Buat renungan saudara-saudara ku yang memilih wadah keganasan dalam perjuangan:
"Bukanlah tujuan Nabi itu diturunkan untuk membunuh manusia kafir tetapi adalah untuk mengeluarkan manusia dari kekafiran".

Friday, February 06, 2009

RAJA DAN DEMOKRASI~ ref Malaysiakini

Apabila negara kita mendapat kemerdekaan dari Great Britain pada tahun 1957, negara kita telah menjadi sebuah negara Demokrasi Raja Berpelembagaan dengan mengambil Britain sebagai model dalam membentuk pelembagaannya.

Kalau mengikut perlembagaan Britain, Raja tidak boleh sama sekali mencampuri urusan politik negara, Raja hanya menjadi simbol ketua Negara dan tidak lebih dari itu.

Di zaman silam, kebanyakan negara didunia ini ditadbir berasaskan sistem raja, sistem raja adalah satu-satunya sistem politik yang ada di masa itu.

Di waktu itu orang percaya raja dan keturunannya adalah orang yang istimewa dan berdarah mulia, malah ada yang menganggap mereka sebagai wakil Tuhan di dunia ini. Raja-raja ini mesti dimuliakan dan tidak boleh sama sekali dilanggar titah perintahnya.

Kalau mengikut sistem raja yang asal, raja adalah merupakan orang yang paling berkuasa dalam sesebuah negara. Nabi Daud dan Nabi Sulaiman adalah juga raja. Di hari ini sistem raja yang berkuasa penuh ini dipanggil sebagai monarki. Antara Negara-negara yang masih mengamalkan sistem monarki kuno ini adalah seperti Brunei dan Arab Saudi.

Memang banyak kelemahan sistem raja monarki ini, kelemahan yang paling ketara ialah dalam penggantian raja yang telah mangkat. Dalam sistem beraja, raja yang mangkat tidak boleh digantikan oleh orang lain kecuali anak lelaki baginda yang paling tua. Kalaulah anak lelaki itu tidak baik dan tidak mempunyai kemampuan menjadi pemimpin sudah tentu akan memberi banyak masalah kepada rakyat dan Negara itu.

Atas sebab kelemahan-kelemahan yang ada pada sistem raja itulah manusia di dunia hari ini telah menolak sistem beraja. Akhirnya di masa ini tidak banyak lagi negara di dunia ini yang mempunyai raja. Di kalangan negara-negra ASEAN pun hanya Malaysia, Thailand dan Brunei sahaja yang masih ada raja.

Manusia zaman sekarang adalah manusia yang telah cerdik dan celik. Kini mereka sedar kebolehan manusia itu bukan ditentukan oleh darah dan keturunannya. Untuk diri kita dihormati dan dimuliakan oleh orang lain bukanlah boleh didapatkan dari paksaan atau atas sebab darah keturunan kita. Sebaliknya orang hanya akan menghormati dan memuliakan kita jika kita berakhlak baik dan berhati mulia.

Dengan kata lain kemuliaan dan kehormatan itu adalah sesuatu yang perlu dicari dan diusahakan, bukan sesuatu yang boleh dipaksakan. Mungkin orang akan berpura-pura menunjukkan rasa hormat kepada kita hanya kerana takut kepada kita.

Ada setengah negara terus membuang sistem beraja, dan menjadi bahan tinggalan sejarah yang boleh ditonton dalam muzium di Negara mereka. Tetapi ada setengah negara seperti Britain dan Malaysia telah mengambil jalan tengah, raja terus kekal menjadi simbol Ketua Negara tetapi mereka tidak boleh mencampuri urusan politik negara.

Pada zaman sekarang ini terlalu sedikit negara-negara di dunia ini yang masih mempunyai raja. Pernah dikatakan, dari sejumlah raja-raja yang ada di dunia hari ini, hampir separuh darinya adalah datang dari Malaysia. Apa tidaknya, selain dari Agong, kita ada sembilan raja yang ‘memerintah’ di negeri-negeri dalam Malaysia. Begitulah banyaknya bilangan raja-raja di Malaysia.

Di bawah amalan demokrasi rakyat diberi kuasa untuk memilih pemimpin yang mereka suka di kalangan mereka untuk memimpin mereka. Oleh itu pemimpin yang dipilih oleh rakyat itulah sepatutnya yang paling berkuasa untuk mentadbir negara dan memimpin rakyat. Dengan itu tidaklah ‘manis’ kalau raja campur tangan dalam politik terutama dalam soal perlantikan Perdana Menteri dan Menteri Besar. Kalau disebabkan raja proses demokrasi boleh terhalang maka ini sudah bertentangan dengan prinsip dan amalan demokrasi yang kita junjung tinggi.

