Cuba perhatikan terjemahan surah Al Baqarah ayat 30 ini:
Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi”. Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): “Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?”. Tuhan berfirman: “Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya”. Ayat 30 Surah Al Baqarah.
Bagaimana Malaikat boleh tahu sifat manusia itu suka membuat bencana dan menumpahkan darah? Sudah tentu mereka mengetahuinya dari pengalaman yang lalu. Ayat ini menunjukkan bukti, Tuhan pernah mencipta manusia dari spesis yang lain sebelum Tuhan jadikan manusia jenis spesis Adam.
Gambar-gambar yang dipaparkan di sini menunjukkan rangka manusia yang dikatakan hidup sezaman dengan zaman dinosaur, iaitu 230 juta tahun yang lalu.
Sedangkan manusia dari spesis Nabi Adam hanya wujud tidak sampai dari 20 ribu tahun yang lalu. Kalau kita jejaki semula susur galur keturunan Nabi Muhammad hingga ke Nabi Adam, dengan merujuk kepada umur nabi-nabi sebagai rujukan umur manusia yang hidup pada zaman mereka, kita boleh anggarkan jarak masa antara manusia sekarang dengan manusia pertama (Nabi Adam) adalah antara 10 ribu hingga 20 ribu tahun sahaja.
Oleh itu kalau ada rangka manusia yang ditemui lebih dari jangka masa 20 ribu tahun, apalagi kalau 230 juta tahun seperti dalam gambar itu, ada kemungkinannya mereka bukan manusia yang sama spesis dengan kita.
Inilah Skeletons ( atau orang gergasi ) yang hidup di sezaman dengan zaman dinosaur ( Zaman Mesozoik) sejak 230 juta tahun dahulu.Penemuan bersejarah ini telah dibuat oleh Dr.Richard Owen seorang saintis yang mengkaji kehidupan manusia sejak 230 juta tahun dahulu. Dan penemuannya sungguh menggempar dunia.
ELOK LA...
1 hour ago
5 comments:
boleh percaya ke ni... ini lar contoh sistem dan propoganda Dajjal dan sekutunya...
ko pulak boleh percaya ke Al-Quran tidak berubah atau di ubah? dah beribu tahun?Bukan orang Melayu yang pertama terima Al-Quran.ko pun Islam keturunan jer..x yah nak cakap besar. hahahahahaha
nabi adam manusia pertama menjejak kaki dan menghirup udara dibumi ni>> so???? bleh pcaye ke pasal penemuan ni?? paham2 je laa
Klu tak pernah belajar ilmu tafsir Al-Quran jgn pandai2 nak buat kesimpulan guna logik akal sendiri...pui..
Kafir laknat neraka la kamu perginya
Post a Comment