Buat renungan saudara-saudara ku yang memilih wadah keganasan dalam perjuangan:
"Bukanlah tujuan Nabi itu diturunkan untuk membunuh manusia kafir tetapi adalah untuk mengeluarkan manusia dari kekafiran".

Friday, February 27, 2009

A letter from Lim

ISI surat saya kepada Lim:

Pertemuan kita secara tidak sengaja dalam bas dari JB ke KL pada 13 February 2009 yang lalu, memberi kenangan yang sangat bernilai buat diri saya. Tentu Tuhan ada sebab untuk mengaturkan kita dapat tempat duduk sebelah menyebelah di dalam bas tersebut.

Perbualan kita bermula dengan luahan tidak puas hati anda terhadap etika operator syarikat bas ekspres yang kita naiki itu yang telah tidak memberikan perkhidmatan yang sebenar seperti yang telah ditawarkan semasa membeli tiket.

Semasa membeli tiket anda telah diberitahu bas tersebut adalah bas 26 penumpang tetapi bila tiba masa hendak naik bas, bas yang datang ialah bas 40 penumpang. Saya juga perasan dengan dakwaan anda itu tetapi saya tidak ambil pusing sangat, kerana sebagai rakyat Malaysia yang hidup di Malaysia perkara seperti itu adalah perkara biasa, nak komplen pun tak guna.

Sebaliknya saya telah syorkan kepada anda pastikan kita tidak menaiki bas dari syarikat tersebut di masa-masa akan datang, sebagai menunjukkan tanda protes kita. Apa yang membuatkan saya lebih terpukul ialah sayarikat bas tersebut dipunyai oleh orang Melayu, kaum saya sendiri.

Walaupun saya tahu anda tidak ambil pot samada syarikat bas itu orang Melayu atau orang Cina yang punya tetapi saya tetap berasa malu kerana ia akan memberikan imej buruk kepada kaum saya.

Setelah beberapa lama berbual dengan anda dalam bas itu saya dapat mengagak anda adalah seorang keturunan kaum Cina Malaysia yang telah berjaya membina kehidupan di Melbourne Australia.

Anda telah mencari peluang di Australia kerana Negara tumpah darah anda tidak dapat memberi peluang yang luas kepada anda menunjukkan kebolehan anda disebabkan anda dari kaum Cina atau bukan bumiputra.

Namun sepanjang lebih 30 tahun hidup di Australia, anda masih mengingati Negara ini dan hati anda begitu dekat dengannya. Ingatan anda di zaman kanak-kanak yang membesar dan bersekolah di Kuala Kangsar merupakan satu nostalgia yang sukar untuk anda lupakan.

Walaupun banyak rasa kesal dan tidak puas hati anda kepada polisi yang menyebabkan anda mencari kehidupan di Negara asing namun jauh di sudut hati kecil anda, anda masih berharap keadaan di masa depan Negara ini akan berubah kepada yang lebih baik yang dapat melayan kaum minoriti secara lebih adil.

Sudah tentu kerajaan Australia mempunyai polisi yang berasaskan merit tanpa kira kepada rakyat mereka sendiri mahu pun kepada pendatang asing sehinggakan anda sendiri dapat peluang dan kebolehan anda diterima baik di sana. Malah sebagai orang luar yang berbeda resam dan budaya pun anda masih berasa puashati dan selesa dengan layanan mereka, kalau tidak masakan anda boleh bertahan lama untuk tinggal di sana.

Ramai nama kawan-kawan Melayu yang anda sebutkan kepada saya dengan begitu lancar dan jelas sekali, yang mana mereka telah anda kenali sedari kecil yang juga merupakan kawan-kawan sekolah anda. Ini menunjukkan anda terus berhubung dan berkawan rapat dengan mereka sehingga ke hari ini.

Sedangkan saya pula tidak dapat menyebutkan kepada anda walau satu nama pun nama rakan-rakan saya dari kaum Cina. Ini bukan bermakna saya tidak suka untuk berkawan dengan kaum Cina tetapi suasana yang berbeda antara zaman saya dan zaman anda membuatkan perkara itu terjadi.

