Semasa menyampaikan ucapan di perhimpunan parti MCA semalam (10 October 2010), PM Najib sebagai Presiden UMNO mengiktiraf secara terbuka bahawa kaum Cina bukan kaum pendatang.
Pengiktirafan oleh presiden UMNO yang mewakili sebahagian besar orang Melayu ini sudah tentunya akan memberi kesan besar kepada hubungan antara rakyat keturunan Cina dan Melayu di Negara ini.
Sudah sampai masanya sebagai rakyat Malaysia, kita semua harus berpijak di bumi nyata. Kita tidak boleh mengaitkan dan menyerahkan peristiwa dan sejarah yang berlaku ratusan tahun dulu bagi menentukan nasib kita di zaman ini.
Kita tidak boleh terus menjadi tukang kayu hanya kerana moyang kita dulu telah menjadi tukang kayu.
Kita mesti melihat Negara ini sebagai tempat kita lahir, tempat kita membina kehidupan dan juga tempat kita disemadikan. Semua orang tanpa mengira kaum mesti melihat semua warga sebagai satu bangsa Malaysia. Mereka harus bekerjasama dan saling bantu membantu dalam memajukan ekonomi dan membangunkan Negara.
Sikap iri dan dengki kepada kaum-kaum yang lain mesti dihapuskan dari sanubari kita semua. Adalah salah kalau kita hanya mementingkan atau menolong kaum kita sahaja, sebaliknya membiarkan atau ‘membunuh’ kaum lain dari mencapai kemajuan.
Adalah sikap yang amat tercela kalau kita membantu warga atau manusia lain berasaskan kaum.
Sebenarnya lebih banyak kemajuan dan kejayaaan yang boleh kita capai dan cipta jika kita semua kaum saling bekerjasama dan saling bantu membantu, berbanding jika kita membiarkan satu kaum ditugaskan menjadi ‘tuan’ kepada kaum yang lain.
Kita mampu membesarkan kek ekonomi Negara jika kita semua kaum bekerja bersama-sama. Dan kek ekonomi yang besar ini akan dinikmati kembali oleh semua rakyat.
Apa sangatlah nikmat yang kita dapat kalau kita hanya asyik berminat untuk membahagi-bahagikan kek ekonomi Negara yang sedia ada mengikut kaum. Akhirnya kita juga yang rugi kerana kek tidak membesar seperti yang sepatutnya.
Tembok perkauman yang wujud mesti diruntuhkan. Semua orang politik harus memikirkan bagaimana anak-anak kita boleh bersekolah di peremis sekolah yang sama. Kita tidak mahu sekolah dipisah-pisahkan dan dikenali mengikut kaum seperti yang ada hari ini.
Anak-anak dari semua kaum mesti dibiar berkawan dan berkenalan seawal kelas tadika lagi. Di sekolah adalah tempat yang amat sesuai untuk kita menyemai benih perpaduan tulin. Tak kenal maka tak cinta, kita tidak mahu perpaduan yang pura-pura.
Kita tidak mahu perpaduan sekadar semua orang dari berbagai kaum datang makan di rumah terbuka pemimpin-pemimpin di musim perayaan, setelah kenyang mereka kembali semula kepada kelompok-kelompok mereka semula seperti biasa. Perpaduan seperti ini adalah perpaduan di tahap permukaan sahaja, yang tidak akan membawa kita ke mana-mana.
3 comments:
Bukan UMNO yang iktiraf, tapi Najib secara peribadi, sebagai PM Malaysia. UMNO belum, dan tidak patut mengeluarkan pegangan yang sama dengan najib.
celaka kau umno najib ...pru 13 mampuslah kau...pengkhianat..lepas ni bini kau pun kau bagi pada cina tahi babi tu..tuihh..
Yeehaaa.. begini lah orang melayu ( Najib gaining political mileage with his political speech last night during MCA AGM.) satu demi satu kita beri pengiktirafan kepada kaum cina.
Di Indonesia kerana ianya dibawah Belanda dan seketika Sukarno hampir kepada komunisma, keperitan hidup membuatkan rakyat Indonesia peka dengan kepentingan peribumi maka, kaum imigran ini awal awal lagi di 'singkirkan'. Mahu tinggal di Indonesia nama mesti tukar, bukan itu sahaja sekolah mandarin diharamkan apa lagi bahasa nya.
Kini masyarakat tionghua Indonesia begitu mahir bercakap melayu indonesia.That do not make them indonesian because they are still chinese, rich and striving.Tetapi mereka tidak meminta minta, mencelah dan rasis sebab kerajaan indonesia sudah warning awal.
Sukar bagi saya menerima kaum ini sebagai bukan pendatang kerana sejarah membuktikan mereka. Sejarah juga membuktikan kita orang melayu dan hak hak kita.
Saya tak hairan satu hari nanti politikus melayu sendiri akan melacur negara tanah tumpah air. Raja Abdullah, Tengku Abdul Rahman,Tengku Hussin etc terlepas negeri dik menurut kata British. Teringat keringat juang Rentap,Mat Kilau,maharaja lela dan yg lain lain mempertahankan jiwa demi negera.
Kini tinggal lah Perkasa dengan perjuangan untuk orang Melayu, apa lah sangat suara NGO ini.
Post a Comment