Buat renungan saudara-saudara ku yang memilih wadah keganasan dalam perjuangan:
"Bukanlah tujuan Nabi itu diturunkan untuk membunuh manusia kafir tetapi adalah untuk mengeluarkan manusia dari kekafiran".

Wednesday, February 08, 2012

Dr. Mahathir tak mampu menukar hari cuti hujung minggu Kedah kepada hari Ahad

Selain dari membina projek mega yang berbentuk infrastruktur seperti lebuh raya, Twin tower KL dan kompleks pusat pentadbiran Putrajaya, Dr. Mahathir juga banyak melakukan perubahan dalam urus tadbir perkhidmatan awam.


Antaranya, Dr. Mahathir telah menseragamkan waktu Semenanjung dengan waktu di Sabah dan Sarawak. Walaupun penukaran waktu ini telah menjejaskan sedikit sebanyak cara kebiasaan hidup rakyat di Semenanjung, tetapi lama kelamaan mereka dapat menyesuaikan diri dengan keadaan baru itu.

Akibat pertukaran waktu semenanjung yang awal 30 minit itu menyebabkan keadaan menjadi kelam kabut, kanak-kanak terpaksa bangun lebih awal untuk ke sekolah, orang dewasa pula tidak sempat hendak minum pagi di rumah sebelum ke tempat kerja.

Dr. Mahathir juga bercita-cita hendak menseragamkan cuti hujung minggu bagi semua negeri-negeri di Malaysia. Ada setengah negeri yang cuti hujung minggunya pada Sabtu dan Ahad, manakala setengah lagi cuti hujung minggunya jatuh pada hari Jumaat dan Sabtu seperti Kedah, Kelantan, Johor dan Terengganu.

Tetapi kerana mengambil kira kekangan politik, Dr. Mahathir tidak mampu untuk melakukan perubahan cuti hujung minggu ini bagi diseragamkan kepada hari Sabtu dan Ahad untuk semua negeri, kecuali negeri Johor.

Kepada umat Islam di Malaysia, seperti telah tertanam dalam fikiran mereka, telah mengaitkan hari cuti hujung minggu ini dengan keagamaan. Mereka mengatakan hari Sabtu adalah hari cuti untuk kaum Yahudi, hari Ahad pula adalah hari cuti bagi penganut Kristian. Orang Kristian pergi ke gereja mereka pada setiap hari Ahad.

Kebetulan orang Islam pula wajib sembahyang Jumaat di masjid pada setiap hari Jumaat. Oleh itu mereka bersangka adalah wajar sebagai menghormati hari Jumaat dan sesuai kalau hari Jumaat dipilih sebagai cuti hujung minggu.

Sebenarnya kaitan cuti hari Jumaat dengan agama Islam hanyalah prasangka atau andaian yang dibuat-buat sahaja. Ia bukanlah perintah, suruhan, mahupun ajaran Islam yang sebenar. Tetapi parti politik yang berlabel Islam telah memainkan isu cuti hari Jumaat ini sehingga Dr. Mahathir tidak mampu untuk menukar hari cuti hujung minggu terutamanya di Kedah kepada Sabtu dan Ahad.

Di kedah, pengaruh PAS sangat kuat, tidak hairanlah kalau dalam PRU-12 pada tahun 2008 yang dulu PAS boleh menang dengan mudah. Walaupun Dr. Mahathir adalah Ahli Parlimen dari Kedah dan menjadi Perdana Menteri, tetapi bila berdepan dengan isu sensitif yang dikaitkan dengan Islam, beliau tidak mampu berbuat apa-apa.

Semasa Johor menukar cuti hujung minggunya dari Khamis dan Jumaat kepada hari Sabtu dan Ahad, saya baru saja beberapa tahun menetap di Johor setelah pindah dari Kuala Lumpur. Semasa itu Johor di bawah Menteri Besar Muhyiddin Yasin.