Di zaman anda, murid-murid bersekolah di sekolah yang sama. Sedangkan di masa saya, anak kaum Cina sekolah di sekolah Cina, anak Melayu sekolah di sekolah kebangsaan dan anak India sekolah di sekolah Tamil. Ini semua angkara dari sikap ahli-ahli politik yang ektrimis yang hanya memikirkan kaum mereka sahaja tanpa memikirkan akibatnya kepada pembentukan bangsa Malaysia.

Selama ini juga saya telah banyak menulis akan kepincangan hubungan kaum di Negara ini yang disumbangkan ahli-ahli politik Negara yang telah menggunakan sentimen kaum untuk meraih keuntungan politik mereka.

Mereka kelihatan hero untuk memperjuangkan kaum mereka. Tetapi akhirnya kita nampak tujuan mereka hanya untuk membina empayar kekayaan menggunakan kuasa politik yang mereka dapat.

Anda juga berulangkali memberitahu saya, jika suatu kaum itu dilayan secara amat teruk, bagaimana kita hendak harapkan dari mereka kesetiaan mereka kepada Negara. Sebagai orang biasa yang termasuk dalam kaum yang mendapat keistimewaan dari polisi kerajaan, saya hanya mampu bersimpati dengan apa yang telah anda lalui dan alami itu.

Walaupun ada beberapa polisi kerajaan yang telah disalah tafsir oleh ahli-ahli politik yang ektrimis, memberi kelebihan dan keistimewaan kepada kaum saya tetapi ini tidak bermakna semua orang dari kaum saya bersetuju dengan polisi yang tidak adil dan menindas.

Harapan saya kepada anda, moga anda tidak terus membenci Negara tempat tumpah darah anda sendiri. Pada saya semua ini bukan salah Negara kita tetapi yang bersalah dalam hal ini ialah mereka yang melaksanakan polisi itu. Seperti yang anda sebut, tidak semua orang Cina, orang Melayu dan orang India itu jahat, sebagai manusia mereka ada yang jahat dan ada yang baik.

Sama-samalah kita berdoa moga disuatu masa nanti kita akan dianugerahkan pemimpin yang mempunyai nilai-nilai kemanusiaan yang tinggi yang boleh bersikap adil kepada kita semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum. Dengan itu dapatlah anak-anak kita hidup sebagai satu bangsa yang cintakan Negara ini tanpa berbelah bahagi.


Here is the reply from Lim:

Good-day Alias (this is a fairly typical way Australians would greet people, either as friends or strangers;" How is it going, mate?" is another common greeting.). I am most delighted to hear from you! My apology for not replying any earlier, as we have just arrived back in Melbourne last Monday evening i.e. 23/2/09, at about 10p.m. local time(approx. 7 p.m. Malaysian time). Each time my Wife and I got back to Melbourne from an oversea trip, we usually take about two to three days to get back to normal. Time now is 3.10 a.m. early Friday morning. You must be in bed as it is already past midnight Thursday your time.

Yes, Alias I do remember you. It has been a long time since I had such an interesting exchange of ideas and a very meaningful conversation with a fellow country-man on a coach journey. A few years ago (maybe five years) I also met a Malaysian (an Indian lady) travelling from Kuala Kangsar to KL, and were engaged in an interesting conversation. Soon after I got back to Sungkai to pick my Wife and her mother to Ipoh the following day, I told my Wife about our meeting in the coach journey from JB to KL. She thought it was most interesting.

It has been quite a long time since I left Malaysia, 4/4/1971 to be precise, for London to further my education.While in London, I have picked up alot in terms of understanding Malaysia, in particular, and the world in general. It is always sad to leave one's country of birth for another country.I felt a bit disorientated or perhaps, bewilded. Imagine coming from a small town like Kuala Kangsar to a big international city like London. I had no friends or relatives. I was a complete stranger in a 'strange' place. I must say it has been such an experience in my life.My five years in London has definitely taught me many, many things about peoples and other countries. I began to be more analytical about Malaysia. In other words, I was able to look at Malaysia much more objectively and critically. I began to understand international politics better. This is because of my exposure to a wide variety of ideas from so many sources.

