Buat renungan saudara-saudara ku yang memilih wadah keganasan dalam perjuangan:
"Bukanlah tujuan Nabi itu diturunkan untuk membunuh manusia kafir tetapi adalah untuk mengeluarkan manusia dari kekafiran".

Saturday, January 15, 2011

Isu bunyi pembesar suara yang terlalu kuat dari masjid


Ramai umat Islam di Malaysia rasa sensitif dan marah bila ada orang bukan Islam mengadu (complain) bunyi pembesar suara dari masjid terlalu kuat dan mengganggu tidur mereka.

Kalau isu ini tidak ditangani dengan baik, dan diambil kesempatan pula oleh pihak-pihak yang berkepentingan, ia boleh menjadi punca kepada pergeseran kaum di negara ini.

Sebagai negara yang berbilang bangsa dan agama, kita harus bersikap saling hormat menghormati dan segala permasalahan terutamanya yang melibatkan isu kaum dan agama hendaklah diselesaikan secara perundingan melalui saluran yang betul.

Azan merupakan seruan yang dilaungkan dari masjid bagi mengajak orang Islam untuk datang bersembahyang berjemaah di masjid. Bukanlah tujuan azan itu untuk mengejutkan orang Islam dari tidur.

Tetapi mungkin bilal-bilal masjid kurang faham fungsi azan itu, kepada mereka azan itu adalah untuk mengejutkan orang Islam dari tidur.

Kalau di kawasan kampung dan kawasan yang penduduknya semua orang Islam, mungkin perkara bunyi pembesar suara terlalu kuat tidak menimbulkan masalah atau mereka tidak berani membantah kerana ia merupakan amalan yang dilihat berkaitan dengan agama, membantah seolah-olah seperti menentang agama.

Walaupun bunyi yang terlalu kuat dari masjid ini juga boleh mengganggu bayi-bayi dan kanak-kanak orang Islam yang sedang tidur, tetapi ini terpaksa dikorbankan kerana kita berasa tidak baik kalau menentangnya.

Sesetengah masjid di negara kita bukan sahaja melaungkan azan di waktu subuh, tetapi 30 minit sebelum masuk waktu subuh mereka telah mula melaungkan bacaan tahrim di corong-corong pembesar suara masjid mereka. Saya pun tak pasti samada bacaan tahrim ini suatu yang wajib dan mesti ada dalam agama Islam atau hanya ‘bidaah baik’ yang diada-adakan.

Sekarang ini kawasan perumahan kita terdiri dari penduduk yang berbagai kaum dan agama. Kita perlu lebih sensitif dan tidak terlalu mementingkan diri kita sehingga boleh membuatkan orang dari kaum dan agama lain marah dan membenci kita. Sebagai orang Islam, kita mesti menonjolkan sikap yang boleh menarik orang bukan Islam menyukai kita, bukan sebaliknya.

Kalau mereka sudah benci dengan kita, bagaimana kita hendak harapkan mereka akan tertarik dengan agama Islam.

Sungguh merugikan jika kebencian mereka kepada kita itu hanyalah disebabkan amalan kita lakukan yang kita sangka ‘baik’ tetapi tidak berapa perlu.

Tidak semua perkara yang kita sangka baik yang kita buat itu betul. Mungkin ia baik pada keadaan tertentu tetapi tidak baik pada keadaan lain. Sebagai contoh, membaca Quran dengan suara kuat itu baik, tetapi tidak baik dilakukan jika di waktu itu ada orang tengah sembahyang.

Sudah sampai masanya ‘orang-orang pakar agama’ melihat semula isu ini dan memberi pandangan-pandangan yang adil bagi menyelesaikan permasalahan ini.

Ada sesetengah kakitangan masjid suka kalau suara azan dari masjidnya boleh didengar sejauh yang mungkin. Kalau sikap ini dibiarkan, bayangkan bagaimana kuatnya bunyi yang akan ditanggung oleh oleh orang yang rumahnya terletak disebelah masjid. Perlu ada peraturan supaya bunyi dari corong pembesar masjid ini sekadar sampai boleh didengari oleh penduduk dalam kariah masjid itu saja.

Sekarang kalau kita tinggal di taman perumahan, sudah lumrah kalau kita mendengar azan dari dua atau tiga masjid yang berdekatan. Sepatutnya, sudah memadai kita hanya dapat mendengar azan kariah masjid kita sahaja.

