Pembahagian harta pusaka kepada waris-waris yang berhak
menerima sangat jelas diterangkan di dalam Quran yang kita kenali sebagai
Faraid. Sebagai orang yang beriman yang mengaku Tuhan itu Maha Bijaksana, Maha
Adil dan Maha Mengetahui tentulah kita tidak akan mengatakan sistem pembahagian
harta pusaka yang dicipta oleh manusia lebih baik dari sistem faraid.
Dalam sistem Tanah Adat Perpatih, tanah adat hanya boleh
diwariskan kepada anak-anak perempuan sahaja. Kalau kebetulan sebuah keluarga
itu hanya ada mempunyai anak lelaki sahaja, yang berhak mewarisi tanah adat
keluarga itu ialah anak perempuan dari adik beradik perempuan kepada ibu keluarga
itu.
Kepada penyokong-penyokong Adat Perpatih yang taksub, yang
berpegang kuat kepada kata-kata “biar mati anak jangan mati adat”, suka saya
mengingatkan mereka dengan firman Tuhan ini:
Dan apabila dikatakan kepada mereka: “Ikutilah apa yang
telah diturunkan Allah,” mereka menjawab: “(Tidak), tetapi kami hanya mengikuti
apa yang telah kami dapati dari (perbuatan) nenek moyang kami”. “(Apakah mereka
akan mengikuti juga), walaupun nenek moyang mereka itu tidak mengetahui suatu
apapun, dan tidak mendapat petunjuk?”--(Al Baqarah ayat 170)
Berbagai-bagai alasan diberikan oleh mereka yang kuat
mempertahankan sistem tanah adat perpatih ini supaya ia dikekalkan, antaranya:
Sistem Tanah Adat Perpatih dikatakan dapat memberi
perlindungan kepada kaum wanitanya. Contohnya, kalau berlaku perceraian,
tidaklah mereka itu hidup merempat kerana sekurang-kurangnya mereka memiliki
tanah. Orang lelaki bila berkahwin dengan wanita Negeri Sembilan, mereka suami
isteri akan tinggal di atas tanah adat milik ibu wanita itu dan wanita itu akan
mewarisi tanah adat itu sekiranya ibunya meninggal dunia. Lelaki dan isterinya
boleh tinggal di dalam rumah mertuanya atau membina rumah berasingan di atas
tanah yang sama.
Oleh itu apabila berlaku perceraian, lelaki itu akan keluar
dari rumah yang dibina di atas tanah adat milik isterinya, sedangkan si isteri
terus dapat tinggal di tanah adat itu tanpa menjejaskan kehidupannya. Dengan
itu kaum wanita dapat perlindungan dari sistem Tanah Adat Perpatih ini.
Apakah Tuhan kurang bijak sehingga Dia terlupa untuk
memasukkan unsur memberi perlindungan kepada kaum wanita semasa Dia mencipta
sistem Faraid?
Kita kena ingat, bagaimana hebat pun pemikiran manusia ini
tidak akan dapat menelah hikmah peraturan yang telah ditetapkan oleh Tuhan itu,
sesungguhnya Dialah yang lebih mengetahui tentang makhluk yang Dia ciptakan.
Perhatikan firman Tuhan ini:
(Pembahagian itu) ialah sesudah diselesaikan wasiat yang
telah diwasiatkan oleh si mati, dan sesudah dibayarkan hutangnya. lbu-bapa kamu
dan anak-anak kamu, kamu tidak mengetahui siapa di antaranya yang lebih dekat
serta banyak manfaatnya kepada kamu (Pembahagian harta pusaka dan penentuan
bahagian masing-masing seperti yang diterangkan itu ialah) ketetapan dari
Allah; sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana. –(An
nisaa ayat 11)
Mereka yang kuat mempertahankan sistem tanah adat ini juga
mengatakan, tanah adat ini bukan hak milik mutlak penama tanah tersebut tetapi
ia adalah tanah yang diwakafkan kepada suku masyarakat tersebut. Suku adalah
puak yang disandarkan kepada keturunan mengikut jurai (perut) ibu. Di Negeri
Sembilan terdapat 12 suku yang berlainan. Antara suku-suku yang terdapat di
sana ialah Suku Biduanda, Suku Tanah Datar, Suku Seri Melenggang, Suku Paya
Kumbuh dan Suku Selemak. Nama-nama suku ini diambil berdasarkan nama-nama asal
tempat mereka datang di Sumatera sana.
Hubungan sesama suku sangat erat, bagaikan saudara rapat,
hinggakan lelaki dan wanita yang datang dari suku yang sama tidak dibenarkan
berkahwin walaupun dari segi agama mereka halal untuk berkahwin.
Mereka mendakwa pihak berkuasa agama Islam dan instutusi
agama Islam di Negeri Sembilan telah menyepakati bahawa pembahagian pusaka
dalam sistem Tanah Adat ini tidak bercanggah dengan Islam kerana ia merupakan
tanah yang diwakafkan kepada suku. Manakala penama tanah itu hanyalah sebagai
pemegang amanah kepada tanah tersebut. Pemegang amanah ini akan diwariskan
kepada anak perempuan dari jurai (nasab) ibu sebagai perut suku.
