Transformasi,
sekadar hendak menyedapkan dan melegakan hati orang ramai saja, tetapi tidak
banyak berubah pun.
Konon nak
buang ISA, tetapi masih ada juga lagi yang berada dalam tahanan ISA. Akta ISA hendak dimansuhkan tetapi akan
digantikan dengan undang-undang yang baru. Kalau nak mansuh, mansuhkan terus
sajalah, buat apa hendak diganti dengan yang baru, tidak ada maknanya juga.
Kemudian
buat pula slogan 1Malaysia, konon bertujuan hendak menyatu padukan rakyat
Malaysia yang terdiri dari berbagai kaum. Hingga hari ini saya tak nampak adanya
perubahan kepada perpaduan rakyat berbagai kaum di Negara ini, masih sama juga
macam dulu. Beliau hanya melaungkan slogan 1Malaysia disetiap majlis keramaian
yang beliau hadir, tetapi tidak ada pun usaha dan tindakan yang diambil ke arah
itu.
Kemudian
bising pula dengan ‘winable candidate’. Bila beliau banyak bercakap pasal
‘winable candidate’, rakyat akan melihat beliau seolah-olah menekankan
calun-calun wakil rakyat yang dikehendaki rakyat. Maknanya, calun-calun yang
dipilih oleh beliau nanti adalah calun yang disukai rakyat atau menjadi pilihan
rakyat. Tetapi saya percaya itu hanyalah gembar gembur sahaja, akhirnya tidak
akan ada banyak perubahan calun akan berlaku. Kita akan nampak calun recycle
juga nanti.
Kemudian
apabila BERSIH mendesak lapan perkara untuk membaiki pilihanraya, dia buat pula
transformasi pilihanraya. Tetapi hingga kini beliau masih berdolak dalik dan
seperti berat hendak melaksanakan sebuah pilihanraya yang bebas, adil dan
bersih.
Itulah
petanda pemimpin yang tidak ihklas, mereka sanggup melakukan pelbagai tipu
helah semata-mata hendak menang dan hendak kekal berkuasa.
Apabila lima
negeri terlepas ke tangan pembangkang dalam pilihanraya 2008 dulu, seperti suatu
mimpi ngeri kepada UMNO dan BN. Kalau sebelum ini rakyat Kelantan sahaja yang
pernah merasakan udara di bawah pemerintahan parti pembangkang atau PAS. Tetapi
sekarang sudah lebih ramai rakyat telah dapat merasa udara di bawah
pemerintahan parti pembangkang termasuklah DAP dan PKR.
Kalau
sebelum ini BN dan UMNO selalu mengugut, kalau pembangkang memerintah, Negara
akan miskin, rakyat akan makan ubi. Tetapi ternyata tuduhan mereka itu meleset,
malah ramai orang semakin suka berada di bawah kerajaan parti pembangkang,
walaupun pembangkang belum menguasai kerajaan Persekutuan lagi.
Hanya di
Perak sahaja UMNO telah dapat mengambil alih kuasa dari Pakatan Rakyat sebelum
sempat rakyat Perak merasakan khidmat bakti sebenar parti pembangkang.
Tentulah BN
dan UMNO begitu kesal kerana lima negeri boleh terlepas kepada parti
pembangkang dalam pilihanraya 2008. Tetapi ibarat kata pepatah, nasi telah
menjadi bubur, amat sukar untuk BN dan UMNO untuk merampas kembali apa yang
telah mereka miliki selama ini, malah mungkin lebih banyak lagi negeri akan
jatuh kepada Pakatan Rakyat pada pilihanraya akan datang ini.
Apa yang
saya nampak, kerajaan UMNO dan BN, melalui media perdana kerajaan dan swasta,
hari-hari memburuk-burukan kerajaan negeri yang ditadbir oleh parti Pakatan
Rakyat. Ini sajalah senjata yang ada kepada mereka untuk memenangi hati rakyat
semula. Apabila rakyat hari-hari mendengar keburukan kerajaan Negeri Pakatan
Rakyat, ada kemungkinan mereka akan memilih BN dan UMNO pada pilihanraya akan datang,
yang kelihatan lebih baik itu. Tetapi kalau tersilap langkah senjata ini juga
boleh memakan tuan.
Janji
ditepati, memang tidak dinafikan, BN dan UMNO banyak membuat janji kepada
rakyat sebelum setiap pilihanraya. Janji yang ditunaikan akan dihebahkan di
dalam media perdana dan dilaungkan sebagai janji ditepati. Tetapi bagaimana
dengan ratusan janji lain yang tidak dilaksana dan ditunaikan? Janji yang tidak
tertunai tidak pula dihebahkan dalam media perdana dan terus disenyapkan. Janji
peralihan kuasa Ketua Menteri Sarawak, Taib Mahmud, terus senyap sepi. Janji
membina hospital Rembau, hingga kini hanya tinggal batu asas saja.
No comments:
Post a Comment