Buat renungan saudara-saudara ku yang memilih wadah keganasan dalam perjuangan:
"Bukanlah tujuan Nabi itu diturunkan untuk membunuh manusia kafir tetapi adalah untuk mengeluarkan manusia dari kekafiran".

Tuesday, March 09, 2010

Zulkifli Nordin, kehilangan besar kepada PKR


Seorang yang bersuara lantang dan berani. Berprinsip dan terkenal sebagai pejuang penegak keadilan. Orang seperti beliau inilah yang harus ada dan amat cucuk dalam parti yang bernama Parti Keadilan Rakyat.

Parti yang membawa nama ‘Keadilan’ sepatutnya mengalu-alukan orang seperti Zulkifli Nordin ini, tetapi amat mengeciwakan kerana parti ini juga yang memecat dan menendang beliau keluar.

Kita tidak terkilan jika ada ahli parti PKR yang hendak keluar dan melompat ke parti lain kerana merasakan mereka tidak lagi sehaluan dengan perjuangan parti. Tetapi memecat ahli parti boleh memberi gambaran parti itu tidak demokratik.

Kalau PKR dan PR benar-benar mahu memperjuangkan kemurnian demokrasi, tentunya pandangan yang berbeza seperti YB Zulkifli Nordin ini bukan merupakan masalah kepada parti itu, sebaliknya ia dilihat sebagai amalan yang sihat dalam demokrasi dan parti.

Itulah hak yang telah dijamin oleh sistem demokrasi, dimana setiap orang berhak dan bebas memberi pendapat selagi tidak menyalahi undang-undang dan perlembagaan Negara.

PKR dan PR tidak boleh terikut-ikut dengan cara UMNO dan BN. UMNO dan BN melihat pendapat yang berbeza sebagai ancaman kepada parti, mereka yang berbeza pendapat dengan pemimpin parti akan mengalami nasib disingkir dan dicantas.

Pada satu masa dulu sayap pemuda UMNO terkenal mempunyai pandangan yang sangat berbeza dengan pemimpin parti. Inilah yang menjadikan UMNO kuat dan dipandang tinggi ketika itu, mereka telah meraikan perbezaan pendapat. Tetapi kemudian keadaan itu tidak berlaku lagi dalam UMNO, selepas itu perbezaan pendapat berakhir dengan perpecahan, penyingkiran dan penubuhan parti baru.

PKR dan PR harus ada keunikan tersendiri, tidak harus mengikut UMNO dan BN dalam segala tindakan. Pendapat Zulkifli Nordin belum tentu betul, tetapi kita tidak boleh menghalang beliau dan orang lain dalam memberi pendapat mereka. Inilah perjuangan yang perlu ditegakkan oleh PR dan PKR, menjadikan rukun demokrasi benar-benar diamalkan di Malaysia.

Semasa DSAI diinaya oleh Firaun Besar pada masa dulu, Zulkifli Nordin dengan lantang dan berani bersama rakan-rakan yang lain menunjukkan sikap penentangannya kepada Firaun Besar semata-mata untuk menegakkan keadilan.

Oleh itu kita harus memberi peluang kepada orang seperti Zulkifli Nordin ini untuk terus berada dalam parti PKR, yang akan memperkukuhkan amalan ‘check and balance’ dalam parti itu sendiri.

Kita tidak boleh membiarkan parti PKR terus dikuasai oleh Firaun-firaun Kecil yang bernafsu tinggi untuk berkuasa dengan mengamalkan cara yang kotor, autokratik dan tidak demokratik.

Parti PKR tidak boleh membiarkan Firaun-firaun Kecil yang ada dalam parti PKR bagi menentukan samada pandangan dan tindakan saudara Zulkifli Nordin itu betul atau tidak, sebaliknya harus diserahkanlah kepada ahli-ahli parti dan orang ramai yang menentukan nasibnya, kerana di akhirnya orang ramai juga yang akan membuat pilihan.

Saya melihat pemecatan Zulkifli Nordin adalah satu kerugian besar kepada Parti Keadilan Rakyat.

3 comments:

Gedung Akal said...

Pendapat Zulkifli Noordin itu sama ada betul atau tidak menunjukkan beliau tidak berdisiplin. Ertinya tidak ikut ketetapan dan lunas parti yang selaras dengan keadilan. Keputusan parti adalah keputusan bersama. Memberi pendapat boleh tetapi pendapat yang merosakkan parti tentu merugikan parti. Keangkuhan dan tidak berdisiplin ahli parti adalah masalah sebenarnya di sini -bukan persoalan demokrasi dan keadilan1

Siti Intan Mastura said...

Saya rasa kehilangan Zulkifli Noordin adalah baik untuk PKR.

Zulkifli Noordin tidak mempunyai semangat solidariti.

Dia sanggup membuat laporan polis terhadap YB Khalid Samad dari PAS.

Ini tindakan yang keterlaluan dan tidak perlu.

Apakah YB Khalid Samad melakukan satu kesalahan?

Fikirkan.

Firaun kecil yang dimaksudkan Zulkifli Noordin ialah dirinya sendiri.

Kalau nak tahu, ramai di kalangan kita orang Melayu pun dah jelik dengan gelagat Zulkifli Noordin.

Keangkuhan dia dan sikap dia mengaibkan Wan Azizah (dia berkata "Azizah pakai glove ala Michael Jacksan") cukup menjijikkan.

Ini bukan kualiti seorang pemimpin yang sebenar.

Salam.

Anonymous said...

dua org mangkuk ayun atas ni, betul ke melayu?? ke menyamar??

Boikot Barangan Yang Membiayai Kekejaman Israel

my playlist


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com