Each time I visited Malaysia, I felt 'sad' and 'happy' at the same time. Sad because people close to me are no longer around, such as, both my grandparents, parents,my good childhood friends like Syed Mohammed and others, my other next-of-kins and so forth. Happy because I am able to catch up with old and not-so-old friends and classmates or school-mates who are still around and about. It is like walking down the memory-lane. It is also like living in a 'fantasy' world. What I mean by that is this; I have been living in a relatively more affluent country like Australia in terms of better amenities and facilities, different concepts of value in life. Next I could be in a different world like Malaysia, my country-of-birth, full of sweet-bitter memories and nostalgies. I am able to compare and enjoy the best of two worlds.I really feel a bit surreal, I mean, it is real and yet not so real. There is alot of emotional attachments as well.

Well, Alias, it must be my good fortune to have met such an open-minded fellow country-man like you. I enjoyed your company and I hope we meet again. At least we are able to communicate, thanks to this modern technology called Internet, at our convenience. Please do not feel, in any way, restricted in expressing your opinions .Hey, I would like to polish up my Bahasa Melayu with you.

In Australia,every so often I met Malaysians from all walks of life and racial mix. I always enjoy talking to them.Of course we exchanged our opinions in a constructive way. One of the most common topics discussed is about culture and race, and religion. I have always maintain that culture belongs to a race whereas religion is a choosen path of an individual(s). I hope our Malaysian society can one day adopt this view in a meaningful way and further promote and foster racial harmony and integration, and make Malaysia a 'strong' and outstanding nation in the world.

Alias, remember in our 'coach' conversation we mentioned healthy living? I have always said life is what we make out of it. We must eat healthy and exercise whenever we can. I know life gets in the way but we must always try to make time. Compared to me you are still a fairly 'young' person. Success in life is not just about career, money and status. Personally, success in life also mean maintaining good health and bringing up our children in a happy and healthy environment, and be a happy and fulfilling person.Unfortunately, as you said, politicians do not have strong political views in doing the right thing by the people. They take things for granted and tend to be selfish and greedy at the expense of their citizen. The key word here is TRANSPARENCY!!! This is most lacking in South-east Asian countries..

By the way, if you or any one of your children do have the opportunity to visit Melbourne, please do not hesitate to contact me. I hope before long we could meet again Take good care and of course, your family.. Goodbye for now! Will write again next time.

Warmest Regards
Lim Eng Siong

Monday, February 23, 2009

Duit yang tak pernah cukup cukup.

SAYA datang dari keluarga yang miskin, bapa telah meninggal ketika saya berusia tiga tahun, ibulah yang menyara kehidupan kami dengan menoreh getah kepunyaan orang. Hasil jualan getah terpaksa dibahagi dua dengan tuan kebun getah.

Hidup sekadar cukup makan, duit begitu terbatas, duit digunakan begitu hati-hati dan berjimat cermat, hanya digunakan untuk perkara yang betul-betul diperlukan seperti membeli beras, minyak tanah, garam, gula, dan tepung, belanja sekolah dan tambang bas sekolah. Belanja sekolah saya ketika itu sebanyak 20 sen sehari, cukup untuk membeli sepiring mee dan segelas air.

Diwaktu itu bila saya melihat kepada orang yang berada yang mempunyai gaji dan pendapatan yang berlipat kali ganda dari kami, saya membayangkan tentu mereka mempunyai duit yang banyak dan berlebih-lebih.

Kalau ibu saya yang berpendapatan kecil itu pun boleh menyara kehidupan keluarga kami, sudah tentu orang-orang kaya ini mempunyai duit yang banyak berlebih.

Dalam waktu yang sama, saya sangat-sangat mengharapkan kalau-kalau orang yang berada ini memberikan sedikit wang yang mereka berlebih itu kepada keluarga kami yang miskin ini.