Bagi mengelakkan orang yang rumahnya terletak di sebelah masjid mendengar bunyi pembesar suara masjid yang terlalu kuat, adalah lebih sesuai jika pembesar suara masjid ini di letak berselerak dalam kawasan kariahnya, bukan semuanya diletak di masjid seperti sekarang ini.

Mungkin corong-corong pembesar suara ini diletak setiap 100 meter dari masjid, dengan itu tidak perlulah menggunakan bunyi yang kuat untuk membolehkan didengar oleh penduduk yang tinggal 2 kilometer dari masjid.

16 comments:

cikgupj said...

salam...isu masjid ini macam-macam...itulah padah kalau amalan tidak mengikut sunnah.Ada jugak zikir taubat di waktu subuh dari corong masjid...tapi malangnya zikir taubat tu menjerit-jerit dengan suara amat kuat dan lantang sekali...soalnya begitukah cara orang Islam bertaubat?

Anonymous said...

yeah i absolutely agree...sometimes its too loud..and somehow it distract others too especially when other people(different religion) doin their own prayer at home.please do consider about it k

Anonymous said...

inilah bukti akhir zaman...pabila org2 yg tiada pendidikan ugama berkata-kata...INGAT!!!...BILA AZAN SUDAH TIDAK BERKUMANDANG...MAKA KELUARLAH DAJJAL...

Anonymous said...

lupa ker? azan adalah seruan Allah kepada manusia.. sebenarnya bukan tok imam tu yg suruh kita sembahyang.. tetapi tok imam tu hanya menjalankan t/jwb sbg org islam..menyampaikan panggilan Tuhan kepada manusia untuk mengadapNya. berani betul mempersoalkn kelantangan azan ??

manusia yg tak bersyukur.! sehari hanya beberapa minit menghadap Tuhan, sedangkan limpah nikmat-Nya di dunia tidak terkira,..malah sanggup mempersoalkannya perintah-Nya.

azan mmg pun nk kejut kn org bgn dari tidur yg berselimut kulit babi.. supaya bangun mengadap Tuhan.

walaupun aku bukan ahli agama yg alim ulamak, xsanggup aku nk mempersoalkan perintah Tuhan kepada manusia. pathetic!

Anonymous said...

Macam cerita nak sumbat gajah ke dalam peti sejuk saja. Cakap lah tahrim dihentikan kerana desakan DAP.

Anonymous said...

Bacaan al Quran dan tarhim sebelum solat subuh adalah tidak wajib oleh pak Bilal, apatah lagi dgn penggunaan pembesar suara. Malah tiada dihukumkan sunat pun oleh Nabi saw akan penggunaan pembesar suara utk baca al Quran dan tarhim sebelum subuh

Bersungguh-sungguh bertegang urat bertekak hendak mempertahankannya adalah seolah-olah amalan itu WAJIB inilah perosak agama Islam... mendahului Allah dan Rasulullah saw

Mewujudkan hukum wajib atas perkara yg langsung tidak pernah dibuat oleh Nabi dan sahabat r.a


Oleh
Tak Suka Amal Islam Ikut Kepala Lutut,..
Ikutlah Nabi Muhammad saw.

Anonymous said...

Contoh...bawah flat 16ting atau ape2 high rise buildg..speker corong gantung kat ting 1 rumah org bukan islam byk bijik, peratusan agama berbilang dlm flat tu...ilmu pasal sound xde..tau nak max kuat sampai harming mic tu...tahap mengganggu dah..speker pun full trotal..kong cepat cam tu...pasang mp3 stg jam...treble mid sound tangkap telinge berdesing (teory)....etc...rase2 orgkafir suke tak....hidayah hak Allah swt...

mnorin jb said...

ye betul tu cikgupj sy kdg pelik lah pakimam2 yg d lantik bknnye dr golongan alhafiz ikut sdap rasa je nk lantik asalkn dpt menghafal beberapa surah je dh bole jd imam lepas tu baca alquran terjerit2 mengunakan pembesar suara yaAllah dgn bacaan yg kdg2 bacaan tajwidnye tonggang langgang yaAllah mcm mana lh tu pada hal ramai yg bole lantik para alhafiz yg bacaan lebih baik...ni tidak asal bole je heran sungguh

Anonymous said...