Perkataan ‘wakaf’ yang dirujuk oleh mereka itu sangat kabur
dan meragukan, adakah mulut mereka sahaja yang mengatakan ‘wakaf’? Padahal
belum pernah kita mendengar takrifan wakaf sedemikian rupa yang telah dilakukan
oleh Nabi Muhammad s.a.w, jauh sekali adanya nas dalam Quran yang membenarkan
wakaf yang sedemikian.
Apakah yang dimaksudkan dengan wakaf menurut ajaran Islam?
Apakah tanah boleh diwakafkan kepada suku atau satu kelompok masyarakat,
kemudian dibenarkan seorang individu untuk mengerjakan tanah dan mendirikan
rumah untuk keuntungan atau faedah individu tersebut? Apakah Nabi pernah
membenarkan wakaf dalam bentuk yang demikian?
Selain dari masyarakat yang mengamalkan Adat Perpatih,
pernahkah ada pihak-pihak lain di dunia Islam yang mewakafkan tanah mereka sama
seperti yang berlaku dalam sistem Tanah Adat Perpatih ini.
Harap ahli agama di Negeri Sembilan perlu menilai semula apa
yang mereka dakwa selama ini sistem Tanah Adat itu adalah menggunakan konsep
tanah wakaf yang tidak bercanggah dengan ajaran Islam.
Kadang-kadang institusi agama dan ahli-ahli agama di Negeri
Sembilan lebih suka duduk dalam zon selesa, tidak mahu berkonfrantasi dengan
ketua-ketua masyarakat dan ketua-ketua adat sehingga enggan hendak mengeluarkan
pendapat yang berlawanan. Tetapi ingatlah, mereka sebagai golongan yang lebih
arif tentang Quran dan ajaran agama hendaklah ingat dengan amaran keras oleh
Tuhan ini:
“Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan hukum-hukum ,
ayat-ayat yang diturunkan Allah dari al-Kitab, dan membeli dengannya harga yang
murah, mereka itu tidak makan dalam perut mereka melainkan api Neraka…! dan
Allah tidak akan berkata-kata kepada mereka pada hari Qiyamat, tidak
membersihkan mereka (dari dosa2 mereka) dan bagi mereka azab yang sangat
pedihh!!”--(Surah al-Baqarah: ayat 174-176)
Ada juga penyokong adat ini memberi alasan, kalau sistem
Tanah Adat ini bercanggah dengan ajaran Islam, kenapa Mufti Negeri Sembilan dan
Ahli-ahli agama di Negeri Sembilan tidak pernah menunjukkan tanda tidak
bersetuju sedangkan mereka lebih arif dalam soal agama berbanding kita orang
biasa? Quran dan hadis yang dibaca oleh mereka adalah Quran dan hadis yang sama
juga dibaca oleh kita orang biasa. Tidaklah menjadi dosa kalau kita orang biasa
memberi pandangan dan teguran sekiranya ada perkara-perkara yang kita tahu dan
kita fikirkan tidak sesuai dengan ajaran Quran dan Hadis. Manusia bukan Nabi
yang maksum, tidak terlepas dari kesalahan.
Ustaz Azhar Idrus juga pernah mengkritik sistem pembahagian
Tanah Adat dalam ceramahnya (boleh dilihat di link berikut):
Sistem tanah adat Perpatih ini mungkin sangat unggul dan sesuai
pada zaman ia dicipta oleh pengasasnya ratusan tahun dahulu, di masa itu masyarakat
hidup berasaskan pertanian sara diri. Itulah kelemahan sistem ciptaan manusia,
ia hanya sesuai untuk satu-satu masa tetapi tidak untuk sepanjang masa.
Sekarang kita telah masuk kepada masyarakat industri, sosio-ekonomi masyarakat
telah jauh berbeza. Sekarang barulah kita nampak banyak kelemahan-kelemahan
hasil dari pengekalan sistem Tanah Adat ini.
Tetapi yang lebih penting, kita perlu betulkan semula sistem
tanah adat ini supaya ia menurut ajaran Islam yang murni. Kalau air di hulu
sudah keruh, air yang sampai di hilir akan keruh juga. Kalau sistem tanah adat
ini telah bercanggah dengan Islam, maka hasil yang diperolehi dari tanah adat
ini, samada hasil kebunnya, perniagaan dan harta lain yang diperolehi dari
mengusahakannya akan menjadi subahat yang tidak lagi ketentuan halal haramnya.
Tamsilannya samalah seperti kita mengambil rasuah, hasil
dari duit rasuah itu kita buat perniagaan, keuntungannya kita beli harta,
kemudian harta dan duit itu kita guna pakai dan wariskan pula kepada anak-anak
kita. Sudah tentulah halal dan haram tidak ketentuan lagi.
Masyarakat kita hari ini tidak lagi bergantung kepada
pertanian sara diri, ramai anak-anak Negeri Sembilan telah berpindah ke tanah
rancangan felda, berpindah ke bandar-bandar besar serata Negara bekerja di
kilang-kilang dan jabatan kerajaan. Kebanyakan mereka terus menetap di tempat
mereka bekerja dan tidak mahu lagi balik ke kampung. Akhirnya banyaklah rumah
tinggal dan terbiar di kampung-kampung kerana anak-anak keberatan untuk pulang dan
menetap di kampung.