Tentu kehidupan kami lebih lega kalau dapat mempunyai duit yang lebih dari yang kami ada sekarang. Tentu banyak barang-barang yang kami hajatkan selama ini dapat dibeli dari duit itu.

Kini saya sudah bekerja dan boleh dikatakan mempunyai pendapatan yang tinggi juga. Saya sekarang telah termasuk dalam golongan orang-orang berada yang pernah saya lihat semasa kecil dulu.

Jiran-jiran tempat saya tinggal sekarang juga adalah orang-orang yang berada sama seperti saya juga. Pendapatan mereka, keadaan dan kelengkapan rumah mereka hampir sama saja dengan saya.

Gaya hidup kami di taman perumahan ini hampir sama saja, masing-masing punya kereta yang mahal-mahal, memiliki dua buah kereta itu adalah perkara biasa. Apabila duit berlebih mereka akan gunakan untuk mencantik dan mengubah suai rumah dan mereka juga membeli rumah kedua ditempat-tempat lain, membeli tanah dan paling tidak membeli saham.

Ada juga yang suka melayani kesukaan dan hobi mereka yang mahal-mahal seperti melancung, bermain golf, membeli perabut fesyen terbaru, radio, TV dan telefon bimbit model terbaru dan tercanggih.

Dengan kata lain selagi ada duit berlebih selagi itulah mereka akan menggunakan duit itu untuk kepuasan diri mereka.

Pernah seorang kawan memberitahu saya, buat apalah kita simpan duit beratus ribu ringgit di bank, sepatutnya duit itu boleh digunakan untuk beli kereta Mersedes. Katanya lagi, alangkah ruginya kalau kita mati tidak dapat merasa menggunakan kereta Mersedes.

Mungkin tanggapan yang demikian bukan saja ada pada kawan saya itu, tetapi saya rasa kebanyakan mereka dari golongan berada memang mempunyai tanggapan seperti itu. Mereka tidak pernah berasa cukup dengan wang yang ada, selagi ada benda yang boleh dibeli akan mereka beli.

Oleh itu tidak hairanlah kalau masa saya kecil dulu, orang-orang dari golongan berada tidak pernah hendak menghulurkan wang kepada keluarga kami yang miskin. Kerana mereka sentiasa sahaja kehabisan duit untuk membeli segala benda yang mereka mahu.

Benarlah seperti disindirkan oleh Tuhan, kalau diberi satu lagi dunia yang sama isinya pun manusia ini masih berasa tidak cukup.

Bagi saya, apabila kita telah mati, tidak ada sebab kita akan menyesal kerana tidak dapat merasa menggunakan kereta Mersedes, sebaliknya sudah pasti apa yang kita kesalkan ialah semasa di dunia dulu kita begitu berat hendak menghulurkan duit yang kita dapat untuk membantu golongan miskin dan kurang bernasib baik.

Malah kalau kita dapat pun menggunakan Mersedes di dunia ini, kita juga tidak akan terlepas dari ditanya di akhirat dengan soalan, mengapa kita menghabiskan duit kita dengan membeli kereta mewah seperti Mersedes itu sedangkan kita tahu ramai lagi orang miskin yang perlukan bantuan dari kita dari duit tersebut.

Semasa saya menulis artikel ini, isteri saya memberitahu saya, dua pasang kasut sekolah anak saya telah hilang, sepasang kasut itu dibeli dengan harga RM100. Sebelum itu, dua tiga hari lepas kami dikejutkan dengan perkara pelik, pasu-pasu bunga yang terletak di atas tembok pagar telah diturunkan ke bawah. Hari ini barulah kami dapat jawapan kenapa pasu-pasu itu diturunkan, rupanya ada budak nakal yang telah memanjat pagar rumah dan mengambil kasut sekolah anak kami.

Saya sebelum ini tidak pernah membelikan kasut sekolah untuk anak-anak yang mahal seperti itu, biasanya kami beli jenama Bata sahaja yang harganya sekitar RM30. Tetapi kerana anak-anak meminta kasut sekolah yang mahal itu memandangkan kasut itu telah menjadi trend terkini di sekolah maka saya turutkan juga kehendak mereka.

