Kebimbangan utama semasa menunggang motorsikal bersaiz besar seperti Hardley Davidson ialah kita terpaksa menahan berat motor itu semasa dalam keadaan berhenti atau motor tidak bergerak.
Kita bimbang kalau dihempap oleh motor yang berat ini. Alangkah bagusnya kalau motorsikal yang berat dan bersaiz besar ini dapat dilengkapkan dengan dua lagi tayar di sebelah kiri dan kanan sebagai penyokong semasa motor berhenti (lihat gambar).
Dengan adanya ‘tayar penyokong’ ini, kita tidak rasa bimbang lagi untuk menahan berat motor tersebut dan tidak bimbang lagi dari dihempap semasa motor berhenti. Tayar penyokong ini dapat mengelakkan motor dari tumbang semasa motor berhenti atau tidak bergerak.
Untuk menjadikan perjalanan motor lebih lancar dan dapat menikmati penunggangan seperti motorsikal bertayar dua yang biasa, tayar penyokong ini akan terlipat keatas secara automatic bila motorsikal telah mula bergerak.
Apabila penunggang memperlahankan motor kerana mahu berhenti, seperti hendak berhenti di lampu isyarat, secara automatic juga tayar penyokong ini akan turun ke atas jalanraya dan akan dapat menyokong motor supaya tidak tumbang ke sebelah kiri mahupun kanan sebelum motor betul-betul berhenti.
Mungkin pada masa akan datang, lebih ramai orang akan berminat untuk menunggang motor bersaiz besar jika dilengkapkan dengan tayar penyokong ini.
BILA WALAUN OTAK TERBALIK
1 hour ago
2 comments:
Lu buat,kelakar seram lah bro....tapi oklah Joke akhir tahun , meninggalkan kebodohan sesetengah orang ditahun 2011...salam tahun baru.
mcm kplterbang la pulak
kan dah ada mcm moto sepah tu
Post a Comment