Yang membezakan seseorang itu Islam atau tidak ditentukan
oleh pegangan akidahnya. Sekalipun mereka mengaku orang Islam tetapi kalau
pegangan akidahnya tidak menepati akidah yang dijelaskan oleh Quran maka tidaklah
termasuk mereka itu golongan yang orang beriman atau Islam.
Sebelum tahun 1960 an dulu, orang-orang Melayu banyak
mengamalkan perkara-perkara kurafat dan syirik. Mereka percaya kepada kubur dan
‘keramat’ untuk memohon hajat dan pertolongan. Bomoh dan ilmu sihir telah
menjadi sebahagian terpenting kaedah menyelesaikan masalah dalam kehidupan
mereka.
Walaupun mereka ketika itu mengaku sebagai orang Islam
tetapi dari segi pegangan akidahnya memang jelas mereka telah terkeluar dari
pegangan akidah yang telah digariskan oleh Quran.
Samada mereka itu mati masuk neraka atau masuk syurga
disebabkan pegangan akidah mereka yang salah itu, hanya Tuhan sahaja yang tahu
dan Dia saja yang menentukannya, tidak ada hak untuk kita mengatakan mereka itu
mati masuk neraka.
Tentang perbuatan syirik atau mempersekutukan Tuhan dengan
benda-benda lain itu memang jelas diterangkan dalam Quran sebagai akidah yang
salah dan terkeluar dari Islam. Mana-mana mazhab pun sependapat tidak
mempersoalkan perkara ini.
Walaupun soal akidah ini telah diterangkan di dalam Quran, tetapi
ada dua aliran yang besar dalam pemahaman terhadap kewujudan Allah melalui
pentafsiran mereka terhadap apa yang diterangkan oleh Quran.
Aliran yang pertama memahami sifat-sifat Tuhan melalui Quran
secara tersirat atau takwil. Tuhan tidak bertempat, tidak ada bandinganNya
dengan makhluk, keadaan dzat Allah itu tidak boleh dibayang dan digambarkan.
Manakala aliran yang kedua pula mempercayai sifat-sifat
Tuhan itu melalui Quran secara tersurat. Mereka mengatakan Tuhan itu bertempat,
Tuhan bertangan, Tuhan tinggal di langit dan duduk di atas Arasyi seperti tercatat
dalam Quran.
Oleh kerana sifat dan keadaan dzat Tuhan itu tidak ada
bandingannya dengan makhluk, maka sudah tentu sukar untuk menerangkan
sifat-sifat Tuhan itu kepada manusia. Oleh itu tidak hairanlah kalau sifat Tuhan
itu mustahil untuk diterangkan secara tersurat, melainkan harus secara tersirat
atau takwil itulah yang lebih sesuai untuk Allah menerangkan sifat-sifatNya.
Tetapi malangnya ramai menuduh cara pemahaman akidah aliran
kedua itu diamalkan oleh golongan Wahabi yang diasaskan oleh Muhammad Abdul
Wahab. Persoalannya, benarkah golongan Wahabi dan pengasasnya Muhammad Abdul
Wahab berpegang kepada akidah dari jenis aliran kedua ini?
Muhammad Abdul Wahab terkenal sebagai ulamak yang giat
memerangi amalan kurafat dan bidaah di kalangan masyarakat di SemenanjungTanah
Arab. Saya difahamkan tidak ada buku-buku yang ditulis oleh Muhammad Abdul
Wahab yang boleh dijadikan bukti yang beliau berpegang kepada jenis akidah
aliran kedua ini.
Seperti tidak masuk akal dan agak kontradik, seorang yang
memerangi amalan kurafat dan bidaah yang mahu memelihara kesucian tauhid, dan
dalam masa yang sama terjebak dalam aliran akidah yang salah. Apakah ini hanya
satu tuduhan dan tomahan bagi memburuk-burukan diri beliau?
Akidah Nabi Isa tidak mestinya sama seperti akidah penganut
Kristian, walaupun mereka mendakwa mereka mempunyai akidah yang sama seperti
Nabi Isa. Akidah Ali bin Abi Talib tidak mestinya sama dengan akidah golongan
Syiah, walaupun orang Syiah selalu mendakwa akidah mereka sama seperti akidah
Ali bin Abi Talib.
Dan satu lagi persoalannya, betulkah golongan yang bermazhab
Wahabi mendakwa diri mereka berpegang kepada akidah jenis aliran kedua ini?
Masalahnya, siapakah ulamak yang boleh bercakap bagi mewakili golongan atau
mazhab Wahabi? Begitu juga, siapakah ulamak yang boleh bercakap bagi mewakili
golongan atau mazhab ahli sunah waljamaah? Bagaimana pegangan akidah rasmi dari
kedua-dua mazhab atau golongan ini?
Ramai orang awam di Malaysia mengaitkan akidah jenis aliran
kedua ini dipegang oleh golongan Wahabi. Saya rasa ini hanyalah tuduhan yang
tidak berasas dan tomahan semata. Saya percaya akidah jenis aliran kedua ini
memang ada dipegang oleh orang dan kumpulan-kumpulan tertentu, tetapi untuk
mengatakan mazhab Wahabi berpegang kepada aliran akidah jenis ini, tidaklah
benar.
Mungkin dalam mazhab ahli sunah wal jamaah pun terdapat
orang-orang yang berpegang kepada jenis akidah aliran yang kedua ini. Tambahan
pula mazhab selalu dikaitkan dengan perbedaan masalah fiqh. Orang bermazhab
Shafie sebagai contoh, tidak semestinya mereka mempunyai kefahaman akidah yang betul-betul
sama dengan pengikut mazhab Shafie yang lain.
Seperti sudah menjadi trend di Malaysia, ulamak arus perdana
di Malaysia melabelkan ulamak-ulamak yang mempunyai amalan yang berbeza dengan
mereka sebagai golongan Wahabi yang ditakuti.
Mereka melabelkan ulamak yang menolak amalan membaca Yasin
di malam Jumaat, menolak majlis tahlil, menolak amalan marhaban, tidak membaca
doa Qunut sebagai ulamak Wahabi.
Tambah malang lagi ada ulamak yang dituduh Wahabi kerana
hanya berbeza pandangan politik dengan parti yang memerintah.
1 comment:
Assalamualaikum, Alias.
Ini Wahabi. bagaimana pula dgn Ahmadiyyah?
Saya ada kawan yg berpegang pada Ahmadiyyah.
disebabkan ahli Sunnah wal Jamaah kata mereka sesat.
mereka tidak boleh sembahyang belakang ahli Sunnah wal Jamaah, kata mereka, mereka takut tak khusyuk sembahyang.
saya ada belajar sikit2 pasal mereka, apa yg saya nampak dr segi solat dan fardhu ain sama dgn ahli Sunnah wal Jamaah.
cuma pentafsiran Al-Quran dan juga pemahaman mere dlm ayat Al Quran ada sedikit perbezaan.
Alias boleh bagi email? saya rasa tak boleh nak cerita panjang dalam comment. saya agak curious dgn mereka. pls hantar email pada saya utk bincang lebih panjang. ms.maizatun@gmail.com and tolong delete comment ni.
Post a Comment