Buat renungan saudara-saudara ku yang memilih wadah keganasan dalam perjuangan:
"Bukanlah tujuan Nabi itu diturunkan untuk membunuh manusia kafir tetapi adalah untuk mengeluarkan manusia dari kekafiran".

Friday, August 15, 2008

Asal usul Kontrak Sosial.

Masa sebelum Negara kita merdeka dulu memang ramai pekerja-pekerja kontrak dari Negara China dan India datang ke Malaysia yang di bawa oleh kerajaan British untuk bekerja di lombong-lombong bijih dan ladang-ladang getah di Negara ini. Tetapi masa tu mereka tidaklah dipanggil sebagai pekerja kontrak.

Memang sifat orang Melayu dari dulu lebih selesa menjadi ‘tuan’ mereka tidak berapa suka kerja sebagai buruh kontrak ni. Mungkin juga kerajaan British ketika itu bayar upah yang murah maka orang Melayu tak suka kerja seperti itu.

Sama jugalah seperti masa sekarang ini, kerja-kerja pembinaan yang memerlukan tenaga tulang empat kerat, kerja-kerja yang bergaji murah seperti pelayan-pelayan kedai, membersih bangunan atau pejabat tidak diminati oleh rakyat tempatan.

Oleh itu kerja-kerja seperti ini telah diambil alih oleh pendatang-pendatang dari luar seperti dari Indonesia, China, India, Bangladesh, Nepal dan Myanmar. Akhirnya ramailah pekerja-pekerja asing ini memenuhi Negara kita.

Mereka ini datang dengan niat untuk bekerja bagi mendapatkan wang untuk dihantar balik bagi keperluan keluarga mereka yang ditinggalkan di kampung. Mereka yang datang bekerja ini juga tidak pernah memikirkan untuk terus tinggal menetap di Malaysia.

Kehidupan mereka di sini sungguh ringkas sekali. Mereka makan sekadar yang boleh mengenyangkan, pakaian pun jarang berganti baru, tinggal di rumah kongsi, lebih baik sikit mungkin ada majikan yang menyewakan rumah untuk dikongsi beramai-ramai dan jauh sekalilah untuk membeli perabut-perabut mahal dan harta kekal kerana susah untuk dibawa balik ke Negara asal mereka nanti.

Kecintaan mereka kepada Negara ini memang boleh dikatakan tidak ada, hati dan perasaan mereka hanyalah kepada Negara asal mereka sahaja.

Kita sebagai warganegara dan rakyat tempatan tidak begitu selesa dengan kehadiran pendatang-pendatang asing ini. Resam dan budaya mereka jauh berbeza dengan kita. Sudah tentu kita tidak mahu kalau pekerja-pekerja asing ini diberikan taraf warganegara. Kita masih curiga dengan kesetiaan dan kecintaan mereka terhadap Negara ini.

Suasana beginilah yang berlaku semasa menjelang Negara kita mencapai kemerdekaan dahulu. Masyarakat Melayu yang merupakan penduduk tempatan Malaya ketika itu sangsi dengan kesetiaan dan kecintaan orang-orang Cina dan India terhadap Negara ini yang kehadiran mereka sebelum itu hanya dianggap sebagai pekerja asing yang mencari wang di sini.

Kebanyakan pekerja-pekerja Cina dan India ketika itu memang lahir di Negara asal mereka, mereka datang ke Malaya untuk bekerja bagi mendapatkan wang. Oleh itu memang tak dapat dinafikan kesetiaan dan kecintaan mereka kepada Negara asal itu masih tebal, Malaya hanyalah tempat mereka mencari makan sahaja.

Tidak hairanlah kalau semasa penjajahan Jepun tahun 1941, ramai orang-orang Cina di Malaya dibunuh oleh Jepun kerana orang-orang Cina di Malaya ini juga dianggap sebagai warga Negara China. Di waktu itu Jepun juga berperang dengan Negara China.

Apabila British menawarkan Merdeka kepada Malaya, British telah meletakkan syarat supaya orang-orang asing yang mereka bawa ke Malaya iaitu orang-orang Cina dan orang-orang India hendaklah diterima sebagai warganegara seperti orang Melayu, tentulah syarat yang dikenakan British ini amat berat untuk diterima oleh penduduk tempatan atau orang Melayu ketika itu.

Samalah beratnya seperti kita hendak menerima pekerja-pekerja asing dari Indonesia, China, India, Bangladesh, Nepal dan Myanmar sekarang ini untuk menjadi warganegara Malaysia.

Memang ada sebab untuk orang tempatan berasa bimbang kalau pendatang atau pekerja asing ini diberikan taraf warganegara, kerana khuwatir orang asing ini akan merampas hak-hak dan keistimewaan yang mereka miliki sebagai rakyat tempatan.

