Buat renungan saudara-saudara ku yang memilih wadah keganasan dalam perjuangan:
"Bukanlah tujuan Nabi itu diturunkan untuk membunuh manusia kafir tetapi adalah untuk mengeluarkan manusia dari kekafiran".

Tuesday, August 14, 2012

Cara nak pergi PERTH (Australia) tanpa melalui pakej pelancungan


Perkara yang paling kita bimbang untuk pergi ke suatu tempat yang kita tidak pernah sampai ialah tentang faktor keselamatan. Perth adalah bandaraya dalam sebuah Negara maju, mempunyai warga yang berakhlak baik. Anda tidak perlu berasa bimbang tentang keselamatan semasa berada di sana, tidak bimbang tentang ragut, rompak, curi dan lain-lain ancaman jenayah. Tidak ada rasa bimbang dan takut seperti kita melawat Thailand, Filipina, Indonesia malah Kuala Lumpur sendiri. Oleh itu tidak perlu menggunakan perkhidmatan agensi pelancungan untuk melawat Perth, anda hanya perlu melakukan proses yang amat mudah seperti dicatatkan di bawah untuk melancung ke Perth.


1. Tempah tiket kapal terbang melalui laman web Airasia, tempah awal untuk dapat tambang murah, bayar pakai kredit card. Link Airasia:




Kalau nasib kita baik boleh dapat harga promo serendah RM800.00 untuk tiket pergi-balik seorang.


2. Dapatkan visa ke Australia, boleh dapatkan khidmat dapatkan visa ini dari Syarikat Agen Pelancungan yang berhampiran, harga sekitar RM30 setiap visa untuk seorang. Rajawali Bintang Travel Sdn. Bhd, web: www.rajawalibintangtravel.com, tel: 07-2235989.


3. Buat booking hotel di Perth melalui online, harga sekitar AUD175 pernight bagi apartment type. Tempah awal untuk dapat harga yang lebih murah dan ada kekosongan.




City Stay Apartment Hotel, located at Wellington Street, opposite to Harbour Town..shopping centre.


Address
875 Wellington Street
Perth, 6005
Australia
Phone
+61892151515
Email
res@citystay.com.au
Travel info:
Latitude -31.94746, Longitude 115.84650
(S 031° 56.848, E 115° 50.790)


4. Kalau pergi pada bulan June dan July kena beli baju tebal kerana cuaca di sana agak sejuk. Tidak ada salji di Perth. Tukar RM ke AUD di money changer di Malaysia untuk kegunaan di sana. Wang tunai yang setara RM1000.00 bagi seorang sudah memadai untuk belanja makan dan perjalanan di sana untuk tempoh lima hari.


5. Pergi airport (departure), mesti check-in flight dua jam sebelum berlepas, beg hand luggage (beg yang dipegang penumpang) adalah percuma dan berat mesti kurang dari 7 Kg di samping itu dibenarkan juga membawa beg computer/kamera dan beg tangan wanita. Saiz beg yang dibenarkan ialah 56 cm x 36 cm x 23 cm, kalau bawa checked luggage (beg yang di tempat simpan barang) akan dikenakan bayaran yang tertentu mengikut berat. Kereta tolak bayi tidak dikenakan apa-apa bayaran tetapi hendaklah didaftarkan semasa check-in.


6. Pastikan tidak ada barang-barang yang tidak dibenarkan oleh kerajaan Australia dibawa masuk ke Negara itu seperti daging yang dimasak, tetapi makanan daging yang dalam tin atau dalam paket adalah dibenarkan.


7. Bila sampai Perth international airport, pergi dapatkan taxi, di situ ada juga sediakan telefon khas untuk memanggil teksi. Bayaran ikut meter, dari airport ke hotel sekitar AUD40.00. Kalau keluarga ramai, boleh dapatkan khidmat maxi-taxi, lebih ekonomik. Maxi taxi yang saya naiki dari airport ke hotel semasa di sana dulu ialah Roberts Maxi Taxi Service, phone: 04 1796 1792. Semasa balik dari hotel ke airport pun saya menggunakan khidmat maxi taxi yang sama, hanya maklumkan kepadanya sehari sebelum kita berangkat pulang. Robert, pemandunya sudah lanjut usia, mungkin sudah hampir hendak bersara.


8. Perkhidmat bas dalam kawasan pusat Bandar Perth adalah percuma dan sangat convenient. Dapatkan peta perjalanan bas di counter hotel.


9. Untuk makan, terdapat restoran Insans café dekat no 113 Murray Street yang dikendalikan oleh orang Malaysia dan restoran Indah dekat Barrack Street yang dikendalikan oleh orang Indonesia yang juga tidak jauh dari restoran Insans Café. Selain itu terdapat banyak juga kedai kebab yang dikendalikan oleh orang Turkey.


9. Harga makanan sangat mahal di Perth dan Australia umumnya, harga satu jenis makanan cukup untuk seorang tidak termasuk air sekitar RM27.00 atau AUD9.00.

10. Pin power socket (plug) di Australia tidak sama dengan negara kita. Oleh itu kena beli adapter untuk membolehkan kita mengecas laptop, handphone dan camera yang kita bawa. Adapter ada juga dijual di sana. Lihat gambar power socket di Australia.

11. Tempat menarik yang dicadangkan untuk dikunjungi di Perth:


Fremantle Tour


 Catch the ferry cruise to Fremantle.


 Fremantle E-Shed Market (tourists shop for souvenirs)- Saturdays and Sundays only.


