Menjadi matlamat setiap syarikat yang terlibat dengan
perniagaan untuk mencari keuntungan sebanyak yang mungkin. Termasuklah syarikat
yang terlibat dalam perniagaan insuran.
Keuntungan yang diperolehi oleh syarikat insuran banyak
bergantung kepada berapa ramai bilangan pelanggan mereka yang membuat tuntutan
dalam setiap tahun.
Lebih ramai pelanggan membuat tuntutan menyebabkan syarikat
insuran terpaksa mengeluarkan jumlah gantirugi yang besar dan ini akan menjejaskan
kewangan dan keuntungan syarikat.
Satu cara untuk syarikat insuran mengelakkan kerugian ialah
dengan menaikkan harga insuran yang dikenakan kepada pelanggan mereka. Tetapi
syarikat insuran tidak boleh menaikkan harga terlalu tinggi kerana mereka juga
bersaing dengan beberapa syarikat insuran yang lain. Kalau harga yang dikenakan
terlalu tinggi, pelanggan mereka akan lari ke syarikat insuran lain.
Oleh itu untuk memastikan harga insuran berada pada tahap
yang rendah, jenayah mestilah juga berada pada kadar yang rendah. Kurang jenayah
maka kuranglah berlaku kecurian kenderaan, dan kuranglah pelanggan membuat tuntutan
gantirugi kepada syarikat insuran.
Keupayaan dan kecekapan polis untuk menyelesaikan kes curi
kenderaan juga mestilah berada pada tahap yang tinggi. Kalau kenderaan yang
dicuri dapat ditemui oleh polis dengan cepat, sudah tentu syarikat insuran
tidak perlu membayar ganti rugi kepada pelanggannya.
Satu perkara lagi faktor yang membuatkan pelanggan menuntut pampasan
ialah bila berlaku kemalangan kepada kenderaan. Kenderaan yang terlibat dengan
kemalangan perlu dibaiki atau diganti baru, dan kosnya ditanggung oleh syarikat
insuran. Lebih ramai pelanggan membuat tuntutan, lebih banyaklah kos yang
terpaksa ditanggung oleh syarikat insuran. Untuk mengelak dari terus mengalami
kerugian, syarikat insuran tidak ada pilihan selain dari menaikan kadar premium
atau harga insuran yang dikenakan kepada pelanggan mereka.
Itu belum termasuk lagi kerugian yang ditanggung oleh
syarikat insuran disebabkan penipuan yang dilakukan oleh bengkel-bengkel kereta
yang mengenakan caj membaiki yang jauh lebih tinggi dari caj sebenar.
Bagaimana kemalangan dapat dikurangkan? Ini perlu kepada
pemandu yang berhemah, kenderaan yang selamat dan jalanraya yang sempurna.
Bagaimana kecurian dapat dikurangkan? Ini melibatkan moral
dan akhlak rakyat Negara ini.
Yang pastinya harga insuran yang dikenakan oleh syarikat
insuran kepada kita itu sangat berkait rapat dengan sikap kita semua.
1 comment:
Haramkan kereta di bawah 2000 cc.Op cantas di laksanakan secara berterusan.Jimat subsidi petrol dan tingkatkan pengangkutan awam.Lanskap perumahan berkelompok baru mesti bercirikan green tech dan mudah acces kpd pengankutan awam ke bandar kecil dan besar.Insurans kereta jadi murah.
Post a Comment