Dalam pilihanraya umum 2008, UMNO telah ditolak oleh orang
Melayu Islam hingga menyebabkan hilang kekuasaannya ke atas 5 negeri. Kenapa
orang Melayu menolak UMNO? Ini kerana UMNO telah terlalu banyak melakukan
kesilapan dan kesalahan, sehingga orang Melayu begitu marah kepada parti itu.
Kehilangan sokongan orang Melayu kepada UMNO adalah
disebabkan tindak-tanduk pemimpin-pemimpin mereka juga. Pemimpin yang bertindak
pilih kasih, lembab dan tidak mampu membuat perubahan, gejala rasuah yang sukar
dibendung, pentadbiran yang korup dan cakap tak serupa bikin, menyebabkan
rakyat tidak mahu memberi undi kepada parti itu lagi.
Seperti sudah terantuk baru terngadah, UMNO terkejut beruk
dengan keputusan pada pilihanraya tahun 2008, taktik ‘kotor’ yang selalu mereka
gunakan untuk memenangi piliharaya pun tidak mampu menyekat kemarahan rakyat
itu.
Dalam keadaan yang cemas dan terdesak itu, mereka telah
merayu dan membuat rundingan sulit dengan parti PAS untuk mengembalikan kuasa
mereka, kukuh seperti sebelum ini. Kononnya mereka bertindak atas perpaduan
umah, kuasa umat Islam, kuasa Melayu dan penyatuan umat Melayu. Walhal kita
tahu apa niat sebenar mereka, tidak lain, ialah untuk pengekalan kuasa. Nasib
baiklah ada pemimpin-pemimpin PAS yang tidak termakan ‘gula-gula’ mereka itu.
Buat apalah kuasa kalau kuasa itu hanya akan menjadikan mereka tambah
bermaharajalela dalam melakukan kerosakan.
Tindakan UMNO ini samalah seperti yang diterangkan dalam
ayat 62 dan ayat 63, Surah An-Nisa yang bermaksud:
62. Maka bagaimanakah halnya apabila ditimpa sesuatu musibah
disebabkan perbuatan tangan mereka sendiri, kemudian mereka dating kepadamu
sambil bersumpah: “Demi Allah, kami tidak sekali-kali tidak menghendaki selain
penyelesaian yang baik dan perdamaian yang sempurna”.
63. Mereka itu adalah orang-orang yang Allah mengetahui apa
yang ada di dalam hati mereka. Kerana itu berpalinglah kamu dari mereka, dan
berilah mereka pelajaran, dan katakanlah kepada mereka perkataan yang berbekas
pada jiwa mereka.
Sejarah akan sentiasa berulang, dan Quran telah menyediakan
penyelesaiannya bila menghadapi situasi begini.
Malah pihak UMNO yang terdesak ini memang patut diajar dan
disindir dengan kata-kata yang memberi bekas kepada jiwa mereka seperti
memulangkan paku buah keras.
Apapun, UMNO, parti yang terdesak ini masih boleh dibenarkan
untuk bekerjasama dengan PAS tetapi haruslah PAS yang menjadi hakim atau pihak
yang menetapkan syarat-syarat tentang perpaduan dan kerjasama itu, bukannya
pihak UMNO yang berhak menentukannya, seperti diterangkan dalam ayat berikutnya
iaitu ayat 65, Surah yang sama.
UMNO sering mengkritik dan mempertikai kerjasama PAS dengan
DAP. Kritikan mereka itu bukanlah datang dari hati yang ikhlas tetapi lebih
kepada ingin memecah belah Pakatan Rakyat. Walaupun PAS dan DAP mempunyai agama
dan fahaman berlainan tetapi mereka membina kerjasama atas dasar untuk kebaikan
rakyat. Mereka mahu menghapuskan rasuah, membina kerajaan yang bersih dan
telus, membebaskan media perdana dari dikawal parti yang memerintah, membuka
ruang kebebasan bersuara kepada rakyat, pemerintahan yang adil kepada semua dan
membebaskan badan kehakiman, dan melaksanakan pilihanraya yang bersih, bebas
dan adil.
Perjanjian untuk bekerjasama kearah kebaikan dan bukan
kerjasama kearah kerosakan memang sangat digalakkan dalam Islam. Perjanjian ini
harus dihormati walaupun dengan bukan Islam, dan berpegang pada janji itu
adalah termasuk dalam akhlak umat Islam.
No comments:
Post a Comment