Sebagai sebuah negara demokrasi raja berpelembagaan, tidak wajar bagi raja untuk campur tangan dalam urusan politik negara. Telah termaktub didalam amalan demokrasi bahawa pemimpin Negara atau negeri adalah dipilih dan ditentukan oleh rakyat jelata, manakala raja tidak boleh untuk menolak pemimpin yang telah dipilih dan diputuskan oleh rakyat untuk memimpin Negara dan negeri mereka.

Krisis perebutan kuasa politik antara PR dan BN yang berlaku di negeri Perak sekarang ini yang mana telah melibatkan keputusan raja yang boleh dipertikai, telah menimbulkan suasana politik yang tegang di negeri itu.

Dari peristiwa yang diluar jangkaan kita ini, mungkin kita perlu melihat dan menyemak kembali peranan raja dalam perlantikan Ketua Menteri dan Menteri Besar. Seharusnya institusi raja kita tidak boleh mengganggu proses demokrasi dari berjalan dengan lancar.

Tidak sepatutnya raja dipertanggungjawabkan untuk menentukan siapa pemimpin yang harus dilantik menjadi Menteri Besar. Menteri Besar bersama ahli kabinet atau anggota exco beliau bukan dilantik oleh rakyat untuk berkhidmat kepada raja tetapi keutamaannya ialah untuk memimpin dan berkhidmat untuk rakyat.


Peristiwa di negeri Perak ini dan peristiwa yang lain-lain sebelum ini yang telah melibatkan peranan raja dalam politik, memberi banyak pengajaran kepada kita. Semua parti politik perlu duduk berbincang bagi mengatur dan mengemas semula undang-undang tubuh negeri dan perlembagaan supaya kekecohan dan kekeliruan seperti sekarang ini tidak berlaku di masa-masa akan datang.

Terutamanya soal pembubaran ADUN dan Parlimen. Hak mutlak pembubaran ADUN dan Parlimen mesti diberikan kepada Menteri Besar dan Perdana Menteri.

Permasalahan politik yang telah berlaku di Perak baru-baru ini ialah perlumbaan untuk mengejar masa antara pembubaran ADUN yang dihasratkan oleh MB Mohd Nizar dari pihak kerajaan Pakatan Rakyat (PR) dengan pihak BN yang berusaha megumpul jumlah ADUN PR yang dapat dipancing untuk melompat ke pihak BN. Sepatutnya pemasalahan ini harus diselesaikan mengikut undang-undang dan makamah. Sebaliknya raja telah diberi kuasa untuk membuat keputusan politik di negeri itu.

Mungkin raja tidak bersalah dalam hal ini, tetapi salahnya adalah kita telah memberikan kuasa itu kepada raja walaupun ia adalah bercanggah dengan amalan prinsip demokrasi.

Raja dan sultan tidak wajar diberi kuasa untuk menentukan siapa yang patut menjadi MB dan Ketua Menteri. Sehinggakan ada Menteri Besar yang berasa serbasalah dan sukar untuk menjalankan tugasnya kepada rakyat kerana ‘takut’ dan hendak menjaga hati orang istana.

12 comments:

Anonymous said...

Bermakna sehingga kini Nizar adalah MB yang sah perlantikannya..
Bagaimanapun MB Nizar kena bersabar atas dugaan Allah nih.. Apa yang boleh dibuat ialah tawakal.. jalan penyelesaian pasti ada.. konsep demokrasi perlu diperbetulkan.. pemimpin berkhidmat untuk rakyat.. bukan untuk sultan.. sultan duduk jer dapat elaun tiap-tiap bulan.. bukan ke sultan simbol ketua negara/negeri.. jadi tak payah lah saja-saja campur hal politik nih..

kekwa66 said...

ya, memang betul saudara penulis. saya betul2 kecewa, pilu, sedih, geram atas apa yg berlaku di perak. Selama ini sultan yg paling saya hormati dan sanjung tinggi tu telah menghampakan semua rakyat perak dan rakyat malaysia umumnya (yg cintakan demokrasi). Apatah lagi baginda merupakan bekas hakim yg sememangnya arif tentang undang2 dan perlembagaan.(baginda turut menyebutnya dalam buku baginda bahawa raja hanyalah sebagai simbol!) walaupun saya tak setuju dengan demo jalanan, tapi kali ini saya sokong 100%!!!

paneh said...

Salam tuan,

Kuasa yang diberikan kepada raja itu tidak salah dan wajar dipertahankan kerana kuasa itulah yang mampu mengekang kafirun menjadi pemerintah. Adakah Nizar adalah orang yang selayaknya menjadi MB di Perak sekiranya tiada kuasa Raja tersebut?