 Lunch at Kailis Restaurant Fremantle Waterfront (Fish & Chips)- Own expenses.


 Fremantle City Tour (Fremantle Market, Boat Harbor, Cappuccino st)


 Cottesloe Beach.


 Lake Monger.


Free & easy


shop at the Murray and Hay Street Pedestrian Malls,


take a free bus ride around the city on Yellow, Red or Blue CATS (Central


Area Transport Service), or take a ferry ride ($2.50 return ticket) at Barrack Street Jetty crossing Swan River to South


Perth to enjoy the view of Perth City skyline.


Swan Valley Tour


 Caversham Wildlife Park-Tumbulgum Farm Show-Chocolate Factory-Honey Farm. Nougat factory


 Pray at Mohamaden Mosque (105 years old) on William Street.


Perth Tour


 Visit Kings Park to enjoy the view of Perth City from on top of a hill through the treetop


 Tree top walk at glass bridge-Botanic garden


 Walkway and multiple lookout points


At night enjoy late night shopping at Perth Mall City.


Mandurah Tour


 Macadamia nut farm & factory.


 Mandurah canal cruise


 Orchard fruit farm at Rolleystone.


shopping at Carousel Westfield.


Stop at Turkish Mosque


Peringatan: Semua maklumat ini adalah tepat dan sah pada masa saya melancung ke Perth pada 10 Jun 2012 hingga 14 Jun 2012.


Selamat mencuba.

19 comments:

Anonymous said...

terima kasih.sgt membantu.

Unknown said...

Terima kasih atas maklumat, very useful. Family saya sederhana besar, anak 5 org, ages: 15, 12, 10, 6, 4 campur isteri kami 7 semua. Nak sewa appartment nampak mcm mahal. Kalau masuk hotel boleh sumbat ramai2 mcm Msia ke? Hotel kena tempah online ke? klu walk in camne? TQ

Unknown said...

peraturan hotel/aparment mereka sangat ketat, bilangan kepala untuk setiap bilik ada hadnya. Untuk tidak timbul masalah sila tempah hotel online lebih awal.

Unknown said...

Terima kasih.Boleh beritahu macam mana pergi Melbourne?.Saya bercadang mahu pergi sana.

umuQhitton said...

Assalam!InsyAllah Kami akan ke Perth ,7/3/13 ini 10/3 balik, flight balik awal pgi...6.35am!
Ada kah hotel yang membenarkn checkout lewat mlm?

Anonymous said...

Call +61432372725 dato abu bakar di Perth utk cari penginapan. Atau mahira +60123360098 ada banglow utk sewa.

srym ali said...

Assalam... maklumat yang sangat berguna.. saya merancang nak melawat
perth awal tahun depan..inshaallah
Ada tak pelajar malaysia yang mengendalikan pakej lawatan di perth seperti yang terdapat di korea

Anonymous said...

salam, saya juga pergi perth 5 - 9 jun 2013. saya akan pergi lagi 22 mac 2014 untuk 9 hari. macam mana saya nak sewa kereta kalau saya nak pergi sampai ke albany?

traveller said...

kat perth pun ada holiday bungalows run by a muslim malaysian family. memang harga berpatutan dan service thumb up lah. kita boleh masak makanan halal sendiri. sebab makanan kat luar memang mahal. kami dah try penginapan. rumah sgt cantik dan kemas bersih and well fully furnished. sesuai untuk keluarga dan group. owner nya pun sgt peramah dan helpful. diaorg siap ada kereta dan mpv untuk sewa. harga sgt murah. berbaloi baloi. boleh contact 0123360098 nama anak owner tu cik siti. mereka ada 4 buah holiday homes di perth. saya dah pernah try 2x. memang puas hati. service dan tempat pun superb!!

dkt youtube pun ada org dah buat review ttg mahira holiday homes ni. cuba type mahira holiday homes

Anonymous said...

jika perlukan khidmat transport dan driver ala-ala supir, boleh hubungi/whatsapp/viber. +61411536495(mike). van boleh muat sehingga 9 orang dengan selesa. ratenya aud150 sehari termasuk driver, minyak, dan parking.

Anonymous said...

Da dpt ke arrangement?

wan said...

Good info..tq

wan said...

Kalau pergi berdua berapa agaknya bajet yg diperlukan unk penginapan , pengangkutan, makanan dan entrance fee, tq

eifa said...

sy akan pergi perth minggu depan.
sy apply utk menginap di Malaysia Hall Perth.
alhamdulillah.. permohonan diluluskan, harga sgt murah...

sy pergi satu family, 6 org termasuk baby.
kat perth, kanak2 bawah umur 7 tahun diwajibkan pakai car seat.
anak sy 3 org bawah umur 7 tahun. jadi kena sewa car seat.

mike alsiaki qader bentaha said...

Assalamualaykum...just nak share..Sekiranya memerlukan homestay di Perth, sesuai utk org Islam, SUCI dan HALAL, boleh muat hingga 6 orang..$180 per malam..10 minit dari Perth City..boleh whatsapp +61411536495 utk berbincang dengan lebih lanjut..

Malaysiaku said...

Macamana nak contact Malaysia Hall di Perth utk booking tempat penginapan di sana

Anonymous said...

Sekadar nak share..Ada satu agency muslim di Perth.Servicenya baik makan minum sangat menepati citarasa kami
Wakilnya ada di Malaysia (0137889313)-whatapp

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

https://www.airbnb.com/rooms/15294702

Boikot Barangan Yang Membiayai Kekejaman Israel

my playlist


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com