Johor adalah negeri yang boleh dikatakan hampir 100% orang Melayunya menyokong UMNO. Tidak banyak tentangan dari orang Melayu Johor bila cuti hujung minggu negeri itu ditukar dari hari Jumaat kepada hari Ahad, kalau ada pun, hanya dari orang-orang yang bergelar ahli agama, termasuklah pak Imam dan guru-guru agama. Tetapi tentangan mereka itu pun bukan secara terang-terang, hanya cakap-cakap belakang saja. Lama kelamaan padam begitu saja. Apatah lagi mereka juga berpegang kuat kepada seruan agama supaya mentaati pemimpin.

Walaupun hari cuti Jumaat ditukar kepada hari Ahad, saya tidak nampak orang Johor menjadi kurang Islam. Malah dari beberapa segi ia lebih baik. Kalau sebelum ini, kenduri kahwin selalu diadakan pada hari Jumaat tetapi sekarang berpindah ke hari Ahad.

Semasa membuat kerja kenduri kahwin pada hari Jumaat, ramai orang rewang dan keluarga tuan rumah tidak pergi sembahyang Jumaat kerana masing-masing sibuk untuk menyiapkan persediaan majlis kenduri itu.

Malah dari tinjauan saya, ada warga Johor yang menyangka sembahyang Jumaat itu tidak wajib, mungkin berdasarkan pengalaman mereka membesar di Johor melihat ramai orang rewang tidak pergi masjid ketika sembahyang Jumaat.

Tidak ada nas yang menyuruh kita bercuti untuk pergi sembahyang Jumaat. Malah firman Tuhan dalam Quran hanya mengarahkan kita berhenti bekerja bila diseru (azan) sembahyang pada hari Jumaat dan selepas selesai sembahyang kita dibenarkan bertebaran mencari rezeki semula.

Alhamdulilah, kini tidak ada lagilah kelihatan warga Johor yang tidak pergi sembahyang Jumaat kerana sibuk menguruskan kenduri kawin.

Apa pun isu yang berkaitan Islam hendaklah ditangani melalui hujah yang berlandaskan nas Quran dan Hadith, tidak patut ia disensasi dan dipolitikkan demi meraih keuntungan politik.

Kerana terlalu taksub, ada beberapa orang dewasa di kampung saya tidak mahu menukar waktu jamnya semasa Dr. Mahathir menseragamkan waktu jam seluruh Malaysia dulu. Mereka beranggapan Dr. Mahathir telah melakukan perkara yang bertentangan dengan agama, tetapi saya tidak nampak apa kaitan antara waktu jam dengan agama. Mungkin dia kuat penyokong satu parti pembangkang hingga apa saja yang dibuat oleh pemimpin UMNO adalah salah.

Kalau kita mencari kebenaran melalui parti politik atau medan politik, sampai bila pun kita tidak akan jumpa kebenaran itu. Sebagai orang Islam, sumber untuk kita mencari kebenaran ialah melalui Quran. Biarlah medan politik melalui medium demokrasi kita gunakan untuk mencari pemimpin yang terbaik untuk memimpin kita.

Lihat sahajalah apa yang telah berlaku kepada pengikut Saidina Ali bin Abi Talib dan Muawiyah. Masalah asalnya hanyalah untuk memilih pucuk pimpinan Islam, atau masalah politik sahaja. Sebenarnya samada Muawiyah atau Saidina Ali yang menjadi pemimpin, ajaran Islam tetap sama saja dan tidak akan berubah disebabkan berlainan pemimpin, kerana ajaran Islam itu berpandukan Quran bukan berpandukan pemimpin.

Malangnya pertikaian politik antara pihak yang menyokong Saidina Ali sebagai khalifah terus berlarutan tanpa kesudahan. Kerana hendak mencari pengaruh politik pihak ini sanggup mereka-reka hadis dan riwayat yang dapat menyokong kumpulan mereka, hingga lahir satu fahaman atau mazhab agama yang berbeza. Mereka menggunakan agama untuk faedah dan kepentingan politik mereka. Mereka cuba melebarkan pengaruh politik dengan menggunakan agama.

