Buat renungan saudara-saudara ku yang memilih wadah keganasan dalam perjuangan:
"Bukanlah tujuan Nabi itu diturunkan untuk membunuh manusia kafir tetapi adalah untuk mengeluarkan manusia dari kekafiran".

Sunday, June 27, 2010

Sultan orang UMNO


Penarikan balik gelaran Datuk oleh Sultan Johor daripada Chua Jui Meng kerana hanya beliau menyertai Pakatan Rakyat menampakan sikap kebudak-budakan.

Dalam negara yang mengamalkan demokrasi, bukanlah suatu kesalahan kepada sesiapa sahaja rakyat Malaysia untuk menyertai mana-mana parti politik yang sah.

Sepatutnya Sultan mestilah bersikap nutral dari segi politik dalam negara yang mengamalkan sistem Demokrasi Raja Berpelembagaan. Sultan bukan raja kepada orang UMNO tetapi baginda adalah raja kepada semua rakyat di negeri dan jajahan takluknya, tanpa mengira kaum Melayu, Cina atau pun India.

Sultan tidak harus menyempitkan dirinya untuk hanya menjadi raja kepada UMNO dan BN sahaja tetapi baginda juga harus menjadi raja kepada parti pembangkang.

Kita tidak kesal kalau penarikan gelaran Datuk itu atas alasan penerimanya telah didapati bersalah oleh makamah kerana melakukan jenayah atau kesalahan yang besar. Tentulah tidak manis dan sesuai jika seorang Datuk melakukan jenayah, dan ini sudah tentu akan mencemarkan anugerah tersebut.

Kalau kita lihat di England pun, tidak pernah berlaku di mana gelaran yang telah dianugerahkan kepada rakyatnya yang telah berjasa ditarik semula hanya kerana penerimanya menyertai parti pembangkang atau partinya telah menjadi pembangkang.

8 comments:

Anonymous said...

kau jangan nak komen lebih lebih dan komen tentang sultan....jangan lah kau masuk campur akan kuasa sultan

jiwakita said...

salam....


huhuhu....u derhaka????

Bingai @ Bangang said...

Kalau orang minta balik barang yang diberikan selalu kita kata Buruk Siku, kan?

Anugerah yang membawa gelaran bukan macam barang yang kita bagi pada kawan-kawan. Anugerah tersebut mewakili pengiktirafan istana kepada rakyat. Sekiranya pihak istana merasakan individu tersebut sudah tidak layak memikul gelaran yang beridentitikan istana maka adalah wajar bagi pihak istana menarik balik anugerah tersebut.

Ini tidak ada kene mengena dengan raja/sultan orang UMNO atau orang sapa. Sekiranya fahaman ini menjadi anutan maka sudah pasti YB Sharir Samad dan hilang gelaran Datuk semasa berada di luar UMNO malah menentang UMNO. Begitu juga dengan ramai individu lain lagi seperti Datuk Musa Hitam.

Bagaimana pula dengan Tan Sri Khalid Ibrahim. Datuk Anwar Ibrahim dan ramai lagi yang masih memiliki gelaran walaupun berada di pihak pembangkang?

DAN, menganggap tindakan Paduka Sultan macam budak-budak adalah melampau malahan anggapan tersebut sendiri menunjukkan sikap kebudak-budakan kita. Adakah sikap Sultan Brunei juga kebudak-budakan kerana menarik balik semua gelaran daripada Azrinaz Mazhar? Begitu juga dengan Mazuin Hamzah? Dan terbaru ialah gelaran-gelaran yang dianugerahkan di Kelantan walaupun mereka yang terlibat bukan semuanya orang politik. Sedangkan gelaran-gelaran tersebut peradaban istana yang mewakili imej istana. Tidak bermakna hanya mereka yang didapati bersalah oleh mahkamah saja yang wajar dilucutkan gelaran mereka. Keputusan mahkamah juga tidak boleh mempengaruhi titah Sultan kerana hak tersebut adalah hak baginda.

Saya harap kepada semua yang bermastautin di Malaysia yang diasaskan oleh sistem beraja lebih peka dan memahami. "Di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung."

aku yang bingai

Warta 365 said...

salam,

nice blog.
http://karatijau.blogspot.com/ dah dilistkan dalam warta365.blogspot.com

mintak ehsan tuan blog listkan blog hamba , warta365.blogspot.com

terima kasih

wasslam

joe penang said...

Memanglah kuasa beri pingat tu hak depa. Tapi...
1) pingat tu diberi oleh almarhum ayahdanya. Wajarkah anaknya tarik balik?
2) kalau senang2 pingat diberi dan senang2 ditarik balik, apa nilainya pingat tu.
Ada satu negeri sekangkang kera. Kecik dari Singapura kot. Kurniakan pingat paling byk di Malaysia. Ada nilai ka kalu dah mudah dapat?
Kita biasa dengar org sanggup membayar utk dapatkan datuk tapi ditipu. Itukah datuk yg kita banggakan? Bayar sekian2 dah boleh dapat
Ada satu negeri abg dan adik berebut2 nak pegang negeri. ayahda mereka pun belum mangkat lagi.. Xbolehkah rakyat menegur?
Maaf jika ini dikatakan sembah derhaka. Patik hanya menegur

mffzone said...

salam

adakah ada faham dengan maksud 'hak'......

adakah anda menulis dengan berilmu @ beremosi....

itu ialah hak Sultan hendak diberi @ ditarik balik itulah hak yg ada pd setiap sultan di malaysia

setiap rakyat malaysia harus faham setiap perkara sebelum pandai hendak mengkritik.....

joe penang said...

ooo. Ada gak keturunan Tuah 100% kat sini. Ketaatan 100% pd raja. Tak kisah la depa x betul ka tak.
Raja adil raja diturut, raja zalim...?
TDM kutuk raja sampai lucut imuniti raja tu boleh plak? Puak deris Jusoh kata raja natang boleh? Double standard

JC said...

nice blog..cheers... feel free visit my blog http://myinvest89.blogspot.com

Boikot Barangan Yang Membiayai Kekejaman Israel

my playlist


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com