Maka dari situlah lahirnya apa yang dinamakan ‘kontrak sosial’ yang telah dipersetujui antara pemimpin-pemimpin dari tiga kaum terbesar ini iaitu Melayu, China dan India bagi mencari jalan tengah bagi mengatasi masalah tersebut.

Mengikut yang punya cerita, dari ‘kontrak sosial’ inilah lahirnya ‘ketuanan’ dan ‘keistimewaan’ orang-orang Melayu yang telah dipersetujui antara pemimpin-pemimpin kaum tadi.

Kini kita telahpun 50 tahun merdeka, hampir semua orang Cina dan orang India yang menjadi warganegara Malaysia hari ini adalah lahir di bumi Malaysia ini. Kesetiaan dan kecintaan mereka kepada Malaysia memang tidak boleh disangsikan. Di sinilah tempat mereka dilahirkan dan disini jugalah tempat mereka mahu dikebumikan.

Oleh itu ‘kontrak sosial’ yang pernah dipersetujui untuk suasana di masa yang lalu itu memang tidak relevan lagi. Kita tidak kira kaum seharusnya mempunyai hak yang sama, tidak ada siapa harus menjadi ‘tuan’ dan tidak ada siapa juga yang harus menjadi ‘hamba’. Kita bukan lagi berdepan dengan pekerja asing dari China dan dari India seperti sebelum merdeka dulu, tetapi sekarang kita berdepan dengan orang Cina dan India yang lahir di bumi Malaysia.

Kalau etnik Jawa, Minang, Banjar, Bugis telah boleh diterima setaraf warganegara Melayu lainnya, maka tidak ada sebab etnik Cina dan India tidak boleh mendapat taraf yang sama.

Mungkin perbezaan adat dan agama menyebabkan kita sukar untuk bergaul antara satu sama lain, tetapi ini bukanlah sebab untuk kita membeza-bezakan hak-hak mereka melalui ‘kontrak sosial’ yang dikenakan kepada mereka tanpa mereka mengetahui justifikasi disebalik kewujudan ‘kontrak sosial’ itu.

13 comments:

Bitcoin badger said...

Begitu bijak & pandang jauh saudara Alias dalam hujah-hujah di atas. Perpaduan rakyat di negara ini sepatutnya lebih penting dari isu-isu yang lain.

'Perpaduan teras kemajuan'
'persefahaman teras kemakmuran'

Anonymous said...

Penerangan saudara Alias mengenai 'kontrak sosial' dan analisa tentang keperluannya pada zaman ini amat menarik dan bijak. Rencana terakhir yang saya baca mengenai isu yang sama adalah tulisan Dr. Mahathir mengenai 'kontrak sosial' tapi malang sekali, bekas perdana menteri kita ini seolah-olah dinosaur yang masih hidup di awal 1900an... masih tak paham pasal perubahan zaman dan masyarakat Malaysia kini.

Teruskan tulisan dan analisa saudara yang berpandangan jauh dan benar.

Sekian.

Anonymous said...

Saudara Alias:

Ingin saya sumbangkan sedikit maklumat tambahan mengenai isu kemerdekaan dan kontrak sosial ini, untuk rencana saudara ini:

Tunku Abdul Rahman, dalam buku beliau yang bertajuk "Political Awakening", Pelanduk Publications, mukasurat 31 (diterbitkan pada 1986), beliau berkata:

""For those who love and feel they owe undivided loyalty to this country, we will welcome them as Malayans. They must truly be Malayans, and they will have the same rights and privileges as the Malays."

Betul seperti kata saudara, kalau rakyat Malaysia tidak kira bangsa menerima Malaysia sebagai negara mereka dan bersatu padu sebagai orang Malaysia yang patriotik, maka tiada perlu ada lagi perbezaan hak dan keistimewaan antara kaum.

Tambahan pula, dalam membentuk perlembagaan Malaysia, Tunku Abdul Rahman dan Raja-raja meminta agar semua rakyat Malaysia dilayani dengan sama rata:

The Reid Commission reported that Tunku Abdul Rahman and the Malay Rulers had asked that "in an independent Malaya all nationals should be accorded equal rights, privileges and opportunities and there must not be discrimination on grounds of race and creed."

http://en.wikipedia.org/wiki/Article_153_of_the_Constitution_of_Malaysia#cite_ref-2

Laxmana said...

salam...

saya sokong anakmalaysia...

and lagi satu, i think this article should be published to all...

artikel mantap bro... senang2, silelah datang berkunjung ke laman saye... kite kan sesame kawan Aflah... ;)

Anonymous said...