9 comments:

ikan said...

aku sure mesti hang selalu gi masjid time dekat nak azan kan, pastu cuma pakai baju keje je, kami di kedah alhamdulillah nak g masjid mandi n pakai baju melayu.. nak balik lewat pun xpe sbb tak terkejar nak g keje, ngape suke keje hari jumaat dan cuti hari ahad, cina kt kedah x kisah pun depa pun ikut cuti hari jumaat.. skang ni keje kt kolumpo nak g jumaat x sempat mandi pastu duk berpeluh-peluh masuk masjid dtg pun dekat nak azan mmg rehat pukul 12.15 tapi g makan pastu terkejor plak nak g masjid, tu yg tengok ramai duk tunduk masa khatib baca khutbah.. hang tau dak berapa ramai org melayu x dpt g jumaat sbb kene kerja time tu sape nak tanggung... mahadey pujaan hang tu.. ye la hang ikut mazhab 3 kali x pi br kira tu yg hang pun ngelat selang 2 minggu kan...

Ahmad Ridzuan Mohamed said...

Salam. Saya suka membaca coretan En. Alias dalam blog mahupun facebook, namun posting yang satu ini terpaksalah saya tidak bersetuju. Agak khilaf apabila menghujahkan 'kerana cuti pada Jumaat, ramai org johor yg tak pergi solat Jumaat disebabkan aktiviti rewang'-iaitu meletakkan salah kepada cuti pada Jumaat sedangkan kedua-dua perkara tersebut adalah berbeza. Seolah-olah 'hal orang yag tidak solat, diletakkan salah keatas kefardhuan solat tersebut' atau 'hal orang tidak berpuasa, dipersalahkan akan kefardhuan puasa tersebut' sedangkan yang bersalah bukannya ketetapan Allah, tetapi manusia itu sendiri.

Memang tidak ada nas menyatakan cuti seharusnya pada hari Jumaat malahan dalam konseo Islam, tiada cuti, semua adalah ibadah. Hal ini bolehlah dikiaskan begini: Mengggali telaga adalah harus (tidak wajib), berwudhu' adalah sunat manakala solat adalah wajib. Namun, di dalam suatu keadaan di mana kita hendak solat, maka berwudhu' adalah wajib dan untuk berwudhu' memerlukan air dan cara untuk mendapat air adalah dgn menggali telaga, maka menggali telaga dan berwudhu' sudah menjadi wajib kerana kedua-duanya perlu bagi menyempurnakan yang wajib iaitu solat.

Samalah dengan halnya cuti pada hari Jumaat. Oleh kerana dgn bercuti pada hari tersebut akan membolehkan ibadat2 lain seperti sunat mandi sebelum jumaat, memakai pakaian yang bersih dan wangi-wangian, awal ke masjid dll boleh dilakukan dan tiada ruang lagi untuk alasan seperti 'tersangkut dalam jem ke masjid', 'meeting lambat habis' dan sebagainya utk excuse solat Jumaat, maka cuti hari Jumaat, kalaupun tidak jatuh wajib, adalah lebih afdhal daripada cuti pada Sabtu atau Ahad. Bukan seperti sekarang, org islam 'terhalang' solat Jumaat kerana kerja (majikan bukan Muslim tidak mengizikan), padahal solat adalah krn Allah.

Syarat haruslah dipenuhi bagi perlaksanaan Syari'ah Islamiyyah secara menyeluruh termasuklah mewujudkan suasana condusive utk rakyat beribadat. Nah, di saat itu, andai masih ada yang culas Solat dll, bolehlah dihukumkan. Sama seperti jenayah lain juga. Seperti orang mencuri pun tidak dipotong tangannya oleh Sayyidina Umar kerana masa tersebut adalah kemarau. Begitulah jua sebaliknya.

Anonymous said...

artikel paling bangang aku pernah baca...

yg tidak pergi solat jumaat sbb rewang?kenduri tiap2 minggu ke?

yg anak2 x pergi solat jumaat tiap2 minggu tu apa cerita?...

jgn dibakar kelambu jika nyamuk yg datang menggigit...

Anonymous said...

sbb kerja hari jummat banyak rungutan dari pekerja bawahan majikan tidak benarkan pegi jumaat..ada yg bg 2 minggu sekali saja..

Anonymous said...

