Buat renungan saudara-saudara ku yang memilih wadah keganasan dalam perjuangan:
"Bukanlah tujuan Nabi itu diturunkan untuk membunuh manusia kafir tetapi adalah untuk mengeluarkan manusia dari kekafiran".

Wednesday, August 13, 2008

Khalid hina UiTM, orang Melayu?

Memetik lapuran akhbar pada 12 Ogos 2008:


PUTRAJAYA 11 Ogos – Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Khaled Nordin menyelar Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kerana sanggup menggadaikan hak keistimewaan orang Melayu dengan mengemukakan cadangan supaya kuota pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) dibuka kepada bukan bumiputera. Menyifatkan saranan tersebut sebagai populis dan bertujuan memancing sokongan bukan Melayu, beliau berkata, cadangan berkenaan juga satu penghinaan kepada orang Melayu, bumiputera dan institusi pengajian itu sendiri.




Itulah wajah politik orang UMNO, di depan orang Melayu cakap lain, di depan orang bukan Melayu mereka cakap lain. Merekalah juga yang sering menuduh pembangkang parti yang mengamalkan perkauman yang sempit.

Tetapi apabila Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim menyarankan supaya kuota 10% pelajar UiTM dibuka kepada bukan Melayu, UMNO jadi marah dan tidak setuju pula.


Saranan sebegitu sepatutnya harus digalakkan dan diberi pujian kerana ia boleh membuka ruang untuk menggalakan perpaduan dan intergrasi antara kaum. Oleh itu kenapa UMNO harus marah sedangkan merekalah yang selalu melaung-laungkan perpaduan antara kaum.

Dengan semangat yang kononnya untuk membela kepentingan orang Melayu, beribu-ribu pelajar UiTM telah keluar berhimpun untuk menunjukkan rasa marah mereka kepada Khalid Ibrahim dan menyerahkah memorandum bantahan terhadap saranan beliau itu.


Itulah AUKU yang telah digubal oleh UMNO, pelajar hanya akan diambil tindakan jika berhimpun dan berdemontrasi membantah apa yang kerajaan BN buat, tetapi tidak akan diambil tindakan jika berdemontrasi membantah parti pembangkang.


Pemimpin-pemimpin UMNO yang selalu melaungkan perpaduan tetapi mereka jugalah yang membantah saranan untuk membenarkan pelajar bukan Melayu belajar bersama-sama rakan Melayu mereka dalam satu institusi yang sama. Jelaslah kepada kita ucapan yang hendakkan perpaduan kaum yang selalu mereka laungkan itu hanyalah hipokrit sahaja.


Sekarang nampaklah kepada kita belang sebenar UMNO, merekalah sebenarnya parti yang mengamalkan dan menggalakkan perkauman yang sempit.

Oleh itu tidak hairanlah kita kalau perbezaan kaum di negara ini terus melebar kerana UMNO yang memerintah tidak faham makna perpaduan.

4 comments:

Anonymous said...

tapi macam mana nak integrasi atau nak maju kan sebagai satu bangsa...peringkat sekolah lagi dah ada berjenis... ada jenis kebangsaan itu ada jenis kebangsaan ini..ada sekolah antara bangsa ada sekolah agama.... idea TUAN MB SELANGOR OK...pada dia lah.
tapi macam macam sekolah jenis tu dan jenis ini macam mana pulak....... sekolah kebangsaan ada cukup lah.

UMNO PARTI PENJARA said...

Janganlah lupa sejarah.

Sejarah banyak mengajar kita :)



JEMPUT MASUK KE THREAD FORUM SAYA ;)

LAYARI http://TeamPemudaUMNO.blogspot.com

Anonymous said...

ye lah ..
jgn lah kita lupa kepada sejarah ..
cuba baca balik sejarah penubuhan UiTM ..
kalau dah baca mesti paham punya.. lagi pun pelajar bangsa lain kan boleh belajar jugak kalau bukan dekat UiTM jer ..
bnyk lagi universiti lain..
kita kena ingat balik objektif penubuhan UiTM untuk siapa sebenarnya .. baru kita tahu kenapa kita harus bantah cadangan MB Selangor tu ...

Anonymous said...

20 universiti lain dibuka untuk non bumi..kenapa pertikai UiTM yg satu ni kan?..

Boikot Barangan Yang Membiayai Kekejaman Israel

my playlist


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com