Betul kata saudara Laxmana

Artikel saudara ini harus mendapat perhatian yang lebih luas!

Sekian, selamat maju jaya.

1 said...

Saudara Alias,

Rencana yang menarik dan rasional.

Saya telah merujuk kepada rencana ini di dalam blog saya.

iming said...

GOOD POINT AT THE RIGHT TIME!!

Rakyat Jus Soli said...

Salam,

Ungkaian dan penjelasan serta kaitan tuan berkenaan isu ini amat menarik dan mempunyai mission.

Tetapi, diperlukan beberapa perkara yang perlu bagi merealisasikan perkara ini.

Pada saya, pemimpin kita dahulu telah bersetuju untuk memberi HAK dan KEISTIMEWAAN kepada kaum Menoriti di Malaysia ini dengan memberi Kebebasan menggunakan BAHASA IBUNDA Mereka Di Bumi bertuah ini, SEKOLAH ALIRAN KAUM Mereka Juga di bumi bertuah ini. DAN Sekarang mereka mahukan hak yang sama dengan Kaum MELAYU yang ternyata adalah TUAN MUTLAK kepada TANAH BERTUAH ini. Saudara boleh renung²kan sendiri. ADAKAH Sekolah Beraliran MELAYU di Tanah bertuah ini? Semua adalah SEKOLAH KEBANGSAAN.. Saya Ulangi.. KEBANGSAAN.. Saudara faham apa maksud KEBANGSAAN? iya, tidak dinafikan Melayu Islam punyai Sekolah Agama.. Kenapa Kaum lain tidak mahu tubuhkan Sekolah Agama Tuan??? Tetapi Sekolah Aliran Kaum Sahaja yang dibina?

Tuan bayangkan, dalam masa itu, Tuan² mahukan buku² dari negara Asal tuan².. Jika Kerajaan Malaysia membenarkan, Dimana KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA tuan²?

Itu hanya dalam bahagian PENDIDIKAN sahaja tuan².. Untuk mewujudkan Negara, bukan satu perkara sahaja yang dipandang TUAN!!

Mungkin penjelasan saya ini akan bersifat perkauman sekiranya tuan² tidak menghalusi dengan fikiran positif. Melayu, sentiasa mempunyai sifat² terpuji dan bermaruah. Mungkin 'Perjanjian Baru' yang lebih terperinci diperlukan sebelum Semua rakyat diberi hak sama rata.

Pendapat saya, Sekiranya mereka mahukan hak yang sama rata, mereka perlu meninggalkan bahasa IbundaNya, Sekolah Aliran Nya, beserta Tulisan Mereka.. Mereka perlu BERBAHASA KEBANGSAAN, BERAGAMA KEBANGSAAN, dan BERADAT RESAM KEBANGSAAN dahulu sebelum mereka diberi hak yang sama rata.

Tetapi, nak melaksanakan perkara ini tidak mengambil masa yang singkat. Tuan fikir²kan lah... Sanggupkah Tuan kehilangan Identiti Tempat Asal Usul tuan demi mewujudkan IDENTITI MALAYSIA yang sedang diperjuangkan oleh PEMIMPIN kita????

Maksud MELAYU dalam Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu tidak menyatakan langsung berkenaan RUPA RAKYAT MALAYSIA. Tuan buka lah minda untuk lebih memahami dan ubahlah diri sendiri untuk NEGARA yang selama ini diperjuangkan oleh KAUM MELAYU SAHAJA.

Tuan² Sekelian, Cukup lah apa Pemimpin Melayu Islam perjuangkan demi kesaksamaaan Rakyat. Syarikat² Tuan pun tidak melambangkan SEMANGAT KEBANGSAAN. Sekarang, ramainya kaum bumiputra merempat sebagai pekerja Kontrak untuk servis (Contract for Service, CFS) di kerajaan sendiri akibat dari Tuan² yang tidak membuka peluang kepada kaum bumiputra ini. Tahukan tuan² CFS ini tidak dibayar langsung KWSP mahupun SOCSO. Tuan dapat bayangkan? sekiranya kemalangan semasa bekerja berlaku kepada mereka² ini.. Siapa akan membela mereka? SOCSO pun tiada.. Inilah Rupa KAUM BUMIPUTRA yang diberikan HAK DAN KEISTIMEWAAN!!!! dimana hak dan keistimewaan mereka??!!!

Jika kerajaan tidak meletakkan syarat kaum Bumiputra perlu ada dalam syarikat tuan, saya jamin dan saya YAKIN.. Tiada kaum bumiputra dalam syarikat tuan. BETUL??

Sekian..

Rakyat Jus Soli said...

