Buat renungan saudara-saudara ku yang memilih wadah keganasan dalam perjuangan:
"Bukanlah tujuan Nabi itu diturunkan untuk membunuh manusia kafir tetapi adalah untuk mengeluarkan manusia dari kekafiran".

Tuesday, August 07, 2012

Apakah adil royalti minyak setakat 5% sahaja?


Berunai, Sabah dan Sarawak adalah Negara dan negeri yang mengeluarkan minyak. Tetapi kenapa Sabah dan Sarawak tidak kaya seperti Berunai? Malah Sabah dan Sarawak adalah antara negeri-negeri yang bertaraf miskin dalam Malaysia.

Adakah andaikata kalau Sabah dan Sarawak tidak menyertai Persekutuan Malaysia dan kekal dengan pemerintahan sendiri, mereka akan menjadi Negara yang kaya seperti Berunai?

Ini semua kenalah difikirkan oleh pemimpin supaya semua pihak terutamanya rakyat mendapat keadilan.

Semasa kita dijajah oleh British. Mereka memungut segala kekayaan hasil bumi Negara kita terutamanya bijih timah dan getah. Di samping mengaut kekayaan hasil bumi Negara ini, mereka juga tidak lupa membangunkan infrastruktur yang diperlukan untuk kemudahan mereka dan rakyat Negara ini seperti jalan-jalan raya, jalan keretapi, pelabuhan, sekolah, hospital, bangunan pejabat dan kedai-kedai. Sebahagian besarnya masih boleh digunakan lagi hingga ke hari ini.

Inilah dasar penjajah, mereka mengaut hasil bumi kita, dan merekalah yang menentukan berapa bahagian yang patut kita terima. Sudah tentulah apa yang disumbangkan kepada kita jauh lebih kecil dari apa yang mereka bawa balik ke Negara mereka.

Oleh itu kita juga kena bertindak adil kepada rakyat Sabah dan Sarawak. Apakah munasabah memberikan royalty setakat 5% sedangkan hasil minyak itu dari perut bumi negeri itu sendiri. Kalau kita suatu masa dulu pernah tidak menyukai penjajah kerana tidak berlaku adil dalam membahagikan kekayaan Negara kita, maka kita juga patut tidak berkelakuan seperti penjajah.

Rakyat setempat di mana hasil bumi ditemui mesti sepatutnya lebih kaya dari rakyat di tempat yang tidak mempunyai apa-apa hasil bumi. Hasil bumi yang ditemui pada sesuatu tempat itu adalah kepunyaaan orang-orang yang tinggal di tempat itu. Perbandingannya, kalau dalam kawasan tanah milik kita ada emas, maka kitalah yang berhak ke atas emas itu. Adalah tidak munasabah, tanah milik kita ada emas tetapi orang lain pula yang berhak ke atasnya dan kita kekal miskin.

Tidak dinafikan kerajaan Persekutuan ada juga menyumbang kepada pembangunan infrastruktur di Sabah dan Sarawak, tetapi kena lihat juga samada infrastruktur yang dibangunkan itu memadai dengan hasil minyak yang diperolehi dari kedua-dua negeri itu. Moga akan ada satu formula baru yang lebih adil dalam mengagihkan hasil minyak ini agar mereka terutamanya Sabah dan Sarawak tidak terasa seperti dilayan sebagai negeri jajahan.

8 comments:

Anonymous said...

Pemikiran dari sudut yg amat singkat.Kita kena lihat dari sudut keluasan geografi dan jumlah penduduk di sabah dan serawak.Kerajaan pusat mampu membawa nilai pelaburan berpuluh billion ringgit di sana.Ini terbukti apabila wujudnya zone koridor ekonomi di kedua2 negeri.Persoalannya,adakah mampu rakyat tempatan kedua2 negeri memenuhi tenaga kerja di sana.Kedua,taburan penduduk yg tidak seimbang di seluruh wilayah yg besar dan jarak yg jauh di antara satu sama lain.Ini melibatkan kos yg amat besar dari segi penyediaan infraskutur dan tidak mampu di tanggung dari hasil minyak semata2 dan ia lebih ke arah merugikan dan membazir kerana faktor keluasan geografi,jumlah penduduk yg sedikit.Bagaimana kita hendak mencipta kekayaan sedangkan faktor di atas menghalang kita utk memakmurkan ekonomi di wilayah tersebut.Dengan kekayaan hasil yg banyak,jumlah penduduk yg ramai ,mencecah 20 juta penduduk di sabah dan serawak sesuai dgn keluasan geografi,ia mampu menjana kekayaan di kedua2 negeri tersebut,sesuai dgn saranan mantan Perdana menteri utk meningkatkan jumlah penduduk sehingga 70juta orang.Ini belum menyentuh soal pengurusan yg cekap,tidak tiris,tepat dll.

Anonymous said...

Lebih baik mencipta kekayaan yg lain dari mengharap sepenuhnya dari hasil minyak yg ada haknya.Kena pandang ke arah sudut yg berbeza dan tidak semata2 pada royalti minyak.Kalau banyak manapun dapat hasil royalti minyak,Kalau Dato Lajim ukim yg handle,alamatnya lebuh ler.Kalau dia bijak,dia tidak pandang pada satu sudut sahaja.Pada tangannya pun banyak yg tiris.

Anonymous said...

