Cuti hari Malaysia hari tu sey ado
balik kampung. Sampai di kampung, omak sey cakap ado jiran namo Husin (bukan
namo sobonar) nak buek kenuri doa selamat malam tu. Mulo tu maleh yo nak poie
tompi sobab omak sey kuek yo ngajak, sey pun setuju lah.
Sey samo omak sey sampai ghumah
Husin dalam pukul 9.00 malam. Majlis doa selamat baru nak mulo. Husin sebagai
tuan ghumah membori sedikit ucapan dan kato alu-aluan. Husin menorangkan tujuan
majlis doa selamat itu diadokan adolah sebagai tando kesyukuran atas kemenangan
beberapa orang kampung itu dalam parti UMNO untuk jawatan Ketuo Bahagian dan
Ketua Wanita.
Ketua Bahagian dan Ketua Wanita
peringkat mano sey pun tak berapo pasti, sey pun tak ambik pot bonar pasal
organisasi politik ini, baik parti UMNO mahupun parti Pakatan Rakyat. Yang
pasti eh bukanlah Ketua Wanita UMNO Malaysia, yang masih disandang oleh Dato’
Shahrizat Jalil itu.
Solosai Husin membori kata-kata
aluan, dio mintak imam membacokan doa untuk majlis itu. Sebolum imam membaco doa,
dio cakap sambil menyindir bercampur lawak, “ini bukan doa selamat, ini doa UMNO”.
Tersongeh Husin dan hadiran mendongar sindiran tajam imam itu.
Lopeh selosai doa selamat
dibacokan, Husin menjomput hadiran untuk menikmati makanan barbeque yang
disediokan di kawasan lapang di luar ghumahnya.
Sambil menikmati hidangan yang agak
lazat juga itu, ado seorang bernamo Adang Kemi (juga bukan namo sebonar) sodang
rancak bercerito. Sey pun cubo menghampiri kumpulannya itu memasang telingo
untuk mendongar apo yang diceritokan oleh beliau itu. Ini mesti ado cerito sodap,
sobab itu ramai yang berkumpul mendongar cerito dia.
Adang Kemi adolah penduduk asal kampung
itu juga. Dio tigo tahun lobih tuo dari sey. Dio memang pandai bercerito, sapo
pun memang gomar dongar dio bercerito, dio bercerito sambil belawak. Memang tak
jomu mendongar cerito dio.
Dio bercerito kisah-kisah lamo yang
berlaku di kampung dan pokan Kuala Pilah. Cerito berkisar dengan kehidupan dan
aktiviti orang kampung di maso dulu. Kisah kotam rambut tukang gunting Mat Tepeng
yang menyopit, kisah main hoki buah pinang, kisah senapang buluh buah cenoghai,
kisah melastik burung, kisah menjual ayam ngoram, kisah menjual pucuk gelugor
dan berbagai-bagai kisah lagi hinggalah kepada kisah daifnya keadaan jalan di
kampung di masa tahun 60 an dulu.
Setelah mengimbau kisah-kisah
mundur, susah dan miskin di masa dulu, dia cubo membandingkan dengan kehidupan
yang amat selesa di zaman ini. Akhirnya beliau cubo menyedarkan dan menginsafkan
pendengar-pendengar ceritonya supaya terus menyokong UMNO, kerana semuo
pembangunan dan keselesaan yang dinikmati oleh orang kampung pada hari ini
adolah disobabkan UMNO.
Begitulah parti UMNO menggunakan
macai seperti Adang Kemi ini untuk terus memperbodohkan orang-orang kampung.
Tidakkah macai ini tahu, Singapura yang tidak ado UMNO itu telah lobih maju
dari Malaysia?
Kalau UMNO sudah jadi kerajaan,
memang tanggungjawab UMNO lah untuk membangun dan menyediakan segala kemudahan,
hasil dari cukai yang dikutip dan sumber bumi Negara ini. Kalau diberi kepada
parti lain, pembangunan akan dilaksanakan juga.
UMNO terus memperbodohkan macai dan orang
kampung untuk mereka terus berkuasa. Dengan kuasa yang ada, kumpulan elit UMNO
dan kroninya akan terus dapat membalun kekayaan Negara tanpa diganggu gugat.
1 comment:
Haktuihhh
Post a Comment