Buat renungan saudara-saudara ku yang memilih wadah keganasan dalam perjuangan:
"Bukanlah tujuan Nabi itu diturunkan untuk membunuh manusia kafir tetapi adalah untuk mengeluarkan manusia dari kekafiran".

Sunday, October 18, 2009

Bagan Pinang, Kekalahan PAS sudah diduga

KEDEGILAN PAS untuk terus meletakkan calonnya untuk bertanding di PRK Bagan Pinang membawa padah kepada parti itu dengan mengalami kekalahan teruk.

Kekalahan ini boleh dilihat sebagai petanda pengundi di Bagan Pinang khususnya dan di Negeri Sembilan amnya tidak dapat menerima parti PAS.

Kalau tidak menang pun, tentunya kekalahan ini tidaklah teruk sangat kalau PAS dari awal mengambil langkah memberi laluan kepada calon dari parti PKR bagi mewakili Pakatan Rakyat untuk menjadi calon di sana.

Negeri Sembilan, Melaka dan Johor memang terkenal sebagai kubu UMNO yang kuat. Kebanyakan orang Melayu di negeri-negeri ini memang tidak boleh terima parti PAS langsung.

Malah pernah berlaku di mana ahli PAS yang cuba membawa masuk pengaruh PAS di sesetengah kampung di Johor pernah dihalau dan ditolak mentah-mentah oleh orang kampung.

Kalau di Kelantan keadaan seperti itu tidak akan berlaku, mereka begitu faham bahawa UMNO dan PAS adalah parti-parti politik dalam negara demokrasi, siapa pun boleh menyokong mana-mana parti yang mereka suka.

Kalau orang Melayu di Johor sendiri pun susah hendak menerima PAS, apa lagilah dengan orang-orang bukan Melayu di sana.

Janganlah sebab berjaya menubuhkan cawangan di sesuatu kawasan di Negeri Sembilan, Melaka dan Johor dengan beberapa ratus ahli sudah mendabik dada mereka layak meletakkan calon mereka bagi mewakili Pakatan Rakyat. Yang akan mengundi bukan ahli-ahli parti sahaja tetapi adalah semua penduduk yang layak mengundi di kawasan itu yang jumlahnya jauh lebih besar dari bilangan ahli-ahli yang ada di situ.

Oleh itu PAS jangan jadi parti terlebih perasan. PAS mesti bersikap berpijak di bumi nyata, tidak hanya mementingkan diri sendiri sahaja. Apalah guna meletakkan calun-calun PAS di negeri-negeri tersebut tetapi akan menyumbang semua kekalahan kepada PR.

Kita kena lihat juga sentimen masyarakat setempat dalam meletakkan calon untuk parti kita bertanding. Kalau negeri itu tidak boleh terima parti PAS maka berilah laluan kepada parti komponen yang lain seperti PKR.

Meletakkan calon dari PKR mewakili PR di negeri-negeri yang dikenali sebagai kubu kuat UMNO iaitu di Negeri Sembilan, Melaka dan Johor bukanlah bermakna ada jaminan PR boleh menang, tetapi sekurang-kurangnya ia lebih realistik dan tidaklah PR dimalukan dengan kalah begitu teruk sekali.

Adalah wajar jika sesuatu parti itu tidak dapat mengekalkan prestasinya seperti yang berlaku di PRK di Bagan Pinang baru-baru ini, memberi laluan dan peluang kepada parti komponen yang lain untuk bertanding pula.

3 comments:

FMZam said...

Senang cakap camnilah...PAS tak pas periksa dalam sabjek BP....abis cerita....kena study kuat dan jangan putus asa, boleh ambil periksa lagi sekali, kalau gagal lagi, ambil lagi....sampai tua pun takpe....

Anonymous said...

PAS menjangkakan kekalahannya pada PRU12 dulu dengan majoriti 2 ribu itu suatu petanda baik. Tetapi oleh sebab mereka terlupa memberi khidmat di kawasan itu selepas kalah, maka rakyat tidak boleh menilai mereka.
PAS dan PR asyik banyak pertikai kerja orang tetapi tidak buat sesuatu untuk membeli hati rakyat. Inilah punca sebenar.

-WADAH- said...

Tidak tahu UMNO di tempat lain di "selatan" tetapi UMNO & BN di Johor dari segi asasnya memang telah kuat. Isu agama Islam kurang jalan di Johor kerana kerajaan negeri Johor telah berjaya memenuhi kehendak "beragama" rakyatnya. Banyak wakil rakyat melayu Islam yang "senang" di lihat di masjid (tetapi bukan semua..) Mereka menyediakan Sekolah Agama Kerajaan Negeri (walaupun keberkesanannya sering mengundang persoalan). Mereka juga mengadakan sambutan keagamaan yang lebih daripada biasa (Maulid Nabi Disambut sejak 12 Rabiul Awal hingga ke akhir bulan Rajab atau Syaaban). Undi bukan melayu sangat-sangat menjadi penentu di kawasan-kawasan yang mempunyai penduduk bukan melayu yang ramai (30-40 %). Sekadar buah fikiran.... Sekian.

Boikot Barangan Yang Membiayai Kekejaman Israel

my playlist


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com