Oleh kerana tanah adat ini milik suku maka penamanya
(pemegang amanah) tidak boleh menjual kepada orang lain kecuali kepada ahli
suku mereka saja. Di zaman sekarang ini adalah perkara biasa orang Melayu dari
luar Negeri Sembilan bekerja di jabatan kerajaan, kilang-kilang, pelbagai
syarikat multinasional, institusi pengajian tinggi dan sekolah-sekolah di
Negeri Sembilan. Mereka tinggal di sana untuk jangka panjang, mereka berminat untuk
membeli tanah-tanah terbiar di sepanjang jalan utama di pinggir-pinggir Bandar di
Negeri Sembilan. Tetapi masalahnya tanah-tanah adat itu tidak boleh dijual
kepada mereka. Akhirnya tanah terbiar yang menjadi belukar, rumah menjadi usang
tanpa penghuni.
Sekarang ini kalau kita pergi melihat kawasan
kampung-kampung tradisional di Negeri Sembilan, adalah pemandangan biasa kalau
kita melihat orang-orang tua tinggal bersendirian yang diselangi tanah
jiran-jiran mereka yang telah ditumbuhi belukar dengan rumah usang tanpa
penghuni.
Dalam masyarakat Adat Perpatih, orang lelaki yang berkahwin
dengan wanita di sebuah kampung itu dipanggil orang semenda (somondo) kepada
suku isterinya, dia diamanahkan untuk menjaga dan mengusahakan tanah dan harta
pesaka isterinya. Secara automatik orang lelaki yang berkahwin ini akan tinggal
dan menetap di tanah adat yang akan diwarisi oleh isterinya. Lelaki ini dan isterinya
mungkin tinggal sebumbung dengan mertuanya ataupun mendirikan rumah berasingan di
dalam tanah adat yang sama.
Semua kebajikan ibubapa si isteri akan dijaga oleh pasangan
suami isteri ini. Kelihatannya tanggungjawab untuk menjaga ibubapa dalam masyarakat
adat Perpatih terutama semasa mereka tua terletak atas bahu anak perempuan
dengan dibantu oleh suaminya. Ini tidak jadi masalah, kerana norma ini telah
diterima pakai dengan baik oleh masyarakat adat perpatih. Tidaklah akan menjadi
kesalahan dan cacian kalau anak lelaki tidak mengambil berat kebajikan atau
tidak menjaga ibubapa mereka. Sebaliknya adalah menjadi kesalahan kalau anak
perempuan tidak mahu atau enggan menjaga ibubapa mereka.
Norma ini sangat bertentangan dengan ajaran Islam. Dalam Islam
tanggungjawab utama untuk menjaga ibubapa terutama semasa mereka tua adalah
terletak dibahu anak lelaki.
Ibubapa dalam masyarakat adat Perpatih lebih selesa dan
tidak berasa kekok tinggal di rumah anak perempuan mereka berbanding kalau
berada di rumah anak lelaki mereka.
Kalau di masa dulu, adalah suatu yang normal jika di hari
mantai atau di malam raya, orang lelaki yang telah berkahwin akan berada di
rumah mertuanya bersama-sama isterinya, dan akan di pandang janggal oleh
masyarakat kalau lelaki itu membawa isterinya ke rumah ibubapa lelaki tersebut
di waktu-waktu itu.
Apabila masyarakat adat Perpatih ini telah terdedah kepada
budaya orang Melayu di luar Negeri Sembilan, kerana ramai penduduknya yang pergi
bekerja di luar Negeri Sembilan, malah ada yang telah berkahwin dengan orang
Melayu dari negeri-negeri lain, maka berlakulah pertembungan norma dan nilai
yang berbeda. Ada kalanya boleh menimbulkan konflik keluarga jika tidak ada
tolenrasi antara mereka.
Selain dari masalah tanah adat yang terbiar, di bawah
diceritakan beberapa kes, dimana terdapatnya kelemahan-kelemahan sistem tanah
adat ini yang boleh menjadi renungan kita bersama:
Kes 1:
Banyak saya perhatikan, sedih juga melihat keadaan di mana
ibu tinggal seorang diri di rumah yang semakin usang di atas tanah adat di
kampung-kampung. Sedangkan anak lelaki mereka bekerja di Bandar, berjawatan
tinggi dan bergaji besar.
Kerana sudah biasa hidup suasana kampung, ibu-ibu ini tidak
berasa selesa untuk tinggal dengan anak-anak mereka di Bandar, apatah lagi rasa
kekok bila tinggal serumah dengan menantu perempuan. Bagi si ibu, tanah adat
yang diwarisinya itu adalah tanah kepunyaannya dan dia mahu mati di situ.
Kepada anak lelaki pula, mereka mahu kalau ibu mereka
tinggal sekali dengannya di Bandar, di rumah besar, selesa dan mempunyai
kemudahan yang serba lengkap. Anak-anak lelaki ini tidak mahu membina rumah
yang baru untuk ibu mereka di tanah adat kepunyaan ibu mereka di kampung atas
alasan rumah itu nanti tidak akan dapat diwarisi oleh mereka atau anak-anak
mereka selepas ibu mereka meninggal dunia. Kerana mengikut adat Perpatih, tanah
adat diwarisi oleh anak-anak perempuan sahaja.