Saya percaya budak nakal yang mengambil kasut sekolah anak saya ini adalah datang dari keluarga yang kurang mampu. Tentu keluarganya tidak ada wang berlebih untuk membeli kasut yang mahal seperti itu. Banyak lagi barang-barang yang lebih perlu untuk mereka beli selain dari kasut yang mahal itu.

Friday, February 06, 2009

RAJA DAN DEMOKRASI~ ref Malaysiakini

Apabila negara kita mendapat kemerdekaan dari Great Britain pada tahun 1957, negara kita telah menjadi sebuah negara Demokrasi Raja Berpelembagaan dengan mengambil Britain sebagai model dalam membentuk pelembagaannya.

Kalau mengikut perlembagaan Britain, Raja tidak boleh sama sekali mencampuri urusan politik negara, Raja hanya menjadi simbol ketua Negara dan tidak lebih dari itu.

Di zaman silam, kebanyakan negara didunia ini ditadbir berasaskan sistem raja, sistem raja adalah satu-satunya sistem politik yang ada di masa itu.

Di waktu itu orang percaya raja dan keturunannya adalah orang yang istimewa dan berdarah mulia, malah ada yang menganggap mereka sebagai wakil Tuhan di dunia ini. Raja-raja ini mesti dimuliakan dan tidak boleh sama sekali dilanggar titah perintahnya.

Kalau mengikut sistem raja yang asal, raja adalah merupakan orang yang paling berkuasa dalam sesebuah negara. Nabi Daud dan Nabi Sulaiman adalah juga raja. Di hari ini sistem raja yang berkuasa penuh ini dipanggil sebagai monarki. Antara Negara-negara yang masih mengamalkan sistem monarki kuno ini adalah seperti Brunei dan Arab Saudi.

Memang banyak kelemahan sistem raja monarki ini, kelemahan yang paling ketara ialah dalam penggantian raja yang telah mangkat. Dalam sistem beraja, raja yang mangkat tidak boleh digantikan oleh orang lain kecuali anak lelaki baginda yang paling tua. Kalaulah anak lelaki itu tidak baik dan tidak mempunyai kemampuan menjadi pemimpin sudah tentu akan memberi banyak masalah kepada rakyat dan Negara itu.

Atas sebab kelemahan-kelemahan yang ada pada sistem raja itulah manusia di dunia hari ini telah menolak sistem beraja. Akhirnya di masa ini tidak banyak lagi negara di dunia ini yang mempunyai raja. Di kalangan negara-negra ASEAN pun hanya Malaysia, Thailand dan Brunei sahaja yang masih ada raja.

Manusia zaman sekarang adalah manusia yang telah cerdik dan celik. Kini mereka sedar kebolehan manusia itu bukan ditentukan oleh darah dan keturunannya. Untuk diri kita dihormati dan dimuliakan oleh orang lain bukanlah boleh didapatkan dari paksaan atau atas sebab darah keturunan kita. Sebaliknya orang hanya akan menghormati dan memuliakan kita jika kita berakhlak baik dan berhati mulia.

Dengan kata lain kemuliaan dan kehormatan itu adalah sesuatu yang perlu dicari dan diusahakan, bukan sesuatu yang boleh dipaksakan. Mungkin orang akan berpura-pura menunjukkan rasa hormat kepada kita hanya kerana takut kepada kita.

Ada setengah negara terus membuang sistem beraja, dan menjadi bahan tinggalan sejarah yang boleh ditonton dalam muzium di Negara mereka. Tetapi ada setengah negara seperti Britain dan Malaysia telah mengambil jalan tengah, raja terus kekal menjadi simbol Ketua Negara tetapi mereka tidak boleh mencampuri urusan politik negara.

Pada zaman sekarang ini terlalu sedikit negara-negara di dunia ini yang masih mempunyai raja. Pernah dikatakan, dari sejumlah raja-raja yang ada di dunia hari ini, hampir separuh darinya adalah datang dari Malaysia. Apa tidaknya, selain dari Agong, kita ada sembilan raja yang ‘memerintah’ di negeri-negeri dalam Malaysia. Begitulah banyaknya bilangan raja-raja di Malaysia.

