Buat renungan saudara-saudara ku yang memilih wadah keganasan dalam perjuangan:
"Bukanlah tujuan Nabi itu diturunkan untuk membunuh manusia kafir tetapi adalah untuk mengeluarkan manusia dari kekafiran".

Sunday, September 27, 2009

Tun Mahathir yang telah insaf


TEGURAN Tun Mahathir kepada Samy Velu yang cuba mahu terus mengekalkan cengkamannya ke atas parti MIC tanpa menghiraukan suara akar umbi adalah berpandukan kepada pengalaman beliau sendiri.

Tun Mahathir pernah disifatkan sebagai pemimpin yang liat untuk turun dari memimpin parti UMNO, yang dianggap oleh sesetengah pihak ibarat pelepah pisang yang perlu disentap untuk jatuh.

Setelah diasak oleh beberapa siri demonstrasi jalanan barulah Tun Mahathir mula mahu memikirkan untuk melepaskan jawatannya sebagai PM Malaysia setelah lebih 20 tahun berkuasa.

Kini setelah bersara Tun Mahathir begitu lantang menasihati parti UMNO supaya menjadi sebuah parti yang mempunyai pemimpin-pemimpin yang bersih, bebas dari rasuah dan salah laku.

Padahal di era pemerintahannya, beliau tidak pernah pun mengambil berat tentang perkara-perkara tersebut. Malah dikatakan politik wang adalah bermula dan berluas-luasa semasa beliau memimpin parti UMNO lagi.

Dapat kita perhatikan, boleh dikatakan hampir semua menteri kabinet yang dilantik oleh Mahathir adalah di kalangan yang mempunyai rekod salah laku. Dari salah laku yang melibatkan skandal sex hinggalah kepada pembolotan AP dan tender projek untuk keluarga, malah ada yang terlibat dengan kes bunuh.

Dengan makamah dan polis berada di bawah penguasaannya membolehkan beliau mengawal dan menentukan samada seseorang itu boleh didakwa atau tidak.

Salah laku yang sedia terpalit pada menteri-menteri kabinetnya itu, ibarat pistol yang diacukan di kepala mereka, yang menyebabkan mereka semua sentiasa patuh kepada arahan Mahathir tanpa berani menyanggah.

Untuk jangka pendek memang ia menguntungkan Mahathir. Semua keinginannya dan cita-citanya akan dapat dilaksanakan dengan licin tanpa apa-apa bantahan. Tetapi untuk jangka panjang ia memberi imej buruk kepada parti UMNO.

Akhirnya rakyat melihat pemimpin-pemimpin UMNO dipenuhi dengan berbagai skandal dan salah laku, dan tidak pernah dibongkar atau diambil apa-apa tindakan terhadap mereka. Kesalahan mereka hanya dibongkar dan diambil tindakan bila cuba menentang presiden UMNO.

Semua menteri-menteri kabinet Mahathir seperti bergantung nyawa kepada beliau. Rafidah Aziz seperti kena histeria bila Tun Mahathir mengumumkan untuk melepaskan jawatan PM Malaysia dalam satu perhimpunan UMNO.

Selepas itu Rafidah Aziz jugalah antara pemimpin UMNO yang pertama menghentam Tun Mahathir sejurus beliau turun dari PM.

Nampaknya sekarang Tun Mahathir telah insaf, beliau telah melakukan banyak kerosakan kepada parti UMNO dan kini beliau berasa bertanggungjawab untuk membawa semula UMNO keatas landasan yang betul.

Kebobrokan parti UMNO selama ini telah menjauhkan orang-orang yang berakhlak mulia dan baik dari menyertai UMNO. Hingga menyebabkan UMNO sukar untuk mencari calon yang sesuai untuk bertanding di PRK Bagan Pinang. Susahnya sama seperti mencari rambut hitam pada kepala orang tua yang beruban.

Perlu diingat, dalam amalan sistem demokrasi kita tidak ada ruang untuk mengekalkan kejahatan untuk selamanya.

7 comments:

geng 606 said...

rasanya analisis bro ni tak cukup kritis. kena tau brapa lama tdm dok jadi presiden ngan samy jd presiden jika nak compared. lagipun kena faham btul2 kata tdm tu. tdm dikenali hebat kerana byk menyampaikan mesej tersirat dlm kata2nya.

Anonymous said...

liasss liasss..... dah lama aku tak jengok blog ko ni....tapi tiap2 kali aku jengok ....sure aku tergelak baca komen half-pass-six ko nie...

byk2 lagi baca buku liasss... ko ni buat malu org johor aje laaa liassss oiii....

jgn kecik ati ya liass....byk2kan membaca dgn berlapang dada, slmt hari raya.

salim

Anonymous said...

Takpe la Lias kalau orang lain tak suka hang tulis ni...bukan apa setiap orang berhak berbeza pandangan tak gitu.

Teruskan Lias...

Neutral Daily said...

Salam,

Artikel yang menarik tuan..
Jika tak keberatan layari Neutral Daily sekarang dan linkkan blog kami di blog anda.
Terima Kasih..

"Informasi Neutral Tanpa Kepentingan"
http://neutraldaily.blogspot.com/

Neutral Daily said...

Salam,

Artikel yang menarik tuan..
Jika tak keberatan layari Neutral Daily sekarang dan linkkan blog kami di blog anda.
Terima Kasih..

"Informasi Neutral Tanpa Kepentingan"
http://neutraldaily.blogspot.com/

Anonymous said...

pe pun sy setuju Tun Mahathir mmg dh insaf. teruskan tulis artikel artikel.smua hasil tulisan En Alias memang menarik. sy sll bca...
your student UTM

anwar gay said...

habis tu apa persamaan samy velu dengan nik ajiz.??

agak2 tau tak??

depa dua tu sama2 nak pegang jawatan sampai mamposssss!!!

liat2 pelepah kelapa pun turun jugak

Boikot Barangan Yang Membiayai Kekejaman Israel

my playlist


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com