Salam,

Ungkaian dan penjelasan serta kaitan tuan berkenaan isu ini amat menarik dan terpuji.

Pada saya, pemimpin "kita" dahulu telah bersetuju untuk memberi HAK dan KEISTIMEWAAN kepada kaum Menoriti di Malaysia ini dengan memberi Kebebasan menggunakan BAHASA IBUNDA Mereka Di Bumi bertuah ini, SEKOLAH ALIRAN KAUM Mereka Juga di bumi bertuah ini. DAN Sekarang mereka mahukan hak yang sama dengan Kaum MELAYU di TANAH BERTUAH ini.

Saudara boleh renung²kan sendiri. ADA Sekolah Beraliran MELAYU di Tanah bertuah ini? Semua adalah SEKOLAH KEBANGSAAN.. Saya Ulangi.. KEBANGSAAN.. Saudara faham apa maksud KEBANGSAAN? iya, tidak dinafikan Melayu Islam punyai Sekolah Agama.. Kenapa Kaum lain tidak mahu tubuhkan Sekolah Agama Tuan??? Lupuskan Sekolah Aliran, Bina Sekolah Budha dan Hindu!!

Dimana kesucian Ikrar Negara No 1, KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN tuan²? TIADA Ikrar NEGARA Berkenaan DENGAN BANGSA tuan!!

Itu hanya dalam bahagian PENDIDIKAN sahaja tuan²..

Mungkin kupasan saya ini akan bersifat perkauman sekiranya tuan² tidak menghalusi dengan fikiran positif. Melayu, sentiasa mempunyai sifat² terpuji dan bermaruah. Mungkin 'Perjanjian Baru' yang lebih terperinci diperlukan sebelum Semua rakyat diberi hak sama rata.

Pendapat saya, Sekiranya tuan mahukan hak yang sama rata, tuan perlu meninggalkan bahasa Ibunda Tuan, Sekolah Aliran Tuan, beserta Tulisan tuan.. Tuan² perlu BERBAHASA KEBANGSAAN, BERAGAMA KEBANGSAAN, dan BERADAT RESAM KEBANGSAAN dahulu sebelum Tuan² diberi hak yang sama rata. Jadi Pemimpin (PM) Pun Boleh.

Tetapi, nak melaksanakan perkara ini tidak mengambil masa yang singkat. Tuan fikir²kan lah... Sanggupkah Tuan kehilangan Identiti Tempat Asal Usul tuan demi mewujudkan IDENTITI MALAYSIA yang sedang diperjuangkan oleh PEMIMPIN kita????

Tuan² Sekelian, Pemimpin sudah memperjuangkan kesaksamaaan Rakyat. Syarikat² Tuan yang tidak melambangkan SEMANGAT KEBANGSAAN. Sekarang, ramainya kaum bumiputra merempat sebagai pekerja Kontrak untuk servis (Contract for Service, CFS) di kerajaan sendiri akibat dari Tuan² yang tidak membuka peluang kepada kaum bumiputra ini. Tahukan tuan² CFS ini tidak dibayar langsung KWSP mahupun SOCSO. Tuan dapat bayangkan? sekiranya kemalangan semasa bekerja berlaku kepada mereka² ini.. Siapa akan membela mereka? SOCSO pun tiada.. Inilah Rupa KAUM BUMIPUTRA yang diberikan HAK DAN KEISTIMEWAAN! dimana hak dan keistimewaan mereka?! tetapi kami DIAM sahaja. Kami Patuh kepada Pemimpin!!

Sekian untuk tuan² fikirkan sebaiknya tanpa berpandukan kepada sesuatu kaum..

JaNpIrAtE said...

pandangan yang bijak...
kontrak sosial can't be touch.
its has bee written and already be done.

JaNpIrAtE said...

nice statement...
social contract can't be alter no matter what happens..its has been written and already done.

thats why Military under Malay's Kings control. so , keep dreaming. :P

DAP GANTI PAS said...

Saya yakin Alias Mohamad Yusof samada nama samaran sebagai pemilik blog ini,atau seorang keturunan cina atau india. Jika benar melayu merupakan spesis yang sama dengan Othman Wok ahli parti PAP Singapura yang percaya kepada hak samarata dan dasar multi-perkauman dan anti raja-raja melayu yang telah membawa kepada kehancuran melayu singapura.

Kontrak sosial asas pembentukan Malaysia.Org melayu setuju beri wargenegara kepada orang cina dan india. sebagai balasannya mereka mengiktiraf ketuanan melayu, raja-raja melayu dan hak istemewa orang melayu.

Anonymous said...

Cina n india kafir sila berambus dari bumi melayu.menyemak aja

Boikot Barangan Yang Membiayai Kekejaman Israel

my playlist


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com