Buat renungan saudara-saudara ku yang memilih wadah keganasan dalam perjuangan:
"Bukanlah tujuan Nabi itu diturunkan untuk membunuh manusia kafir tetapi adalah untuk mengeluarkan manusia dari kekafiran".

Wednesday, February 17, 2010

Nasib Kampung Baru dan 'Menteri Kampung Baru'





Sudah banyak menteri telah ditugaskan bagi menguruskan ‘masalah untuk membangunkan’ Kampung Baru yang terletak dalam kawasan Bandaraya Kuala Lumpur, tetapi semuanya tidak pernah menjadi kenyataan, sebaliknya semua rancangan bergeliga yang dicadangkan itu tenggelam bersama nasib menteri-menteri yang mencadangkannya.

Kampung Baru yang terletak dalam kawasan ‘lombong emas’ Kuala Lumpur memang menjadi idaman setiap warga ahli politik dan usahawan yang ingin membuat kekayaan.

Oleh itu tidak hairanlah kalau setiap cadangan yang diutarakan oleh menteri-menteri ini sentiasa saja dipandang curiga oleh pemilik-pemilik tanah dan penghuni Kampung Baru.

Sebelum Menteri Raja Nong Chik, kita juga pernah dengar Menteri Zulhasnan Rafique, Menteri Isa Samad, Menteri Adnan Mansor yang ditugaskan berunding dengan penduduk Kampung Baru untuk membangunkan kawasan itu menjadi pusat komersial moden yang setanding dengan kawasan sekitarnya yang juga bersebelahan dengan KLCC itu.

Yang peliknya, kenapa setiap kali menterinya tenggelam, setiap kali juga rancangan yang telah dicadangkan oleh menteri itu turut sama tenggelam. Entah berapa banyak tenaga dan wang ringgit dihabiskan untuk mengumpul maklumat dan mengadakan perbincangan dengan penduduk Kampung Baru, akhirnya usaha itu menjadi sia-sia saja.

Tidak bolehkah rancangan yang sama yang telah dipersetujui itu diteruskan saja oleh pengganti beliau, walhal pengganti beliau pun adalah menteri dari parti BN juga, jadi apa masalahnya?

Kenapa setiap kali menteri baru naik, sekali lagi rundingan dan rancangan pembangunan Kampung Baru dibuat semula. Apakah menteri baru ini nak juga dapat ‘habuan’ dalam pembangunan Kampung Baru ini, sehingga rancangan yang lama yang dibuat oleh menteri sebelum itu perlu diganti dengan yang baru.

Oleh itu tidak hairanlah kalau keikhlasan menteri-menteri yang menguruskan pembangunan Kampung Baru ini sentiasa dicurigai oleh penduduk dan pemilik tanah.

3 comments:

Anonymous said...

Tuan

Baca berita ni...Dah merdeka berapa lama tapi budak budak takde air paip kat sekolah asrama.

http://www.theborneopost.com/?p=11913

Berebut kolam dengan rumput

Pokpun

zamangemilang said...

Isu Kg. Baru sememangnya telah lama berlanjutan dari semasa ke semasa. Saya bersetuju dengan penulis yang mempersoalkan integriti dan keikhlasan para menteri yang bercita-cita mebangunkan Kampung Baru. Mengapa tidak diteruskan sahaja usaha menteri yang terdahulu? Adakah kerana semata-mata ingin mendapat nama sebagai Bapa Pembangunan Kg. Baru? Sekiranya semua itu yang menjadi idaman, sudahkah anda lupa kepada tuhan yang menjanjikan balasan syurga kepada mereka yang ikhlas? Tepuk dada, tanyalah minda.

www.zamangemilang.blogspot.com

Anonymous said...

CIMB Group akan kuasai Touch 'n Go Sdn. Bhd.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0220&pub=Utusan_Malaysia&sec=Korporat&pg=ko_02.htm

hmm untung jadi adik PM...so bila time aku berkuasa semua bala tentera sedara mara aku kaya...time orang lain jadi PM depa pulak kaya...punah malaysia camni...lepas ni tol naik dan dan naik lagi

Boikot Barangan Yang Membiayai Kekejaman Israel

my playlist


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com