Buat renungan saudara-saudara ku yang memilih wadah keganasan dalam perjuangan:
"Bukanlah tujuan Nabi itu diturunkan untuk membunuh manusia kafir tetapi adalah untuk mengeluarkan manusia dari kekafiran".

Tuesday, May 01, 2012

BERSIH 3.0 memang memalukan, tetapi ia adalah ubat yang mujarab

Memang kita faham, kesan dari demonstrasi besar-besaran yang membantah polisi kerajaan Perdana Menteri (PM) akan memalukan dan menjatuhkan maruah PM. Tetapi PM kenalah terima hakikat bahawa kebebasan berhimpun, kebebasan menyuarakan pendapat adalah sebahagian dari ciri-ciri sistem demokrasi yang kita junjung ini.


Kami juga tahu, PM juga suka kepada demontrasi tetapi demontrasi yang diadakan oleh PERKASA, PEKIDA dan Hassan JATI.

Kami juga tahu, PM akan berasa lega dan teramat suka kalau perhimpunan atau demontrasi yang dianjurkan oleh BERSIH hanya dapat menarik kehadiran orang ramai sejumlah 500 orang sahaja. Dan pada hari besoknya akan keluar di muka depan akhbar utama, “PERHIMPUNAN BERSIH TIDAK MENDAPAT SAMBUTAN”.

Kerana seronok dengan tajuk-tajuk berita macam inilah maka PM telah menggunakan media, makamah dan agensi-agensi penguatkuasa yang ada termasuk polis dan DBKL bagi menghalang perhimpunan dari diadakan, tujuannya tidak lain ialah bagi menakut-nakutkan orang ramai menyertai perhimpunan atau mengurangkan bilangan orang ramai yang hadir.

Antara halangan-halangan yang dilakukan dalam usaha mengurangkan orang ramai menyertai demontrasi bantah ini ialah dengan cara tidak memberi permit polis, atau beri permit polis tetapi tidak boleh buat di Stadium Merdeka, atau beri permit polis tetapi tidak boleh buat di Dataran Merdeka. Semua syarat-syarat ini diwujudkan bagi cubaan menghalang atau mengurangkan orang ramai untuk hadir.

Rakyat juga ditakut-takutkan, seperti pihak polis menemui beberapa bilah parang dan bom Molotov cocktail beberapa hari sebelum hari perhimpunan (sampai sekarang tidak ada tangkapan dibuat), guru-guru akan diambil tindakan jika menyertai perhimpunan BERSIH dan lain-lain ugutan lagi. Semua ini adalah sebahagian dari strategi halus bagi mengurangkan kehadiran orang ramai.

Halangan-halangan dan sekatan ini sengaja diadakan supaya di hari besoknya, selepas hari perhimpunan di adakan, akan keluar tajuk muka depan akhbar-akhbar utama, “PERHIMPUNAN BERSIH TIDAK MENDAPAT SAMBUTAN”. Tajuk berita seperti inilah yang sangat disukai oleh PM.

Sebenarnya PM cuba membohongi diri beliau sendiri, tidak mahu menerima kenyataan.

Di Negara-negara maju, pemimpin-pemimpin mereka tidak menghalang demontrasi bantah, mereka mengambil demontrasi sebagai petunjuk atau feedback kepada polisi-polisi yang mereka laksanakan. Kalau lagi ramai rakyat yang hadir dalam suatu demontrasi itu, ini dapat memberi isyarat awal kepada mereka untuk memperbaiki polisi-polisi yang mereka perkenalkan sebelum kepimpinan mereka di tolak oleh rakyat dalam pilihanraya.

Masih ingatkah lagi akan demontrasi jalanan Hindraf pada masa PM Tun Abdullah Ahmad Badawi dulu? Tun Abdullah terlalu terpesona dengan khabar-khabar indah yang disampaikan oleh Samy Velu yang dikatakan sebagai saluran yang betul untuk kaum India menyampaikan masalah mereka.



Kumpulan Hindraf dipandang remeh dan dianggap masalah kecil, malah suara mereka disenyapkan. Oleh kerana demontrasi jalanan Hindraf tidak diberi permit malah mereka diugut, kerajaan telah tidak dapat melihat dengan jelas berapa besar saiz ‘bungkah ais’ yang berada di bawah permukaan. Sehinggalah bila melihat kepada keputusan pilihanraya umum 2008, barulah Tun Abdullah tahu besarnya ‘bungkah’ yang tidak kelihatan itu. Kapal Titanic pun boleh tenggelam.

Nampaknya PM Najib pun tidak mahu belajar dari kesilapan PM Tun Abdullah dalam menghadapi demontrasi jalanan. Seperti Tun Abdullah dan Tun Mahathir, PM Najib juga menganggap demontrasi bantah sebagai perkara yang memalukan dan tidak pernah mengambilnya sebagai ubat pahit yang mujarab.

2 comments:

Anonymous said...

kalau ikut saluran yang betul, sy rasa x perlulah berlakunya kejadian seperti ini..
inginkah kita menjadi seperti negara luar yg akan membuat rusuhan sekiranya tidak berpuas hati dengan pentadbiran kerajaan..
walaupn buat masa ni tidak ada kejadian yang serius dilaporkan, dapatkah kita jamin sekiranya suatu hari kelak, apa bila berlakunya kembali perhimpunan seperti ini, tidak akan ada berlakunya pertumpahan darah????
bertindaklah dengan sewajarnya.. jangan mengikut kata hati.. ikut jalan yang betul,Insya Allah segala yang kita hajati akan tercapai..

Unknown said...

Salam tuan

Harap dapat link untuk ghaflah.blogspot.com dari blog tuan

sekian terima kasih

Boikot Barangan Yang Membiayai Kekejaman Israel

my playlist


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com