Buat renungan saudara-saudara ku yang memilih wadah keganasan dalam perjuangan:
"Bukanlah tujuan Nabi itu diturunkan untuk membunuh manusia kafir tetapi adalah untuk mengeluarkan manusia dari kekafiran".

Thursday, January 27, 2011

Kesan dari Media Baru, pemimpin Arab tidak mampu lagi untuk memperbodohkan rakyat


Internet dan telefon bimbit merupakan media baru dan alat komunikasi canggih yang pesat berkembang sejak 15 tahun dulu telah membuatkan dunia seperti hilang sempadannya. Kehadiran media baru dalam kehidupan manusia telah banyak mencorakkan cara mereka berfikir.

Orang ramai, tidak kira di mana mereka berada, terdedah kepada segala macam maklumat dan tidak ada kerajaan yang dapat menghalang arus maklumat yang disalurkan melalui media baru ini.

Mereka boleh membincangkan dan mengeluarkan pendapat tentang berbagai isu yang menarik perhatian ramai yang menyentuh kehidupan mereka termasuklah politik.

Dalam masa yang singkat mereka boleh saja mengaturkan demonstrasi jalanan bagi menunjukkan bantahan kepada pihak yang berkuasa kalau ada isu yang membabitkan kepentingan bersama.

Itulah yang berlaku kepada Negara Tunisia, salah sebuah negara Arab. Sikap autokratik Presiden Zine al Abidine yang memerintah Tunisia secara kuku besi selama 23 tahun dan diburukkan oleh sikap isterinya yang mengaut kekayaan negara untuk dirinya telah menyatukan rakyat Tunisia menentang dan menghalau Presiden mereka.

Media baru menjadikan rakyat lebih cerdik dan lebih sedar akan hak mereka. Selama ini mereka dihalang dari mendapat maklumat yang sebenar sehingga pemimpin-pemimpin negara Arab dapat memperbodohkan rakyatnya untuk kepentingan diri dan keluarga mereka.

Rakyat yang tidak mendapat maklumat mudah untuk ditipu, pemimpin-pemimpin yang berkuasa menggunakan demokrasi sebagai topeng untuk terus mengekalkan kuasa mereka.

Demokrasi tidak cukup dengan peti-peti undi sahaja, tetapi ia mesti diiringi dengan kebebasan bersuara, kebebasan media dan kebebasan berhimpun. Pihak yang mengendalikan pilihanraya mesti berkecuali dan tidak berpihak.

Pemimpin autokratik dan pemimpin monarki di negara Arab dari Morocco hingga ke Iraq, telah menggunakan badan-badan penguatkuasa, polis dan agensi perisik, hakim dan makmah bagi menakut-nakutkan dan menghapuskan rakyatnya yang menentang.

Dengan kebangkitan demokrasi yang sebenar yang bermula di Tunisia ini pasti akan menular ke negara-negara Arab lain di rantau tersebut dalam masa terdekat ini. Keberanian rakyat Tunisia ini akan membakar semangat rakyat di negara Arab lain itu bagi menuntut hak-hak mereka yang selama ini telah dinafikan.

1 comment:

airmapituitary said...

saya amek ye? untuk assgment saya :)

Boikot Barangan Yang Membiayai Kekejaman Israel

my playlist


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com