Assalamualaikum...
Sy mengalami situasi yg sama di tmpt tinggal sy. Umah sy belakang masjid. Bacaan alquran sblm subuh terlalu kuat smp bunyi bacaan seolah memekik n pecah2.. Ya rabb sy sgt tertekan.. Mujurlah sy xde anak kecil.. Kdg sy tdo lmbt buat keje etc.. 30min tuk tido tanpa gangguan sgt berharga utk sy.. Bacaan ni dipasang guna kaset pakai timer agaknya..induvidu yg pasang tu pon bukannya duduk di kwsn masjid pon, umah dia jauh nun dia sndri x rasa ape kejiranan cni rasa..sudah pernah ditegur, senyap bbrp ketika tp skrg dh buat perangai balik..kenapa lah degil sgt org veteran ni..sy hrp tv atau media massa dpt war2 kan hukum psg quran ni sblm subuh pd org awam supaya ramai yg lebih tahu ttg isu ini..nabi sndri pn melarang quran dibaca terlalu kuat dlm masjid apetah lgi mcm ni..individu mcm ni seolah sangka mereka menaikkan islam walhal menyakitkan hati ramai org..ape pulak kata non muslim?..nnti semakin ramai yg benci islam dhla islam digelar pengganas..jganlah kite sndri burukkan islam..bukankah islam itu mudah, lembut..bukannya dgn cara kasar begini seolah memaksa org lain tuk dgr..

Anonymous said...

ada tambahan lgi.. Bacaan quran kdg lebih kuat dr bunyi azan..kdg sy sndri x pasti dh azan ke sbb bunyi slow sgt.. Sy bukan nk suruh bacaan quran dihentikan lgsg tp pasangla perlahan..agar sedap didengarr.. Ayah sy setiap hari ke masjid subuh berjemaah tak perlu quran sbg alarm clock pn..klu takde pn mmg dia akan bangun..bukan mcm tu cara nk paksa org ke masjid..keluarlah berdakwahh jgn asik tggu dlm masjid je org ramai dtg klu nk ajak ke masjid pn..

Maaf klu coretan sy emo..huhu tertekan..sy hamba Allah yg biasa shj..tidak menyebelahi mana2 politik..makasih

A Dis-concerted Neighbor said...




The " Tun Abdul Aziz Mosque "
( a.k.a. " Masjid Bulat " )
in Petaling Jaya (PJ) district,
should SERIOUSLY consider,
to stop playing
Qur'anic recitation MP3's,
on the loud-speaker system
(for approximately
a quarter of an hour;
by 4 times a day),
prior to the ' Call to Prayer '
(' Adhaan ').


Just do a Quick Search,
on the Internet,
about the Mosque,
& the following search items
WILL appear :


" Masjid Bulat PJ bising "
" Tun Abdul Aziz Mosque is noisy "
" Masjid Tun Abdul Aziz PJ bising "
" Masjid Tun Abdul Aziz bising "
" Masjid Bulat bising "



- - -


[Q # 1] What special ' authority '
do They ( ' the management ' )
think They have,
that They can FORCE
every man, woman & child
(regard-less of Creed)
in the surrounding vicinity,
to listen to Qur'anic recitations,
coming from Their own mouths ?


[Q # 2] Shouldn't Qur'anic recitation
be an ' act of worship '
by an individual Muslim;
& NOT a source of public ' nuisance '
to the surrounding communities ?


- - -



Numerous Qur'anic verses &
Prophetic narrations can be found,
reminding the Muslims,
AGAINST un-justly treatments
to his / her neighbors.


Please, stop depriving Us,
of Our in-disputable RIGHTS,
to enjoy some
peace & tranquility,
in the comfort & luxury
of Our OWN homes.


Just a " soft reminder " to You.


Sincerely,

– Thy Dis-concerted Neighbor ·


.
.
.

A Dis-concerted Neighbor said...




The following Individuals
are responsible behind the
" REPETITIVE , DISRUPTIVE ,
REPULSIVE , & UN-WANTED
pattern of behavior "
exhibited by the Mosque ,

( i.e. Masjid Tun Abdul Aziz, PJ @
Masjid Bulat, PJ )

BEFORE the broad-cast
of Adhaan.


Since these People
BROAD-CAST Themselves
over the ' surrounding ' air
reciting The Noble Qur'an
( via the Mosque
loud-speaker system ) ,
I took the liberty
of EXPOSING Their identities
to the right-minded
Residents of Section 14 PJ.


Doing so,
I firmly believe that
They can no longer
ACT / HIDE
behind a Proxy / Entity
( i.e. the Mosque &
its Subsidiaries )
any-more.


