Penuntut Institusi Pengajian Tinggi akan dibenarkan mengadakan pertemuan dan perbincangan dengan ahli politik termasuk dari pembangkang apabila Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) selesai dipinda dan diluluskan, kata Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.Beliau berkata pertemuan dan perbincangan boleh dilakukan menerusi seminar, ceramah atau forum berbentuk ilmiah."Saya tidak fikir mana-mana parti politik akan menggunakan cara berucap dan berkempen politik jalanan apabila masuk kampus kerana mereka yang ada di sini (universiti) adalah orang yang berpengetahuan, ada ilmu dan mereka akan buat ukuran," katanya dalam laporan Bernama.Bercakap dalam sidang media selepas merasmikan Persidangan Tahunan Pemimpin Mahasiswa Malaysia di ibunegara hari ini, Mohamed Khaled bagaimanapun menegaskan bahawa penuntut universiti tidak dibenarkan untuk menyertai parti politik.
Saya melihat perkara ini sebagai persediaan oleh UMNO untuk kepentingan masa depan politik UMNO itu sendiri. Melihat kepada senerio politik masa sekarang ini tidak mustahil satu hari nanti tampuk kuasa politik Malaysia akan bertukar tangan kepada Pakatan Rakyat.
Penguasaan UMNO melalui AUKU ke atas universiti-universiti dan aktiviti pelajarnya seperti masa-masa yang lalu mungkin akan menjadi sejarah bila kerajaan bertukar tangan kepada Pakatan Rakyat. Di waktu itu nanti Pakatan Rakyat pulalah yang akan mendapat kelebihan dari akta AUKU ini.
Oleh itu tidak hairanlah kerajaan UMNO telah cuba merubah beberapa polisi yang membenarkan suara parti pembangkang dapat disuarakan dengan mudah melalui apa saja saluran yang ada termasuklah melalui persatuan dan kegiatan pelajar di universiti.Ini adalah merupakan persediaan awal UMNO untuk menghadapi masa depan yang mungkin bertukar menjadi pembangkang suatu masa nanti.
Malah di masa ini pun UMNO telah menjadi pembangkang di lima buah negeri, dan ada di antara universiti-universiti di Negara ini yang berada di bawah kerajaan Pakatan Rakyat. Oleh itu UMNO terpaksa merubah AUKU untuk mempastikan mereka boleh menembusi tembok universiti-universiti yang di bawah kerajaan Pakatan Rakyat ini.
Begitulah cara UMNO, kalau tak menguntungkan pihaknya tentu dia tak akan ubah. Apapun perubahan kepada AUKU ini tentunya akan memberi impak yang besar kepada sahsiah dan ketrampilan pelajar-pelajar kita nanti.
Dan kita tidak terkejut kalau dalam sedikit masa lagi UMNO juga akan menghapuskan akta ISA atau membuat perubahan kepada akta tersebut, kerana selama ini akta inilah yang biasa digunakan oleh UMNO untuk menyekat kelantangan suara pemimpin pembangkang. Kalau tidak dibuat perubahan sekarang, sudah pasti satu hari nanti akta ini akan menjadi senjata makan tuan kepada pemimpin-pemimpin UMNO bila mereka bertukar menjadi parti pembangkang.
1 comment:
Ok jugak kalau mcm ni..
Saya nampak, pelajar IPT pulak yang byk sokong saya ;)
Lihat sini http://TeamPemudaUMNO.blogspot.com
Post a Comment