Anak Kampung said...

sdr

Ikut lah 'rule of Laws' bukannya 'rule of the jungle'. Undang-undang tertinggi negara adalah Perlembagaan Persekutuan, Undang-undang Tubuh Negeri dan 'Enacted Laws'.

Semua yang tinggal di Malaysia tertakluk dengan undang-undang. Nobody above the laws. Tuanku Sultan Perak buat keputusan berdasarkan peruntukan Undang-undang Tubuh Negeri Perak. Tuanku tidak masuk campur hal politik.

Kalau ada pihak-pihak yang tak berpuashati dengan keputusan Tuanku, jalan keluarnya adalah Mahkamah.

Demokrasi bukan maknanya rakyat boleh berbuat sesukahati, membelakangi undang-undang. Namun kalau undang-undang dilanggar juga, mereka harus tahu implikasi nya.

Anonymous said...

Salam Bro,

Aku sebenornya bukanlah penyokong mana2 parti a.k.a pengundi muda atas pagar.Disini aku nak berkongsi pendapat bersama bro2 sekalian.

Antara komen2 aku tentang politik Perak sekarang ada terlalu banyak hikmah yang perlu kita renung dan fikirkan:-

1. Kuasa Sultan

Bagi aku Sultan ni adalah manusia biasa saja seperti umat manusia yg lain. Tidak terlepas dr kesilapan.Tetapi...btul juga cakap bro...Sultan2 ini adalah lambang,payung atau simbol Perpaduan khasnya untuk survival Melayu dan pelbagai bangsa amnya di Malaysia ni.

Persoalannya disini adalah adakah Sultan ni bersikap adil utk rakyatnya dalam membuat keputusan?Bagaimana Tuanku menunjukkan keadilan kepada rakyatnya?Adakah Tuanku meminta padangan rakyatnya utk dia bersikap adil?Apa buktinya anaknya tidak ada sebarang kepentingan perniagaan dengan segolongan dr Parti Pemerintah?

Dalam situasi di Perak sekarang aku lihat Kuasa Sultan di buat dengan tergesa2 tanpa mendengar,melihat dan memahami hasrat dan harapan rakyat dibwah payungnya.Malah kelihatan seolah2 dia berat sebelah/tidak adil/zalim dlm membuat keputusan yang ternyata dengan tindakan olehnya dapat merosakkan institusi Raja itu sendiri.Aku kecewa dan sedih sekali.

- Hikmahnya disini, dengan tindakan DS Nizar yg sembah derhaka harap dapat membuka mata sekalian kerabat Raja2 diseluruh negeri bahawa Sultan adil Sultan disembah,Sultan Zalim Sultan Disanggah oleh Rakyatnya sendiri.Kuasa Allah Yang Maha Agung.

2. Kuasa BN

parti BN yg ditunjangi oleh UMNO adalah parti pemerintah Pusat.Mereka mempunyai Kuasa,Pangkat,Harta dan Nama.

Persoalannya disini adakah Kerajaan pemerintah ini betul2 jujur dan ikhlas dalam memperjuangkan nasib rakyat yg melantik mereka?Bagaimana mereka menunjukkan kejujuran mereka?Apa buktinya?Bagaimana dengan pelbagai skandal yg tidak dibersihkan oleh undang2?

- Hikmahnya disini adalah Kuasa Rakyat mengatasi segalanya.Bagaimana rakyat melantik mereka begitu juga rakyat dapat memijak dan membaling selipar jamban kemuka mereka.Golongan2 ini sentiasa memikirkan kepentingan diri sendiri dr kepentingan rakyat.Percayalah cakap aku bro...

3. Kuasa PR

PR adalah pakatan dr pelbagai parti pembangkang yg mempunyai ideologi berbeza tetapi terhasil atas titik persamaan cabang yang boleh diperjuangkan bersama.

Persoalannya disini, Bagaimana plot krisis ini berlaku?Adakah mereka ini tidak berhak bertahan?Adakah majoriti rakyat yg menghukum mereka?

Sebagai sebuah kerajaan yg berkuasa di suatu negeri sahaja sudah tentu pelbagai sekatan dibuat,dinafikan oleh Parti pemerintah.Mereka2 ini sentiasa berusaha untuk menjadi kerajaan yg amanah,jujur,ikhlas dlm memperjuangkan rakyat mereka.Haruskah mereka dihukum sedemikian rupa?

- Hikmahnya adalah utk memberi mesej kepada Sultan dan Parti Pemerintah bahawa mereka ini akan terus bertahan untuk rakyat hingga cahaya kebenaran bersinar melampaui Kuasa Sultan dan Parti Pemerintah.