- - -

Here's the list :

( in order of Name, Public capacity,
Role, Social Media account )



1] Mr. Mohd Yakub @ Zulkifli
bin Mohd Yusoff ·

Director, Academy of Islamic Studies, Universiti Malaya ( UM )

Naadzir ( Leader ) ,
Tun Abdul Aziz Mosque


– AUTHORIZES the broad-casts
of Qur'anic recitation,
prior to the
Call to Prayer

@ facebook.com/Centre-of-Quranic-Research-CQR

# # #

2] Mr. Muhammad Lukman
bin Ibrahim ·

Lecturer, Universiti Sains Islam Malaysia ( USIM )

Guest Imaam * ,
Tun Abdul Aziz Mosque


– The voice of
RECORDED
Qur'anic recitation
(80 % of the time)

@ facebook.com/DrMuhammadLukman

# # #

3] Mr. Wan Ainuddin Hilmi
bin Abdullah ·

Imaam * & Mu-adh-dhin * ,
Tun Abdul Aziz Mosque

Qur'anic Recitation Instructor
& Institute Director ,
Institut Pengajian al-Qur'an ( IPAQ )


– The voice of
LIVE & RECORDED
Qur'anic recitation
(20 % of the time)

@ facebook.com/pages/Wan-Ainuddin-Hilmi-Abdullah



[ * Imaam = One who leads
the Prayers,
in a Mosque

* Mu-adh-dhin = One who issues
the Call to Prayer,
from a Mosque minarets ]

- - -


Realize that what You're doing
is DEFEATING Your Purpose
of calling People to Islam.


To Muslims,
You prevent Us
from opening the Mus-haf
( Arabic for " Manuscript " )
by Our-selves ,
with Your LOUD Qur'anic recitation.

To the Non-Muslims,
You confuses Them
with the extra-lengthy
noise BEFORE the
Call to Prayer.

You cast the
seed of HATRED, towards Islam ;
& the worst part of it ?
You did so, KNOWING-LY ·


- - -


On a side note,
I leave the Readers
with an INTERESTING fact :

Those 3 said Individuals
are KELANTANESE.

I mean, it just doesn't
make sense.

The late Nik Abdul Aziz bin Nik Mat
[ Spiritual Leader of the
Pan-Malaysian, Islamic Party ( PAS ) ]
DID support a Ban,
on the use of external loud-speakers
of a Mosque,
SPECIFICALLY for the purpose
of " Tarhim " ( Qur'anic recitation
before Adhaan ) ·



Now, isn't This
a case for Irony ?



.
.
.

A Dis-concerted Neighbor said...

.
.
.

The following Individuals
are responsible behind the
" REPETITIVE , DISRUPTIVE ,
REPULSIVE , & UN-WANTED
pattern of behavior " ,
exhibited by the
Tun Abdul Aziz Mosque ,
BEFORE the Call to Prayer :


# 01 ] Mr. Mohd Yakub @ Zulkifli
bin Mohd Yusoff

# 02 ] Mr. Muhammad Lukman
bin Ibrahim

# 03 ] Mr. Wan Ainuddin Hilmi
bin Abdullah


- - -


So much for the
" Religious Freedom " Thing
going on ,
in Petaling Jaya , Selangor ,
Malaysia ·


.
.
.

A Dis-concerted Neighbor said...
This comment has been removed by the author.
A Dis-concerted Neighbor said...
This comment has been removed by the author.
A Dis-concerted Neighbor said...



- - -


THE NAADZIR ·


UP-DATE [ 06 / 06 / 2016 ]:


The details for the
in-famous ' Naadzir '
( Arabic for
" The Main Administrator " )
of MTAA
( Masjid Tun Abdul Aziz
@ Masjid Bulat ) ;
who FORCES His Neighbors
to listen to Qur'anic recitations
– from the same portion ,
mind You –
for 15 minutes , 4 times
every-day .


( in order of Name , Public capacity ,
Role , Social Media account )



# # # # #



01] Mr. Mohd Yakub @ Zulkifli
bin Mohd Yusoff ·


Director,
Academy of Islamic Studies ,
Universiti Malaya ( UM )

Director ,
Center of Qur'anic Research ( CQR )


Naadzir ( Leader ) ,
Tun Abdul Aziz Mosque


– AUTHORIZES the broad-casts
of Qur'anic recitation ,
PRIOR to the
Call to Prayer



@ facebook.com/hafid.ismail.35



# # # # #


Boikot Barangan Yang Membiayai Kekejaman Israel

my playlist


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com