Pernahkah anda mendengar lagi adanya negara dalam dunia ini yang ingin menukar sistem pemerintahannya kepada sistem beraja?
Kalau ada pun, pernahlah saya dengar tidak berapa lama dulu, beberapa orang yang telah mengaku dirinya dari keturunan Sultan Melaka dan ingin menuntut takhta Sultan Melaka yang ‘kosong’ itu. Tetapi kerajaan kita tidak pernah pun berminat untuk melayan permintaan mereka itu.
Sejak Rebolusi Peranchis, pemerintahan beraja yang mendominan corak pemerintahan di zaman dulu itu telah mengalami kepupusan.
Dunia abad ke 21 ini menyaksikan tidak banyak lagi negara-negara yang mempunyai raja. Dari hampir 200 negara yang ada dalam dunia ini, tinggal hanya beberapa negara sahaja yang masih mengekalkan raja sebagai ketua negara. Lebih menakjubkan, dikatakan separuh dari bilangan raja-raja tersebut berada di negara kita Malaysia, kerana negara kita sendiri mempunyai 10 orang Raja atau Sultan.
Secara umumnya pemerintahan beraja bukanlah corak pemerintahan yang sesuai lagi di zaman moden ini. Manusia telah semakin cerdik, mereka tidak lagi percaya kepada keturunan dan warna kulit sebagai lambang bagi menentukan status sesorang manusia itu.
Banyak negara telah meletakkan ‘raja-raja’ mereka di dalam muzium untuk menjadi bahan pamiran sejarah. Dan ada juga negara yang mengambil jalan tengah yang menjadikan peranan Raja hanya sebagai simbol Ketua Negara tanpa mempunyai kuasa politik, seperti Britain dan Malaysia.
Kita bukanlah negara diperintah oleh raja monarki seperti Arab Saudi dan Brunei. Sistem pemerintahan negara kita diadaptasi dari sistem British, demokrasi Raja Berpelembagaan. Kuasa politik dipegang oleh Perdana Menteri di peringkat persekutuan dan Menteri Besar atau Ketua Menteri di peringkat negeri-negeri yang dipilih secara demokrasi oleh rakyat jelata.
Mengikut Perlembagaan, Raja atau Sultan adalah simbol ketua negara atau ketua negeri yang tidak boleh sama sekali mencampuri urusan politik dan pentadbiran negara dan negeri.
Kalau Raja dan Sultan faham akan kedudukannya dan peranannya dalam perlembagaan yang telah diperuntukkan kepada baginda, maka tidak akan timbul soal untuk beraja di mata dan bersultan di hati.
Kalau ada pihak yang telah didakwa cuba menghasut orang ramai untuk membenci Duli Yang Maha Mulia Raja dan Sultan, seharusnya dalam masa yang sama juga di pihak Sultan dan Raja perlu juga menjaga tingkah laku dan adab supaya tidak menimbulkan kemarahan dan kebencian orang ramai.
1 comment:
Yang digambar tu mengarut.
Banyak wang dia keluarkan menyaipkan pakaian regalia depa. Boleh digunakan untuk hal yang berfaedah.
Patut dia pergi ke sana sini ikrarkan kapada yang ultra kiasu
"Aku keturunan raja Melaka tapi tak kisahkan nak jadi raja. Ngapa kamu sekelian nak lebih, nak lebih, nak lebih tak habis habis?"
Post a Comment