Inilah sebahagian dilema yang dihadapi oleh orang-orang di
tanah adat. Ditelan mati emak, diluah mati bapa, akhirnya anak yang mati. Perbilangan
adatnya memang cantik, dalam cantik itu ada yang tak kena. Renung-renungkan.
Kes 2:
Di bulan puasa
baru-baru ini di kampung saya ada seorang wanita meninggal dunia kerana barah.
Dia adalah ibu tunggal mempunyai tiga anak lelaki. Semua anak-anaknya sudah
berumahtangga dan menetap di bandar. Wanita ini tinggal di atas tanah adat
miliknya dan telah membina rumah yang agak cantik juga, saya anggarkan harga
rumah ini tidak kurang dari RM200,000. Mengikut adat Perpatih, oleh kerana
beliau tidak ada anak perempuan, maka waris yang berhak untuk mendiami rumah
tersebut ialah anak saudaranya yang perempuan dari anak kepada adik beradik
perempuan si mati. Itulah sistem adat perpatih, anak buah perempuan lebih
berhak dari anak lelaki sendiri.
Kes 3:
Ada kawan lelaki saya berkahwin dengan wanita Negeri
Sembilan. Lelaki itu telah membina rumah banglo untuk kediaman mereka berharga
RM2 juta di atas tanah adat milik wanita itu. Jodoh mereka tidak panjang,
selepas berkahwin selama 6 tahun mereka bercerai tanpa mempunyai anak. Oleh
kerana tanah adat tidak boleh dijual maka lelaki itu tidak dapat menuntut
apa-apa, walaupun beliau sendiri yang telah mengeluarkan belanja membina rumah
itu. Sebaliknya lelaki itulah yang kena keluar dari rumah tersebut selepas
mereka bercerai.
Sekarang ini semuanya terserah kepada warga adat di Negeri
Sembilan, jika mereka sepakat untuk membersihkan sistem Tanah Adat ini kepada
cara Islam, maka itu adalah pilihan yang terbaik dan sangat berkat kepada mereka.
Dengan adanya keazaman politik, nasihat yang benar dari ahli-ahli
ugama dan persetujuan ketua-ketua masyarakat sendiri, semua tanah-tanah adat di
Negeri Sembilan ini bolehlah ditukar menjadi milik mutlak kepada penama atau orang-orang
yang tinggal di atas tanah itu. Dan gantikanlah segala urusan yang berkaitan
dengan tanah itu mengikut ajaran Islam. Apa yang telah berlaku di masa silam,
anggaplah ia sebagai kesilapan, moga Tuhan ampunkan dosa kita semua. Apabila
kita telah insaf dan kembali kepada Islam dengan sukarela dan atas rasa taqwa,
maka yang lampau itu tidaklah menjadi dosa lagi.
Kepada diri saya pula, saya tidak ada apa-apa kepentingan
dalam memperjuangkan perkara ini melainkan atas rasa tanggungjawab agama
sahaja. Saya juga tidak teragak-agak untuk menolak dari menerima bahagian saya jika tanah adat ini di bahagi-bahagikan mengikut
cara faraid pada masa akan datang.
Saya juga ada menulis beberapa artikel yang berkaitan adat
Perpatih di link berikut:
Kontrak Sosial dalam adat Perpatih
Kalau tak masuk suku, macamana ekau nak kawin
Demokrasi bukan milik Amerika
33 comments:
Sebelum pergi lebih jauh afa baiknya kita fahami maksud Ahlul-Bait terlebih dahulu, Ahlul Bait bermaksud MATRILINEAL atau secara zahirnya Ahli Rumah dan secara rohani atau batinnya bermaksud Rumah menyimpan solbi atau NASAB IBU. Jika dirujuk pada keturunan Rasulallah ianya lebih mrnjurus pada Isteri-Isteri, Puteri-Puteri, Cucunda-Cucunda Perrmpuan, Cicit-Cicit Perempuan Rasulallah SAW dan seterusnya. Bani bermaksud salasilah keluarga atau sekadar ibni/bin/binti atau Nasab Bapa, nasab tahap keempat selepas IBU KAMU, IBU KAMU dan IBU KAMU. Setiap kejadian yang wujud dimuka bumi ini pasti beribu termasuk unggas, serangga dsb seperti anai-anai, lebah, semut dsb. Bagi sandaran manusia syurga itu di bawah tapak kaki IBU, Nasab Ibu dibawa kemati seperti mana apabila dibacakan talkin pada simati akan disebutkan simati bin/binti IBU simati. Nasab bapa cuma sekadar tinggal bin atau binti sahaja di dunia. Banyak kali Rasulallah SAW berpesan supaya mrnjaga Ahlul-Bait baginda, begitu dengan hadis yang menyebut 1 anak perempuan itu bagus, dua lagi bagus dan 3 ke atas lebih bagus. Surah An Nisa' adalah surah perempuan bukan lelaki. Nasab ayah tidak memberi apa-apa maana bagi Rasulallah SAW memandangjan baginda tiada mempunyai zuriat lelaki yang hidup lama, brgitu juga dengan Nabi Isa AS, Nabi Allah Adam dan Hawa. Putera yang lahit dari Nasab Ibu keluarga Rasulallah SAW itulah yang dipanggil anak mukjizat atau PUTERA AHLUL-BAIT. Putera Ahlul-Bait akan terputus taraf Ahlul-Bait pada generasi berikutnya. Muhamad ibni Abdullah iaitu Putera Ahlul Bait pasti akan lahir dari Nasab Ibu, sunnah yang satu-satunya dijunjung oleh oleh ADAT PEPATIH yang mengamalkan 2 cara pembahagian harta iaitu 1. Harta Pusaka atau tanah adat. 2. Harta pencarian yang dibahagi mengikut landasan syariah. Ada ke adat lain dalam dunia ini yang diamalkan oleh setiap jenis bangsa yang menjunjung Ahlul-Bait atau Nasab Ibu selain dari adat pepatih???