Dengan hanya 5% duit royalti minyak,pembangunan utk rakyat tetap wujud.Andaikata 20% duit royalti minyak di beri,pembangunan utk rakyat tetap juga belaku,tetapi ketirisannya jugak meningkat.kualiti pembangunan tetap hancur.Yang paling penting ialah menarik minat para pelabur secara berterusan yg di sokong pembinaan infraskutur yg berkualiti dan tepat.

Anonymous said...

jadi mengapa Sabah diiktiraf sebagai Negeri paling Miskin??? Mana semua pembangunan yg dijanjikan ?? Mengapa sesetengah kawasan belum ada air bersih dan elektrik setelah sekian lama?? Jangan gunakan alasan logistik sebagai penghalang semua itu....Petronas telah pun membazirkan wang membina menara berkembar yg kosong!!..hanya semata2 menunjukkan keegoaan mereka...sememangnya kekayaan bukan saja dr hasil minyak....tapi 5%?? commonlah....mcm org pigi rumah sia...buka aisbox...dan ambil 95%...kasi tinggal sia itu bread sija utk makan.....???

Anonymous said...

Pandainya kamurg,sia nda tau bha dari mana sekolah bapak kamurg hantar g sekolah nie,bukan mau kurang ajar,tpi terpaksa untuk berkata2 setelah melihat kejahilan kita. Sebagai penduduk bumiputra sabah..adakah anda tahu hak anda???sekolah nda mau ajar sebb nda mau kita pandai,firstly kita tengok education system kita,adakah kita seragam dgn kl??ikut daripada statistik,tahap education dimalaysia ini saja pun sangat2 kritikal..mungkin anda kurang bersetuju,tpi tolong tanya pemimpin kita,berapa banyak university di malaysia nie yang berada dlm kelompok 200 university terbaik dunia..memang tak da..mcmana ia boleh melahirkan pemimpin yg berwibawa??kalo kita lihat para pemimpin yg ada semuanya lulusan luar negara..yg tue pun pandai juga,tngk rakyat bodoh,dia masuk peruntukan dlm poket sendiri,..kita lihat pula dari segi ekonomi,..sia control ekonomi sabah dan sarawak??sebab semua kl dan umno yang control..tak percaya??anda beli sebuah kereta proton,10% dari harga anda sebenarnya menabung dgn tabung umno..di malaysia kita beli keta pakai buang(proton) dlm 45k,d britain sana harga proton harga 1.5k..tapi kaki putar alam (mahatir) ckp beli proton,suma pun beli:...berapa orng tau,..paria tue asal memang urg india..cuma dia kata dia org melayu dan beragama islam,..then yang c malaysia nie pun ikut juga..hahaha..bodoh..manada org bangsa melayu,hahaha..kalo ko tanya org sabh apa bangsa,urg akan ckap murut,kadazan,bajau..tapi kalo d semanjing org tanya bangsa apa mereka cakap melayu..hallo,no such thing bangsa melayu,baca sejarah...yang ada bangsa jawa,bugis,acheh dan sebagainya di malaysia nie..tpi malu mengaku org indonesia..hahahaha..mau maju tapi malu,sudah maju,bodoh sombong..kalo kita lihat kedudukan geografi menjadi alasan,..sia tidak nampak itu sebagai alasan,dmana ada kemahuan dsitu ada kemajuan..kenapa pula kalo kita lihat brunei jumlah penduduk cuma 300k org tpi boleh maju kompare sabah sarawak..disabah ada 4juta penduduk yng kebanyakkan mempunyai tanah untuk pertanian tpi tidak maju..minyak kita memang bnyk sabah punya bekalan minyak mampu menampung permintaan sampai 2060..bezanya minyak petrol dbrunei lebih kualiti berbanding minyak petrol dmalaysia..sebab kita hanya mengunakan petrol yg kurg berkualiti untuk kereta pakai buang kita...pastu mau bg 5% royalti minyak..hallo kl,nda payahlah sibuk2 mau tunjuk pandai dsabah,kami anak watan pun tau mau proses minyak mcmana lg baik dari minyak petronas..hahaha..buduh..pastu c pemimpin mau cakap pun susah sebab kl sudah halalkan rasuah untuk grab their ball..hahaha..bayangkan perasaan ank2 cucu anda apabila mereka tahu suma nie..adooiiii sakit hati...perjanjian 21 perkara tak pernah ditepati...mak oiiii...yang kami tau kita sentiasa dianak tiri,...bila umno da nak kalah kat semenanjung baru nak kasih maju sabah...halllooooo!!!!...kami dah belajar hidup susah,kami sentiasa berdikari...thank saja la...owhh...ya...maaf kalo penulisan ini menganggu emosi anda...

6803man sarawak said...

Terbaek bro.

Anonymous said...

Sabah mundur sebab mentaliti rakyatnya sendiri. banyak hasil dan kekayaan dimonopoli oleh org cina dan pendatang indon. Kebanyakkan peribumi senang disogok dengan one off allocation. Pusat judi samada berlesen atau tidak bersepah2 dan dibantu oleh pemimjam wang berlesen. tanah dan lesen perniagaan peribumi byk dikeluarkan tapi dipajak oleh org cina. Kontraktor mark up harga tender tinggi walaupun kos buruh rendah dan lebih malang, kualiti kerja kurang. klu mcm nie..bg peruntukkan tinggi kat sabah setiap tahun takkan dapat maju.

Anonymous said...

bagi saya..macamaner pun kita heboh atau tidak puas hati kita tetap x boleh buat apa...yg penting majukan diri dan tingkatkan kualiti hidup kita sendiri...

Boikot Barangan Yang Membiayai Kekejaman Israel

my playlist


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com