Di bawah amalan demokrasi rakyat diberi kuasa untuk memilih pemimpin yang mereka suka di kalangan mereka untuk memimpin mereka. Oleh itu pemimpin yang dipilih oleh rakyat itulah sepatutnya yang paling berkuasa untuk mentadbir negara dan memimpin rakyat. Dengan itu tidaklah ‘manis’ kalau raja campur tangan dalam politik terutama dalam soal perlantikan Perdana Menteri dan Menteri Besar. Kalau disebabkan raja proses demokrasi boleh terhalang maka ini sudah bertentangan dengan prinsip dan amalan demokrasi yang kita junjung tinggi.

Sebagai sebuah negara demokrasi raja berpelembagaan, tidak wajar bagi raja untuk campur tangan dalam urusan politik negara. Telah termaktub didalam amalan demokrasi bahawa pemimpin Negara atau negeri adalah dipilih dan ditentukan oleh rakyat jelata, manakala raja tidak boleh untuk menolak pemimpin yang telah dipilih dan diputuskan oleh rakyat untuk memimpin Negara dan negeri mereka.

Krisis perebutan kuasa politik antara PR dan BN yang berlaku di negeri Perak sekarang ini yang mana telah melibatkan keputusan raja yang boleh dipertikai, telah menimbulkan suasana politik yang tegang di negeri itu.

Dari peristiwa yang diluar jangkaan kita ini, mungkin kita perlu melihat dan menyemak kembali peranan raja dalam perlantikan Ketua Menteri dan Menteri Besar. Seharusnya institusi raja kita tidak boleh mengganggu proses demokrasi dari berjalan dengan lancar.

Tidak sepatutnya raja dipertanggungjawabkan untuk menentukan siapa pemimpin yang harus dilantik menjadi Menteri Besar. Menteri Besar bersama ahli kabinet atau anggota exco beliau bukan dilantik oleh rakyat untuk berkhidmat kepada raja tetapi keutamaannya ialah untuk memimpin dan berkhidmat untuk rakyat.


Peristiwa di negeri Perak ini dan peristiwa yang lain-lain sebelum ini yang telah melibatkan peranan raja dalam politik, memberi banyak pengajaran kepada kita. Semua parti politik perlu duduk berbincang bagi mengatur dan mengemas semula undang-undang tubuh negeri dan perlembagaan supaya kekecohan dan kekeliruan seperti sekarang ini tidak berlaku di masa-masa akan datang.

Terutamanya soal pembubaran ADUN dan Parlimen. Hak mutlak pembubaran ADUN dan Parlimen mesti diberikan kepada Menteri Besar dan Perdana Menteri.

Permasalahan politik yang telah berlaku di Perak baru-baru ini ialah perlumbaan untuk mengejar masa antara pembubaran ADUN yang dihasratkan oleh MB Mohd Nizar dari pihak kerajaan Pakatan Rakyat (PR) dengan pihak BN yang berusaha megumpul jumlah ADUN PR yang dapat dipancing untuk melompat ke pihak BN. Sepatutnya pemasalahan ini harus diselesaikan mengikut undang-undang dan makamah. Sebaliknya raja telah diberi kuasa untuk membuat keputusan politik di negeri itu.

Mungkin raja tidak bersalah dalam hal ini, tetapi salahnya adalah kita telah memberikan kuasa itu kepada raja walaupun ia adalah bercanggah dengan amalan prinsip demokrasi.

Raja dan sultan tidak wajar diberi kuasa untuk menentukan siapa yang patut menjadi MB dan Ketua Menteri. Sehinggakan ada Menteri Besar yang berasa serbasalah dan sukar untuk menjalankan tugasnya kepada rakyat kerana ‘takut’ dan hendak menjaga hati orang istana.

Thursday, February 05, 2009

RAKYAT NEGERI PERAK YANG MENANG ~ ref Malaysiakini

PERLUMBAAN untuk menguasai politik di negeri Perak antara BN dan PR sedang rancak berlangsung yang mungkin akan diketahui kesudahannya tidak berapa lama lagi.