May i know what was so fantastic??? Apa dengan mendahului Rasulallah yang secara terang lagi bersuluh memulakan era Nasab keturunan dari Nasab Ibu dan anda bangga menentang? Sudah jelas dan nyata Putera Ahlul-Bait Muhammad ibni Abdullah atau Al'Mahadi akan lahir dari Nasab Ibu keturunan Rasulallah dan akan diiringi oleh 313 pemuda dari keluarga tahap keempat Bani Tamim serta diiringi juga oleh Al' Masih dari Nasab Ibu yang tidak berbapa...sunnah yang dijunjung oleh adat pepatih yang mendahulukan Ahlul-Bait!!! Ada baiknya anda bawa bertaubat!!! Indak dapek ambo nak manolong do.
Kita harus bersyukur di atas kekeliruan Yahudi laknatullah didalam mengertikata dan mentafsir maksud Ahlul-Bait dan Bani. Sepatutnya kecelaruan yang sama tidak seharusnya berlaku pada masyarakat Islam keseluhannya diempat penjuru dunia. Rasanya hingga kesaat ini para ulamak dan para cendikiawan Islam masih dalam keaadaan teraba-raba mencari ertikata sebenar Ahlul-Bait dan tidak menjadi apa-apa rintangan bagi keturunan Minangkabau yang mengamalkan adat pepatih. Allah Taala telah menetapkan setiap satu kejadianNya dalam berpasangan, begitu jugalah yang diamalkan oleh adat pepatih didalam membahagikan harta: 1. TANAH ADAT atau TANAH PESAKA pada NASAB perut ibu dan: 2. TANAH PENCARIAN atau HARTA PENCARIAN mengikut peraturan Syariah. Sepertimana halnya dengan PUTERA AHLUL-BAIT AL MAHADI dari NASAB IBU yang diiringi oleh 313 pemuda BANI TAMIM dari NASAB BAPA disertai NABI ISA AL'MASIH dari PUTERA BERIBU dan tiada BERBAPA. Cukup indah dan adil kan? Ustaz Idrus pun rasanya masih terkial-kial lagi pasal mengertikatakan maksud Ahlul-Bait, memandangkan beliau juga tidak menjunjung sunnah Nasab Ibu.
BAIT=MATRILINEAL. BANI=PATRILINEAL. BAIT bermaksud keluarga sebelah dalam. BANI bermaksud keluarga sebelah luar. BAIT mewarisi harta kekal. BANI wajib keluar mencari harta. BAIT pusat sebelah IBU merupakan nasab ketuturunan. BANI sebelah laki-laki merupakan salasilah keluarga. BAIT juga berhak mendapat bahagian harta carian dan dapatan mengikut perundangan syariah. BANI cuma berhak mendapat harta carian dan dapatan mengikut perlaksanaan syariah. BAIT harus mengurus dan menjaga harta kekal atau harta pesaka sepanjang zaman. BANI harus membina kehidupan di luar dari harta pesaka. BAIT wajib mengikut peraturan suami membina kehidupan di luar tanah pesaka. SUAMI harus membawa isteri dan keluarga membina kehidupan di luar harta pesaka. Jika negara mempunyi rukun dan perinsip, maka tiada salahnya Dato' Pepatih menyusun adat yang bersendikan syarak dan kitabullah. Begitu juga dengan peraturan perundangan, peraturan syarikat dsbnya yang terang-terang dicipta oleh manusia dan anda juga merupakan salah seorang yang terikat dengannya...apakah perundangan Allah SWT tidak lengkap untuk menetapkan perundangan tersebut???
Tunggak Ahlul-Bait bermula dari Rasulallah SAW, Puteri Fatimah Az Zahara, Anak Mukjizat atau Putera Ahlul-Bait Hassan dan Hussein. Darah Rasulallah SAW turun pada Fatimah, darah Rasulallah SAW dan Saidina Ali pula bersatu dalam jasad cucunda perempuan bagind Ummu Kalthum dan Zainab, iaitu puteri-puteri Ali. Di sinilah bermulanya Nasab Ibu, keturunan Rasulallah SAW. Cuba renungkan apabila dibacakan talkin pada Saidina Ali "Wahai Ali bin Fatimah..." siapa Fatimah? Pastinya Puteri Nabi bukan dan bila dibacakan talkin pada anak-anak Ummu Kalthum dan Zainab pula " Wahai si Polan bin/binti Ummu Kalthum atau Zainab..." dah tentu Ummu Kalthum dan Zainab cucu Nabi...begitulah serterusnya hingga ke generasi nasab ibu keturunan Nabi sekarang, tetap menjurai pada Nabi. Bertentangan dengan nasab ayah bila dibacakan talkin pada anak-anak yang lahir dari mana-mana ibu atau si isteri...si Polan bin/binti IBU si Polan itu tidak menjurai pada ibu Ahlul-Bait, sebab ibu-ibu berkenaan adalah dari keluarga lain, di sinilah mula putusnya taraf Ahlul-Bait pada Putera Ahlul-Bait. Junjunglah Adat Perpatih.
