Semalam dalam Mingguan Malaysia (Ahad 21 Februari 2010) dan lain-lain akhbar utama ada menyiarkan penjelasan isu tuntutan hasil petroleum kerajaan Negeri Kelantan oleh Memanda Menteri kita yang bijaksana itu.
Nama saja ‘penjelasan’ tetapi hamba rakyat yang sedia bodoh-bodoh belaka ini semakin menjadi keliru bila membacanya. Kalau dulu kita rakyat jelata faham yang dikatakan wang ehsan itu memang ada kaitan dengan hasil mahsyul minyak negara.
Tetapi setelah hamba membaca penjelasan itu, semacam wang ehsan itu tidak ada lagi kena mengena langsung dengan minyak petroleum mahupun minyak urut. Nampaknya Memanda Menteri kita ini sudah cakap berbelit-belit, lebih berbelit dari cakap Tun Mamak Bendahara.
Berikut disalin semula sebahagian apa yang dijawab oleh Memanda Menteri dalam pemasyuran penjelasan itu tentang soalan atau pertanyaan yang beliau buat sendiri:
3. Apakah kerajaan negeri Kelantan atau mana-mana kerajaan negeri di Semenanjung berhak menuntut bayaran tunai hasil minyak dari Petronas?
Jawapan: Negeri Kelantan atau mana-mana kerajaan negeri di Semenanjung tidak berhak kerana semua telaga minyak dan gas yang mengeluarkan hasil di Semenanjung pada masa ini berada di luar perairan wilayah negeri melebihi 3 batu nautika.
5. Apakah yang dimaksudkan dengan bayaran wang Ehsan?
Jawapan: Wang ehsan adalah sumbangan atau bantuan yang disalurkan berasaskan budi bicara Kerajaan Persekutuan kepada negeri-negeri termasuk Kelantan…….. Bantuan ini diberikan adalah semata-mata kesedaran dan tanggungjawab berasaskan keprihatinan Kerajaan Persekutuan terhadap kebajikan negeri dan rakyat.
Dan juga disini diturunkan semula soalan nombor 6:
6. Mengapakah Wang Ehsan yang ditawarkan oleh Kerajaan Persekutuan kepada Negeri Kelantan hanya berjumlah kira-kira RM20 juta?
Jawapan: Kerajaan Persekutuan memberikan peruntukan ini atas dasar ehsan berhubung dengan gas yang dihasilkan di kawasn perairan Persekutuan.
Kalau jawap soalan peperiksaan SPM cara macam ini sudah pasti beliau gagal, lain yang ditanya lain yang dijawab, mentang-mentanglah soalan buat sendiri, sendiri yang jawab, sendiri juga yang bagi markah.
Sebelum ini nilai RM20 juta itu berasaskan hasil pengeluaran semasa telaga minyak di kawasan kerjasama Thailand dan Malaysia, tetapi hari ini dia kata nilai itu ikut suka emak bapak dia nak bagi pula.
Kalau Kerajaan Kelantan boleh dapat wang belas kesihan ini, kenapa pula kerajaan negeri lain seperti negeri Perlis dan Negeri Sembilan tidak boleh mendapat wang ehsan ini. Sedangkan dalam jawapan kepada soalan 3 telah jelas menyebutkan semua negeri di semenanjung tidak berhak mendapat royalti minyak.
Apakah yang membuatkan Memanda Menteri begitu berasa belas sangat dengan negeri Kelantan yang ditadbir oleh pembangkang itu sehingga sanggup menyumbangkan wang ehsan kepada negeri itu? Sedangkan negeri Perlis tidak mendapat keistimewaan seperti itu.
Moga dapat apalah kiranya Memanda Menteri menjawab soalan yang menjadi kekeliruan kepada hamba rakyat yang bodoh-bodoh belaka ini.
NAK BLOCK BUAT APA.
1 hour ago
4 comments:
Bila berada di atas jgn anggap org yg di bawah ni dungu dan x nampak apa yg di atsa buat. Isu wang ihsan ni sudah berlarutan sejak sekian lama lagi. Sekiranya benar pemberian wang ehsan ni sekadar atas belas kasihan kerajaan, kenapa hanya Kelantan sahaja yang di "highlightkan" sedangkan byk lagi negeri di bawah pimpinan BN yang miskin?
Nampak sangat BN & UMNgOk anggap rakyat tak tahu.
Tak habis habis menipu.
Tak sabar nak hancurkan mereka ini.
salam....
Kalau dah otak dungu atau jumud inilah
hasilnya..ambil info sekerat-sekerat
pastu buat spin,,nampak sangatlah
penerangan yg terangpun dianggap masih gelap....
pendapatku...dapat royalti jika minyak/gas dijumpai di dalam perairan negeri(tidak melebihi 3km)-jika petronas
yg usahakan.
Jika kerajaan negeri mencari gali dan
menghasilkan itu hak mutlak negeri.
Sumbangan negeri kepada kerajaan pusat
mungkin dalam bentuk cukai sahaja.
wang ehsan pula diberi ikut budibicara
kerana minyak/gas di hasilkan di luar
perairan negeri(contoh Trengganu,
kelantan).
sabah dan Serawak pula mereka ada perjanjian yg berbeza.Hasil petroleum
telah ada sebelum 2 negeri ini masuk
malaysia.Setelah masuk dalam Malaysia
hasil petrolium negeri masih dapat sampai sekarang..
Minyak dan gas dihasilkan/dijumpai di luar perairan negeri-negeri dan bertindih dengan negara asing(kaw. pertikaian antarabangsa)menjadi hasil kerajaan persekutuan.
Negeri-negeri yg tiada hasil petrolium didalam atau di luar perairannya memanglah tiada wang ehsan atau wang royalti.
Industri hiliran berkaitan petrolium
seperti kilang penapisan,pusat pengumpulan minyak dinegeri yg tidak
dapat royalti atau ehsan,inipun cudah cukup baik...kerana anak negeri dapat
pekerjaan dalam industri berkaitan.
Apa-apapun sebagai sebuah negara..hasil
yg kerajaan dapat dari segala macam cukai dan pendapatan dari syarikat2
berkaitan kerajaan termasuk Petronas ini
sebahagiannya digunakan untuk pembangunan semua negeri.apakah kita nak nafikan?
Yg penting surat perjanjian asal perlu
dapat dilihat oleh rakyat.
ASSALAMUALAIKUM...
WANG IHSAN SEBAB KELANTAN BAWAH PAS... KALAU BAWAH BN DIA KATA ROYALTI... SATU MALAYSIA TAHU RAKYAT TERENGGANU KENA TIPU DULU KONON TAK LAYAK DAPAT ROYALTI BILA PAS MENANG.. PELIKNYA SEBELUM TU DIA PANGGIL ROYALTI... BILA PAS MENANG PANGGIL WANG EHSAN.. BILA PAS KALAH BALIK DIA PANGGIL ROYALTI BALIK......
HANYA RAKYAT BODOH DAN TAK CERDIK AJA TAK DAPAT FIKIR KEJAHATAN DAN PENGKHIANATAN UMNO BN KEPADA KERAJAAN MELAYU ISLAM TERENGGANU DAN KELANTAN SEMASA BAWAH PENTADBIRAN PAS...
Post a Comment