Buat renungan saudara-saudara ku yang memilih wadah keganasan dalam perjuangan:
"Bukanlah tujuan Nabi itu diturunkan untuk membunuh manusia kafir tetapi adalah untuk mengeluarkan manusia dari kekafiran".

Monday, May 18, 2009

Pemimpin mana yang paling petah?

PEMIMPIN dan ucapan adalah dua perkara yang tak boleh dipisahkan, tentu sukar untuk menjadi pemimpin kalau tidak ada kebolehan dan kepandaian untuk berucap. Malah tidak dapat dinafikan, kepandaian dan kepetahan mereka berucaplah yang telah mengangkat diri mereka menjadi pemimpin. Berikut adalah sedikitan ulasan tentang gaya beberapa pemimpin Negara kita berucap.

Tun Dr. Mahathir Mohammad
Semasa memberi ucapan Tun Mahathir mencerminkan seorang yang intelek. Beliau akan membawakan hujah-hujah yang kuat semasa melontarkan pandangannya. Beliau terkenal sebagai yang lantang dan berani dalam memberiikan pendapat. Beliau banyak dan tidak gentar mengkritik dunia Barat. Ini menjadikan beliau sangat disegani oleh pemimpin-pemimpin dunia. Sehingga beliau dikenali sebagai pemimpin pejuang Dunia Ketiga.





Beliau memberi ucapan tidaklah menjerit-jerit atau tidaklah berapi-api. Namun begitu, pendapat dan hujah yang dilontarkan dapat menarik orang ramai untuk mendengarnya. Suara beliau kuat dan jelas, bertenaga dari mula hingga akhir ucapannya walaupun berucap untuk masa dua jam.

Orang ramai juga tidak jemu untuk mendengar ucapannya dan akan terus mendengar dengan kyusuk sehingga beliau habis berucap.

Bahasa yang beliau gunakan dalam ucapan adalah tahap yang mudah yang boleh difahami oleh semua orang. Beliau juga banyak menggunakan contoh-contoh yang biasa berlaku dalam kehidupan bagi menjelaskan idea atau pandangan yang hendak disampaikannya.

Malah adakalanya sebaik selesai beliau memberi ucapan, hadiran bangun berdiri memberi tepukan sebagai penghargaan dan tanda bersetuju dengan pandangan bernas dan berani beliau dalam ucapan yang disampaikannya.

Beliau mempunyai kebolehan luar biasa dalam meyakinkan khalayak untuk bersetuju dan menyokong pandangan beliau. Selagi pandangan beliau itu baik mungkin ia tidak mendatangkan masalah tetapi bila pandangan beliau tidak baik, tentu ini akan menimbulkan masalah kerana orang akan terus menyangka pandangan beliau itu sebagai baik.

Tidak keterlaluan kalau dikatakan Tun Mahathir adalah salah seorang yang termasuk atau telah mencapai tahap ‘Pemimpin Dunia’.

Pak Lah
Pak Lah pula bersuara lemah, kurang tenaga dalam memberi ucapan. Kadang-kadang Pak Lah cuba juga hendak berucap dengan nada yang berapi-api, tetapi selalu terputus sebelum sampai klimaks. Batuk kerap mengganggu beliau semasa memberi ucapan.





Ucapan Pak Lah lebih baik dan lebih menarik jika beliau membaca teks ucapan yang beliau telah sediakan terlebih dahulu sebelum memberi ucapan. Tetapi kalau berucap tanpa teks, ucapannya kelihatan hambar dan membosankan, apa yang kita dengar dalam ucapannya hanyalah perkataan ‘baik…. baik…. baik…lebih baik… lebih elok.. bagi perelok’.

Ucapan Pak Lah juga lebih menarik kalau beliau bercakap yang menyentuh hal agama, ini mungkin kerana beliau mempunyai latarbelakang pelajaran dan keluarga yang berteraskan agama.

Boleh dikatakan Pak Lah tidak mempunyai kekuatan yang tersendiri dalam ucapannya, sebaliknya kekuatan Pak Lah adalah pada peribadinya yang bersih dan seorang yang berintegriti. Sikapnya yang baiksangka kepada semua orang membuatkan beliau disegani oleh musuh dan kawan.

Datuk Seri Najib Tun Razak
DS Najib adalah seorang yang tidak mempunyai kepandaian atau bakat semula jadi dalam memberi ucapan. Tetapi pengalamannya menjadi ahli politik dan wakil rakyat sejak umur 20 an lagi telah banyak melatih dan mengajar beliau untuk berucap dengan baik.



Najib tidak mempunyai karisma yang boleh membuat orang terpegun untuk mendengar ucapannya. Ramai orang biasa yang boleh berucap seperti Najib.



