Orang Barat telah mendapat pengajaran dari Perang Salib, orang Islam tidak boleh dikalahkan dengan kekuatan senjata, sebaliknya mereka telah menukar strategi dengan cara menjauhkan orang Islam dari ajaran Quran. Mereka lalaikan orang Islam dengan kehidupan dunia dan hiburan, strategi mereka berkesan, orang Islam terus lemah dan tidak mampu bangun lagi.
Orang Yahudi adalah kaum yang telah menjadi mangsa kekejaman dalam Perang Dunia Kedua, bilangan mereka sangat kecil dan tidak mampu untuk menguasai dunia dengan kekuatan. Mereka sedar akan kekurangan dan kelemahan mereka itu, tetapi mereka memiliki kepintaran, dengan kepintaran itu mereka telah menguasai segala genap bidang.
Hari ini percaturan politik dunia, terutamanya politik Amerika dan Britain telah dikuasai oleh golongan Yahudi.
Di Malaysia, peristiwa 13 Mei 1969 telah tercatat sebagai sejarah hitam Negara kita, di mana berlaku rusuhan kaum antara orang Melayu dan orang Cina. Kaum Melayu lebih ramai dari kaum Cina, sudah tentu terdapat kekuatan yang tidak seimbang antara dua kaum ini. Kita mengamalkan sistem demokrasi, dalam amalan demokrasi, golongan minoriti harus akur dengan golongan majoriti.
Melayu adalah golongan majoriti, mereka mempunyai kekuatan atau kuasa politik yang boleh menggubal dan menentukan dasar Negara. Ada dasar-dasar yang digubal ini tidak menyenangkan kaum Cina yang minoriti, tetapi mereka tidak ada daya untuk mengubahnya, selain dari menyuarakan pendapat dan pandangan sahaja. Itulah resam kehidupan rakyat berbilang kaum dalam sistem demokrasi, kaum minoriti bergantung ikhsan kepada kaum majoriti.
Oleh kerana keadaan politik Negara kita dibahagi secara jelas mengikut polarisasi kaum, maka kaum yang majoriti terus menguasai kuasa politik Negara. Semua dasar-dasar yang digubal akan cenderung untuk menjaga kepentingan golongan majoriti ini iaitu orang Melayu. Kita tidak boleh salahkan kalau pemimpin seperti PM Najib dan TPM Muhyiddin Yasin dilihat memperjuangkan kepentingan orang Melayu, kerana mereka berada di kedudukan itu adalah juga kerana sokongan dari orang Melayu atau UMNO.
Sejak peristiwa 13 Mei 1969, ataupun jauh sebelum tarikh itu, orang Cina dan orang Melayu sentiasa berasa curiga antara satu sama lain. Orang Melayu menganggap Negara ini milik mereka dan orang Cina dianggap sebagai kaum pendatang yang telah membuat kekayaan di Negara kepunyaan mereka, ini seperti dikiaskan dalam senikata lagu yang dinyanyikan oleh N.D Lala yang berbunyi “rumah ini rumah kita”.
Orang Cina pula merasakan Negara ini adalah Negara mereka juga, kerana mereka telah dilahirkan di Negara ini, oleh itu mereka juga mempunyai hak terhadap Negara ini dan harus mempunyai hak samarata seperti orang Melayu juga.
Keadaan inilah yang telah menghantui perpaduan Negara kita selama ini. Di luar rumah kita melaungkan slogan perpaduan tetapi di dalam rumah kita bermusuh dalam senyap.
Perpaduan kita hanya terhad semasa makan di rumah terbuka di jamuan-jamuan perayaan yang diadakan oleh menteri-menteri kabinet. Perpaduan juga digambarkan seabagai adanya persefahaman dalam pembahagian projek-projek kerajaan di kalangan orang-orang politik yang berbagai kaum.
Secara senyap orang Cina telah menjadi musuh kepada orang Melayu, mereka terus menyusun strategi untuk sentiasa mengalahkan kemajuan orang Melayu.
Orang Cina terus menguasai rangkaian perniagaan tanpa memberi ruang kepada orang Melayu untuk menembusinya. Ini adalah survival kaum mereka, ini sahaja kekuatan yang mereka ada, kalau terlepas kepada orang Melayu, kaum mereka akan kalah dan akan lebih menderita.
Kerana merasakan mereka adalah golongan yang tertindas, kaum Cina terus memperingatkan kaumnya untuk terus bekerja keras dalam membina ekonomi dan memberi pelajaran terbaik untuk anak-anak kaumnya tanpa mengharapkan bantuan dari kerajaan.
Di pihak orang Melayu pula, mereka telah mendapat berbagai kemudahan dan bantuan untuk memajukan mereka bagi menandingi atau sekurang-kurangnya sama dengan kaum Cina. Pada satu masa dulu agensi dan jabatan-jabatan kerajaan dengan cara ‘halus’ telah mengurangkan pengambilan kakitangannya di kalangan orang Cina, sehingga jabatan-jabatan ini telah dikuasai oleh orang-orang Melayu.
Semakin dibantu, anak-anak Melayu semakin tidak menampakkan kemajuan seperti yang diharapkan, dari segi pemilikan harta dan perniagaan mereka masih tidak memberansangkan. Sebaliknya anak-anak Melayu lebih ramai terlibat dengan masalah sosial seperti dadah, rempit, lepak, ali baba, jenayah dan maksiat.
