuai untuk mengorbankan orang-orang seperti Khir Toyo ini ialah semasa hendak 'menyambut' pilihanraya.

No comments:

Boikot Barangan Yang Membiayai Kekejaman Israel

my playlist


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com