Kadang-kadang beliau cuba menaikan semangat dan emosi orang ramai dengan gaya ucapan yang berapi-api tetapi kita boleh nampak seperti dibuat-buat dan tidak nutral.

Orang ramai suka hendak mendengar Najib berucap hanya kerana sudah menjadi kebiasaan beliau, dalam setiap kali ucapannya ada saja benda yang ingin ditawarkannya kepada orang ramai. Dari penawaran projek hinggalah kepada pemberian bonus, elaun dan kenaikan gaji dan pangkat. Faktor inilah yang membuatkan orang untuk terus menunggu ucapannya.

Anwar Ibrahim
Beliau mempunyai bakat semulajadi dalam memberi ucapan. Seperti Mahathir, Anwar juga mampu memukau orang ramai yang mendengar ucapannya. Ucapan yang menarik yang disokong dengan memek muka dan gerak tangan dan badan, menjadi ucapan beliau begitu meyakinkan sesiapa saja yang mendengarnya.




Lebihnya Anwar berbanding Mahathir, Anwar mampu untuk berucap dalam nada yang berapi-api yang boleh menegakkan bulu roma orang ramai.

Anwar juga bijak dalam menyelesaikan sesuatu isu yang timbul. Apabila ada dua pendapat yang berbeza yang boleh menjadi pertikaian, selalunya Anwar dapat memberi pandangan yang begitu baik dan boleh memuaskan hati semua pihak.

Tidak keterlaluan kalau dikatakan buat masa ini, tidak ada pemimpin Malaysia yang boleh menandingi kehebatan Mahathir selain dari Anwar.

Ustaz Abdul Hadi Awang
Ustaz Hadi adalah penceramah yang hebat. Sukar untuk kita berganjak dari tempat duduk bila mendengar beliau berucap.

Setahu saya selalunya Ustaz Hadi berucap dengan nada yang berapi-api, mungkin sebab saya hanya mendengar beliau memberi ceramah sahaja. Kebiasaannya, ceramah PAS memang dipenuhi dengan ucapan yang berapi-api.

Dengan menggunakan hujah yang berlandaskan dalil ayat Quran dan Hadis dalam setiap ceramahnya, beliau mampu meyakinkan orang yang mendengar untuk bersetuju dengan pandangan beliau.




Oleh itu tidak hairanlah kalau setiap pandangan dan pendapat yang dilontarkan dalam ceramahnya dianggap oleh orang ramai sebagai fatwa. Begitulah kuatnya keyakinan orang ramai terhadap ucapan atau ceramahnya.

Sehingga kini tidak ada dikalangan pemimpin PAS yang mempunyai kebolehan dan ketokohan setanding beliau. Beliau masih kekal sebagai Presiden PAS tanpa dicabar.

7 comments:

Anonymous said...

bole tau becakap kosong ke ckp berisik..dah betaun2 ckp berapi tp kosong..hahahhaha.

kekwa66 said...

Orang kata , lidah lebih tajam daripada mata pedang! Tak kira kosong ke berisi ke, asalkan dapat memukau orang, dah kira baiklah tu..!!

ikan emas said...

Salam,
pengucapan awam merupakan kaedah kempen yang paling berkesanwalau ia dah dianggap kuno dan ketinggalan.Jgn lupa dunia sekarang sdg berhadapan dgn perucap bisu di alam maya yg semakin mencuri hati..

jonathan ong said...

Saya setuju dengan ulasan PM Najib. Beliau tidak mempunyai karisma seperti DSAI atau Dr M. Setiap kali Najib cuba menaikkan semangat para pendengar dengan suara yang lantang dan menjerit sekuat hati. Kita boleh lihat cara pemimpin seperti Dr M, DSAI dan Barack Obama berucap. Mereka tidak perlu jerit untuk menyampaikan pandangan.

Anonymous said...

mentang2 la bang najib jadi PM, ko kata la dia lemah, Dr.M dah tak jadi PM ko lambung dia.

dulu ko kutuk Dr.M mcm nak mampus....

Anonymous said...

kalau suka dgr ckp kosong tak de isi lebih baik ko gi ke tg.rambutan ....hehehe

aparaaa.....

Anonymous said...

Dr M tetap terbaik di mata hati saya..wlpn time 2 sy mc kecik tp dia slalu buat sy smgt dan mengikuti perkembangan politik..tp sekarang sy da x amik tau..tpu politik sekarang bg sy kosong..xksh la kerajaan ke pebnkang..dua2 bjuang utk kpntgn diri..DSAI pn.. =)

Boikot Barangan Yang Membiayai Kekejaman Israel

my playlist


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com