Kerana kerap dibantu, orang Melayu menjadi hilang daya saing, tidak mampu berdikari dan hilang ketahanan diri dalam menghadapi cabaran.
Walaupun peperangan antara dua kaum ini tidak diistiharkan, tetapi secara senyap ia memang berlaku. Bertanyalah kepada diri kita sendiri, apakah kita rasa selesa dalam keadaan begini? Dan sampai bila kita terus rasa curiga antara satu sama lain dan berperang dalam senyap?
Sebenarnya kita sedang memasang dan tengah menunggu ‘time bomb’ yang bila-bila masa saja boleh meletup.
Apakah penyelesaiannya?
Kita sudah melakukan kesilapan besar sejak 50 tahun dulu lagi, dari mula kita telah tidak menyemai benih perpaduan kepada anak-anak kita.
Kita bangga dengan sekolah yang berasingan mengikut kaum. Apakah perlu sekolah diasingkan semata-mata untuk belajar bahasa dan budaya ibunda. Tidak bolehkah bahasa-bahasa ibunda ini diajar dalam satu sekolah yang sama?
Mengasingkan sekolah mengikut kaum tidak akan membantu untuk membentuk rakyat yang bersatu padu. Sebenarnya di tadika dan di sekolahlah persahabatan dapat dibentuk secara semulajadi. Oleh kerana kita bersekolah berasingan mengikut kaum maka rakyat Malaysia begitu sukar mempunyai sahabat karib yang terdiri dari kaum lain dari kaumnya, walaupun seorang.
Akhirnya kita hanya melihat rakyat Malaysia berdasarkan kaum kita sahaja, bukan melihat rakyat Malaysia secara menyeluruh. Apabila kita hendak membantu orang susah kita akan pilih kaum kita sahaja.
Selalunya kalau kita hendak membina perniagaan kita akan mencari rakan kongsi di kalangan sahabat kita. Ahmad akan mencari sahabat karibnya Abu sebagai rakan kongsi perniagaan bukan disebabkan Abu orang Melayu, tetapi kerana Ahmad tidak mempunyai sahabat karib dari kaum lain.
Kalau tidak dipecahkan ruyong masakan kita dapat sagunya. Sampai bila kita mesti terus berada di zon selesa seperti sekarang ini, takut untuk berubah dan mengubah?
Kita boleh memberi berbagai alasan untuk tidak mahu berubah, malah berbangga dengan apa yang sedang diamalkan. Inilah satu-satunya Negara di dunia yang ada sekolah mengikut kaum, fuh! bangganya, tercatat dalam dunia yob.
Bangga tak kena tempat.
Thursday, December 15, 2011
Kaum Cina beringat kerana berasa tertindas, kaum Melayu leka kerana dimanja
Labels:
Ajaran Sesat,
Cina,
Melayu,
Najib,
perpaduan,
Satu Malaysia,
Satu Sekolah,
UMNO
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
my playlist
Create a playlist at MixPod.com
3 comments:
bukan ditindas tak cukup lagi takkan tak paham orang Cina ni lain..
Ni disampaikan maklumat:
Kalu nak tahu org cina ini suka bagi rasuah...dekat Kelantan tauke balak cina di akan kata bagi duit ke PAS pok nik...bila dekat Perak atau kawasan BN diorang kata bg duit rasuahk kat UMNO...tak penah diaorang kata bg ke DAP atau MCA
yg kena PAS n UMNO..jadi faham2 la sendiri...Kafir tetap kafir ...kita sayang syg yang muslim lebih dari KAFIR
Beringat AMARAN ALLAH..jgnlah memakan daging saudara seagama kamu....
SAYA SAYANG ISLAM
Anonymous 4.11pm,
semuanya salahkan orang cina kafir, macam orang cina kafir je pemberi rasuah. Orang melayu jer hati bersih, kaum kafir lain hati diorang macam tong sampah.Kuman di seberang nampak tapi gajah di depan mata tak nampak.
Saudara Alias,
Saya orang cina, saya setuju dengan saudara bekenaan dengan sistem pendidikan kita yang telah menyebabkan jurang perbezaan yang besar dalam usaha memupuk perpaduan kaum di Malaysia ni. Memang betul kata kata saudara tentang sinario dalam masyarakat malaysia sekarang ni, sikap prasangka dan curiga orang melayu terhadap orang cina dan sebaliknya. Sudah 50 tahun berlalu ..apa orang melayu tau tentang budaya orang cina ? pemberi rasuah seperti yang dikatakan oleh Anon 4.11? itu saja? Tanya orang cina apa diorang faham tentang kebudayaan melayu? Inilah kesan dari sistem pendidikan negara kita yang bercorak perkauman. Saya berani mengatakan saudara Anon 4.11 langsung tidak tau kebudayaan orang cina. Saya bersyukur kerana merupakan salah seorang cina dari segelintir masyarakat cina yang belajar di sekolah kebangsaan dan hasilnya saya punyai ramai kawan melayu dan india berbanding cina lain yang belajar di sekolah cina. Kami saling hormat menghormati sebab kefahaman kami tentang kebudayaan masing masing. Saya minta Maaf kalau terkasar bahasa.
SAYA SAYANG MALAYSIA
Great reading your bllog post
Post a Comment