macam2 dalil ngan teori yg orang2 pro adat ni keluarkan...kalo macam tu la kan, dlm dunia ni dianggarkan seramai 1.57 bilion penduduk adalah beragama Islam. Yang best nye, hampir kesemua penduduk Islam itu kecuali orang2 yg duduk kat negeri antara Padang (Indonesia) dan N9 tidak mengikut 'Syariat Ahlul Bait".
Power tu...abes smua Imam besar Sunni ngan Syiah pn x terfikir mcm diorang ni...semua kerajaan Islam sebelum ni x bagus, mufti2 sebelum ni dari kerajaan umayyah, abassiyah,uthmaniah...termasuk la 4 khalifah sebelum era dinasti Islam ni pn x terfikir mcm mane orang2 adat ni fikir. Semua genius2 Islam sebelum ni pn x pernah terfikir...?hanya orang2 melayu sahaja yg bole terfikir dan berfikir sejauh ni..?
Semata2 nak menegakkan benang yg basah....
Rasulullah hanya mengaku nasabnya hanya dari Fatimah, bukan dari puteri yang lain kerana Fatimah berkahwin dengan Ali, sepupu rasulullah yang beriman sebelah bapanya. Maka nasab sebelah bapa yang bercantum. Adat perpatih negeri sembilan memang salah kecuali di seremban, lebih kepada hukum faraid. kalau kat kuala pilah, rembau, jelebu dll, kalau pasangan tak ada anak perempuan, kena bagi kat anak sedara belah perempuan. bapak kau penat2 buat rumah, sepupu yang dapat, pergh !! lelaki memang lansung tak leh tuntut. tapi kalau kat seremban ikut faraid atau hibbah. faraid ialah pembahagian selepas kematian org tua: 3 bhg lelaki, 1 bhg perempuan. manakala hibbah bermaksud selagi mereka hidup suka hati tuan pemilik tanah nak bagi harta kau kat anak kandung, angkat, tokey atau amoi kedai yang kacak atau menawan. faraid ialah sesudah mati, hibbah ialah sebelum mati. kalau yg hibbah tu, selagi mak abah kau hidup pepandai la nak bodek. kalau tak dapat tu, bukan dosa dia pun, tanah dia suka hati dia la. ustaz darussyifa, bangi tempat harun din yang cakap cam nie. sgt bahaya kawin ngn n9, terutama perempuan semua kawasan negeri sembilan tanah mengandung (tanah milik perempuan) kecuali seremban.
seremban sahaja yang berubah kepada hukum syarak sejak kedatangan para wali keturunan sheikh yg mgajar ilmu agama termasuk bapak sheikh muszaphar. bagi tanah mengandung selain seremban, kalau dia suh kau buat rumah kat tanah dia, pastikan kau ada ramai anak perempuan. kalau tak bini kau punya anak sedara yang dapat. erm, aku pun org negeri sembilan gak. korg org n9 kalau ye pun nak pertahankan adat, jgn sesekali lawan atau pesongkan hadis dan dalil rasulullah atau buat fatwa sesat. nanti rasulullah tak ngaku umat baru kau tau. tapi sistem tanah mengandung negeri sembilan selain dari seremban memang dahsyat. diorg punya ahli lembaga kesatuan waris2 yang bersatu hati sebulat muafakat sgt susah nak lawan. kuasa raja pun berjaya dilumpuhkan. tapi kuasa tanah mengandung adat perpatih gagal dilumpuhkan sejak berpuluh2 nenek moyang dah ditetapkan anak perempuan. kalau kau pandai2 gak nak tukar, kerjanya sgt susah, yang pertama kau kena berdebat dgn segala waris sehingga mereka yakin, dia punya waris bapak punya ramai. yang kedua pulak dah berjaya yakinkan, kau kena cari pulak waris lelaki yang paling layak mengikut hukum faraid daripada berpuluh2 keturunan. kerja susah tu bro. cuma aku nak tegur tuan punya blog. mmg dah lama salah, tapi tak perlu nak hebah2 dan bertelingkah. kau pertikaikan benda yg kau tau takkan boleh selesai. kalau kau tak suka negeri sembilan, baik kau jaga anak2 kau secara sorok2 jgn kawin dgn negeri sembilan tanpa mengaib dan menghebahkan. kerena hebahan ini boleh membawa kepada isu rasis, perkauman dan pertelingkahan. kalau dah jodoh kau, nasihat anak tu bebaik jgn buat rumah kat tanah pusaka negeri sembilan, selain seremban. lagi satu kalau kau betul2 nak jihad pasal tanah, jgn asik nak tekankan kekurangan negeri sembilan je. baik kau nasihat kat ustaz dan badan berkuasa ttg hak suami turun kat isteri dan hak isteri automatik turun kat suami setelah mati, lepas tu laki atau bini baru , anak2 tiri yang untung. anak kandung sendiri ternganga-nganga. yang ini lebih zalim dan kasihan. sepatutnya kalau hukum faraid kalau sesiapa meninggal yang paling berhak ialah nasab yang boleh jadi wali sebanyak 3 bahagian baru perempuan. ni tak dia bagi kat laki atau bini baru, next anak tiri yang dapat. taik bet0l !!