Apa pun saya melihat persaingan sengit antara BN dan PR yang boleh dikatakan hampir seimbang bilangan ADUN mereka itu boleh membawa keuntungan kepada rakyat di negeri Perak sendiri.

Dalam kedudukan antara parti pemerintah dan parti pembakang berada dalam keadaan seimbang, tentunya pihak yang menang tidak akan dapat berbuat sewenang-wenangnya kepada rakyat negeri Perak.

Walaupun parti BN dapat menguasai Perak semula, sudah pasti cara pemerintahannya tidak akan sama seperti mereka memerintah sebelum ini.

Parti apa pun yang berkuasa di Perak, keadaannya sama seperti telor di hujung tanduk. Bila-bila masa sahaja boleh jatuh kalau tidak berhati-hati, sedikit kesilapan saja boleh membawa kejatuhan kepada kerajaan mereka.

Yang pastinya rakyat akan dilayan seperti raja untuk memastikan mereka terus mengundi BN pada masa-masa akan datang. Undi rakyat adalah undi keramat yang akan menentukan turun naiknya sesebuah kerajaan.

Amalan kuasa politik dapat memperkayakan pemimpin dan kroninya tentunya tidak boleh berlaku di Perak, sebaliknya kita bakal melihat rakyat Perak lah yang akan akan dikayakan.
Kepada Menteri Besar Perak, Mohd Nizar walaupun ada kemungkinan beliau akan kehilangan jawatan itu, kita mengucapkan tahniah kepada beliau kerana telah menjalankan tugas-tugas yang diamanahkan dengan baik dan adil. Beliau menjadi MB yang disenangi oleh semua kaum walaupun belum sampai setahun memegang jawatan itu.

Diharap penyokong-penyokong beliau tidak akan melakukan tindak-tindakan bodoh yang emosional dan tidak matang. Hindarkan dari melakukan perkara yang menyalahi undang-undang dan usah melayan provokasi dari pihak lawan kerana ini akan memburukkan lagi keadaan.

Perak adalah satu negeri berbilang kaum yang kompisisi kaum Melayu, Cina dan India yang begitu ketara. Hindarkan kemelut politik ini dari merebak menjadi pertelingkahan kaum. Oleh itu kemelut politik yang berlaku ini hendaklah ditangani secara matang, biarlah diselesaikan secara aman melalui saluran undang-undang dan saluran politk.

Dunia masih belum kiamat, banyak lagi pilihanraya yang akan kita hadapi. Biarkanlah rakyat menghukum pemimpin yang durjana dan pengkhianat rakyat melalui peti undi.

Dalam masa yang sama, pastikan kita terus menerus memperjuangkan kebebasan badan perundangan, kebebasan media, kebebasan SPR , kebebasan polis dan badan pencegah rasuah, selari dengan amalan demokrasi. Kerana dengan ini sajalah kita dapat menjamin pilihan melalui peti undi itu adalah mencerminkan pilihan rakyat yang sebenar.

Wednesday, February 04, 2009

Main silap mata dalam politik ~ ref Malaysiakini

INILAH namanya permainan politik..... betul-betul politik sudah jadi barang mainan. Sekarang politik bukan lagi untuk perjuangan tetapi sudah jadi permainan.

Sekarang kalau nak jadi ahli politik kena juga pandai main silap mata. Kerana kena pandai hilangkan orang. Saksi penting kes Altantuya yang bernama Bala tiba-tiba hilang dari Malaysia.

Sampai sekarang orang tidak tahu di negara mana Bala berada. Orang tidak berani nak tanya lebih-lebih pasal Bala dan tak berani siasat macam mana Bala boleh hilang.

Kat negara mana Bala tinggal sekarang, makan atau tidak ke dia sekarang ini, sapa yang tanggung Bala hidup di perantauan itu? Banyak ke duit dia nak hidup di negara orang itu?

Boikot Barangan Yang Membiayai Kekejaman Israel

my playlist


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com