Cuti hari sabtu dan ahad supaya para kafir boleh beribadah.Malaysia negara islam.utamakanlah umat islam.pandai-pandailah fikir.solat jumaat cuma ada pd hari jumaat sahaja.sebab tu dinamakan solat jumaat.kepada yang menyokong kalau Malaysia cuti pada hari jumaat.marilah kita bersama berdoa semoga kita akan dapat bercuti di hari jumaat.kerana doa di hari jumaat.in sha Allah dimakbulkan.kalau nk rewang,jangan lupa solat jumaat k.salam...Islam agamaku,Muhammad Rasul junjunganku,Allah tuhanku...subhanAllah...Allah maha satu,tidak beranak dan diberanakan.Maha suci Mu ya Allah...

Anonymous said...

Apa jua perkara ada pro dan kontra, ada suka dan ada x suka. Yang penting tackle problem megikut keadaan.

Anonymous said...

apa ke bangang sangat entri ni,

bang, first cuti hari jumaat tu memudahkan orang Islam untuk ke masjid bang.

second, dah jarang lah orang kenduri hari jumaat, orang pun tahu nak pegi sembahyang jumaat.Segelintir yang tak pegi tu pun bukan sebab kenduri. jarang lah zaman sekrang ni kenduri jadi penyebab.

abang ni taksub sangat ni dengan mahathir tu, adore berpada pada ye bang. jangan sampai ape yang dia buat tu nampak betul je kat mate abang.

renung renungkan ye bang.

Anonymous said...

Assalamualaikum Encik Alias,mulai 1 Januari 2014,negeri Johor telah menukar kembali cuti hujung minggu daripada Sabtu dan Ahad kepada Jumaat dan Sabtu.Saya merupakan pelajar Pra Universiti di sekolah saya,agak sukar bagi saya dan rakan-rakan saya,malah guru-guru sendiri untuk pertukaran cuti hujung minggu ini,kerana sudah menjadi kebiasaan bersekolah pada hari Jumaat dan bercuti pada hari Sabtu dan Ahad tetapi sekarang,bercuti pada hari Jumaat dan Sabtu,bersekolah dan bekerja pada hari Ahad khususnya bagi pekerja sektor awam.Keluarga saya sekarang ni,dah tak dapat nak meluangkan masa bersama macam dulu..saya mengambil contoh kakak saya sendiri,dia bekerja di sektor awam dan bercuti pada hari Jumaay dan Sabtu begitu juga dengan anaknya yang bersekolah,suaminya pula bekerja di sektor swasta dan hanya bercuti pada hari Ahad,berlaku ketidakseragaman dan percanggahan..mereka hanya boleh meluangkan masa sepenuhnya pada hari Sabtu,itupun setengah hari sahaja..saya berharap agar kerajaan negeri menyeragamkan bagi sektor swasta untuk bercuti pada hari Jumaat dan Sabtu sama seperti sektor awam.Majlis perkahwinan pon susah nak dilangsungkan sekarang ni,sebab hari Sabtu sahaja yang sesuai untuk diadakan..bayangkan,kalau dalam satu kawasan perumahan ada 2 majlis perkahwinan yang diadakan,tak ke haru biru jadinya?memang betul jika bercuti pada hari Jumaat dan Sabtu,memberi keselesaan dan kesenangan terutamanya,bagi penduduk yang beragama Islam untuk menunaikan solat Jumaat,tapi kalau cuti hari Sabtu dan Ahad pon rasanya tiada masalah untuk menunaikan kewajipan tersebut sebab bagi yang bekerja,majikan mesti akan bagi kelepasan untuk pergi ke masjid untuk menghadiri solat Jumaat,bagi pelajar sekolah pula,waktu balik diawalkan.Sekarang ni pon,ada sesetengah yang beranggapan hari Jumaat untuk berhibur,berjalan-jalan dengan keluarga,membeli-belah..sampai tak pergi ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat sebab leka dengan aktiviti masing-masing.In a nut shell,kita sendiri yang menentukan mana yang baik dan mana yang buruk..Pro dan Kontra,saya tak bermaksud membangkang bercuti pada hari Jumaat dan Sabtu,cuma agak rumit bagi diri saya untuk menerimanya,bukannya saya selfish cuma saya harap komen saya ni boleh diterima:)

Roy Fido said...

org dulu kenduri kawen mlm... xde hal bab solat jumaat

Boikot Barangan Yang Membiayai Kekejaman Israel

my playlist


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com