- Hikmah dr Kuasa PR ini juga aku dpat lihat bahawa pegangan dan istiqamahnya Adun2 dr PAS dalam mempertahan maruah diri dr mudah disogok atau dibeli.Aku percaya hingga mati pun mereka ini akan pertahankan.Ini adalah kerana pegangan mereka yg kuat dlm agama Islam yg sentiasa menekankan konsep amanah, pahala dan dosa.Contoh jelas diKerajaan kelantan pada 2004 hanya majoriti 1 undi kerusi.Bagaimana dengan PKR dan DAP?...sudah ade rekod.

4. Kuasa Rakyat

dengan kembalinya kepada Kuasa Rakyat lah krisis di Perak ini dapat selesai.Sultan mesti bubarkan DUN.Dengan bubarkan DUN, rakyat bebas pilih semula kerajaan yg mereka mahu.Dengan bubarkan DUN, nama baik Istana tidak tercemar.

- Hikmahnya disini, jangan sesiapapun, malah SUltan sekali pun memperbodohkan rakyatnya.Dalam Islam setiap amanah yang diberikan mesti dipertahankan hingga nyawa bercerai dr badan...Ini kerajaan woii..bukannya kedai yg senang lenang nk tukar.

Bro, secara peribadi aku amat respect dengan org2 PAS ni dengan kejujuran mereka...hingga UMNO nk beli pun tak makan. Oleh itu...klau nk tengok kerusi Melayu banyak di Perak...sokonglah PAS...

Nak Harapkan POLIS...UMNO PUNYA, Harapkan SPRM...UMNO PUNYA, Harapkan HAKIM...UMNO PUNYA, Harapkan SULTAN...MACAM TU PULAK....,Sekarang ni Hanya DUIT yang boleh HARAP...HAHHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA

Sipapan-Kekunci said...

Salam ziarah...

Anonymous said...

cuba lah tengok balik sejarah... kuasa sultan semakin terhapus disebabkan angkara perbuatan sultan itu sendiri...mungkin peristiwa yg berlaku di perak akan berulang kembali....apa kata jika diadakan PRU untuk jawatan sultan pulak....

ariff55 said...

salaaaaam

Bismillah

Sultan adalah Ketua Agama dalam Malaysia yg mengamalkan demokrasi dan Sultan berpelembagaan

Di Perak Sultan adalah Ketua Agama dan memerintah (pemerintah) berlandaskan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak

Menteri Besar Serta Exconya diperkenankan oleh Sultan daripada parti yg mendapat majoriti dalam sistem demokrasi (pilihanraya) bagi mentadbir mengurus kerajaan negeri yg diperkenankan

Parti yn mendapat majoriti drp PR ialah DAP so ikut demokrasi MB drp DAP serta exconye yg patut mentadbir bagi pihak Sultan... Undang-Undang tubuh Negeri Perak hanya membenarkan MB beragama Islam saja... Sultan tidak perkenan...
tak ikut demokrasi? zalim?

Bila Penasihat membenarkan lompat parti semua sokong kerana demokrasi???

Apabila ADUN drp DAP+PKR piminan Penasihat lompat semuakata DEMOKRASI???

semua bengong kerana KUASE dah ditaik balik oleh ALLAH kerana Penasihat serta MB PR membiarkan ADUN lompat ni sebelum melompat kataknye bertaubat drp Rasuah Zina betina???? Mufti menasihat SULTAN....

ariff55 said...

mengapa MB PR tidak meminta nasihat MUFTI mengenai EXCO korupnye MURTAD sebab nak MENGAMPU Penasihat PKR + PR ??? bila die hebah kate 16 September ade akan melompat KITE sorak DEMOKRASI!!!! bengong... tanye MUFTI dulu... ADUN yg lompat tu pun BN tak hingin masuk kan depa mana parti komponen sebab Chua Soi Lek dah mendahului kes ZINA ni... Presiden DAP pulak yg PEKA drp PKR+PAS+DAP negeri sendiri... semua dah ALLAH butakan hati mata dan pekak kan telinga sehingga tak kembali lagik NAK CAM TU??? sebelum darah yg haram tertumpah bertaubat lah semua kerana ALLAH MAHA PENERIMA TAUBAT surat al'asr

fital said...

nasib baik kat Perak, kalau kat Johor macam mana?

Unknown said...

Boleh juga baca kisah raja di URL ini:
http://tukartiub.blogspot.com/2009/02/akhirnya-tinggal-empat-ekor-raja.html

Junaidi Blog said...

salam singah ....

Boikot Barangan Yang Membiayai Kekejaman Israel

my playlist


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com