Saya rasa tidak adil penulis mengatakan bahawa bahawa hukum pembahagian tanah pesaka adat tidak mengikut hukum islam. Pada dasarnya memanglah betul tetapi pembahagian tanah pesaka adat di Negeri Sembilan adalah mengikut hukum Enakmen yang dipanggil Tenure Enackment 215 yang tertakluk dibawah Kanun Tanah Negara. Tanah Adat adalah hak suku. Bukan perseorangan. Lelaki dalam suku yang sama didalam tanah tersebut bukan tidak hak. Mereka juga ada hak yang dinamakan hak pemakan hasil (as life occupant)tetapi untuk memiliki tanah tersebut secara mutlak tidak boleh kerana tertakluk kepada enakmen tanah adat tadi. Jadi kes ini serupa juga dengan Pejabat Pentadbiran Agama Islam di Malaysia ini yang juga tidak mengikut hukum islam. Semuanya mengikut hukum enakmen yang telah diluluskan. Saya bagi contoh jika sekiranya pasangan islam berzina. mengikut hukum islam jika dia sudah berkahwin hendaklah direjam sampai mati dan jika masih bujang hendaklah disebat seratus kali (jika saya silap tolong betulkan)tetapi di Malaysia ini hukum berzina, berkhalwat, minum arak, berjudi dan sebagainya yang dilakukan oleh orang islam tidak pun dihukum mengikut hukum islam tetapi dihukum mengikut hukuman Enakmen Jenayah Syariah. Contohnya kalau berzina dikenakan denda sebanyak RM3000.00 atau penjara 1 tahun sahaja.Tak ada pun direjam atau disebat. So sendiri mau ingat la. Jadi tu penulis biarlah adil didalam perkara ini.
Knapa nk dibincangkan sangat pasl adat pepatih sama ada bertentangan dng islam atu tidak. Negara Malaysia sndiri pun menolak undng-undng Allah, tak pukak dibincangkan cara begini.
Berpandukan pada KHUTBAH AKHIR RASULALLAH SAW menyebut baginda Nabi SAW meninggalkan 2 perkara dan jika berpegang padanya nescaya tidak tersesat iaitu AL QURAN dan SUNNAH. Baginda Nabi SAW tak sebut pun Hadis. Al Quran kekal terpelihara, Hadis petik jari mudah dipinda.
Dalam soal AHLUL-BAIT atau MATERILINIEL atau perut IBU atau KETURUNAN disebut didalam Al Quran dlm Surah Al Ahzab, dan merujuk pada Isteri-isteri Nabi SAW, begitu jugak dengan 2 ayat lain yg secara NYATA pun merujuk pada IBU...bkn dari Hadis!!! Sdri nk percaya Al Quran ke Hadis??? 12 imam Hadis wafat diracun dan dipancung termasuk Hassan dan Hussein RA atas dasar KONSPIRASI!!!. Imam Syafie hafal sejuta Hadis sedangkan di dalam kitab Hadis cuma terdapat 200 ribu ayat, mana ghaibnya 800 ribu lagi???. Kata Dajjal, Imam Mahadi dan Turunnya semula Isa Al Maseh AS ke dunia LANGSUNG TIDAK DISEBUT DLM AL QURAN cuma dlm Hadis!!! Sekali lgi sya nk tnya PERCAKAN AL QURAN KE ATU HADIS???
Kisah NASAB juga disebut dlm Hadis, sebaliknya Ahlul-Bait disebut dlm Al Quran. Adalah amat tidak wajar sama sekali mencampur adukkan antara NASAB dng AHLUL-BAIT. NASAB itu NASAB dan ia berdiri dng sendirinya. AHLUL-BAIT itu AHLUL-BAIT juga berdiri dng sendirinya. SAKA itu SAKA. BAKA itu BAKA. SAKA diturunkan oleh IBU. BAKA disalasilahkan oleh BAPA. Jurai IBU itu KETURUNAN. Jurai BAPA itu SALASILAH KELUARGA atu BANI. Sudahlah!!! Jng terkeliru lagi!!! Jika diperhatikan pada ayat Al Quran yg menyebut pasal DAB BAD-AL ARD...yg bermaksud MAKHLUK MELATA (teramat banyak) YG KELUAR DARI BUMI. Mengikut tafsiran Hadisnya pula nyata bebeza-beza yg umumnya menyebut memegang tongkat Musa AS dan memakai cicncin Sulaiman AS...PERSIALANNYA ADA BERAPA BATANG TONGKAT MUSA AS dan BERAPA BENTUK PULAK CINCIN SULAIMAN AS? MELATA BERMAKSUD TERLALU BANYK.
ATAS DASAR KONSPIRASI YAHUDI, ILLUMINATI&FREEMASIONS dan KHALIFAH PALSU ARAB (hingga ke hari ini) KITAB ASAL HADIS MUSNAH DIBAKAR dan BINASAKAN...dicetak semula secara besar-besaran dlm keadaan yg telah dipinda. Jadi BERPEGANGLAH PADA AL QURAN DAN SUNNAH...HADIS TERLALU BNYK KATEGORINYA dari MUTAWATIR, SAHIH, LEMAH, DAIF hingga kePALSU!!! TERDAPAT JUGAK HADIS ISRAELIAT!!!!
KONSPIRASI ILLUMINATI&FREEMASIONS, YAHUDI LAKNATULLAH dan KHALIFAH PALSU serta RAJA PALSU ARAB BRO!!!
adat sesat. syok sendiri. cakap macam hebat. kau nak kena ketuk dengan al-quran ke baru paham tentang farait. apo bangang bona..pepatih tu salah..pasal tu tanah n9 takdo oghang nak usohokan..abis pompuan dapek tanah...lopeh tu banggo sensoghang tanah berlalang..sudah ey masuk gak dlam tanah..baso ey buruk bana..di suruh bercakap minang..haru di buek ey..macam bangla paie ko padang sumatra di suruh cakap minang..macam tu la bunyi ei urang n9 barcakap..ado lak lagu rembau most wanted disuruh memahami adat perpatih...kantuik wa ang. apo kajo wa ang yuong..bingiung bana wa ang yo.
adakah ini bermaksud apa yang dipegang oleh para ulama muktabar seperti Yusuf Al-Qaradawi, Wahbah Zuhaili dan Syed Ramadhan Al-Buti selama ini salah?
Allahu akbar. Lebih baik kita mendalami ilmu mustalaq hadis sebelum berbicara mengenai hadis dan sunnah. Para ulama hadis mengatakan tiada beza antara hadis dan sunnah. Bagaimana saudara boleh mengeluarkan pendapat yang berlainan daripada mereka?
saudara hashim tok hanya mengemukakan hujah adat pepatih selari dengan undang-undang Malaysia dan masih tidak mengemukakan di mana adat pepatih selari dengan hukum syarak. Boleh tolong nyatakan di mana yang kita boleh katakan adat pepatih adalah selari dengan hukum syarak?
bait bermaksud rumah. menurut ilmuwan bahasa, Ahl Al-Bait membawa maksud keluarga tanpa membataskan sebelah ibu ataupun bapa.
hebat belaka mereka yang pro-adat pepatih di sini. Nampaknya mereka lebih arif tentang ilmu hadis berbanding para ulama. Mereka juga lebih mengenali Rasulullah daripada para ulama. Selepas ini, bolehlah mereka berdebat dengan para ulama hadis. Nanti kita tengok, siapa yang lebih faham dan siapa yang terkial-kial. Hahahahaha.
nk ikut islam ke nk ikut adat...adat songsang...
'' cuma aku nak tegur tuan punya blog. mmg dah lama salah, tapi tak perlu nak hebah2 dan bertelingkah. kau pertikaikan benda yg kau tau takkan boleh selesai. kalau kau tak suka negeri sembilan, baik kau jaga anak2 kau secara sorok2 jgn kawin dgn negeri sembilan tanpa mengaib dan menghebahkan. kerena hebahan ini boleh membawa kepada isu rasis, perkauman dan pertelingkahan. kalau dah jodoh kau, nasihat anak tu bebaik jgn buat rumah kat tanah pusaka negeri sembilan, ''
kek sinilah kau kono buktikan bang oii apo nang bulih ekau buek. bukan menulih menambah an podih kek hati urang...
cordik ko sebagai lelaki poei buek rumah atas tanah pusako adat?
cordik ko sebagai lelaki bagantung kek pusako bini?
dunio luas. bukan takat kek rombang paneh jo bang oiii.
salam...bagi denla...xdo salah ee pon dari hukum syarak tanah pusako nih...kdg2 kang org luar nih xpaham adat...pdi2 wek cito..dh toghang tanah faraidh dapek kek laki...yg ghintang bona ghobut-an ghoto pusako pompan yg sojongkal kogho nk wek po?ekau lolaki kau caghikla ghoto kau sendighi....molambak ghoto tanah faraidh kek n9 nih..kek luar n9 pon ado....pilih yo mano suko...siap-an duit ee yo...kok nk haghap-an ghoto bini xgunola kau ado tolo...org luar yg menumpang duduk tanah adat isteri xdo salah ee do...dudukla sampai kau mampuih...xdo sapo nk halau do...gamai atok2 tuo org luar n9 kawen ngn uwan2 kek kg den xdo pon kono halau kek suku n tok lembago...spupu pompan omak den ninggal, laki ee org kodah bulih yo duduk kek umh pusako ee...janji jago yola elok2 tanah tu...xdo pon kono halau kek tok semajo n suku den pon...kan bagus tuh?sokughang2 ee xdola dio duk moghempat topi2 jalan..dhla adik bradik ee kek kodah xamik podulik hal dio...dh tontu2 ghoto kek kodah adik bradik n anak2 buah sapu abih x ningga-an tuk dio...montang2la dio org miskin,sanggup buang dio..sik baik ado tanah bini...tgk kan?tanah bini gak yg nolong akhir ee....anak lelaki pon berhak ats tanah adat ni...nk buek gumah pon bulih...dok la diam smpi anak cucu cicit piut pon bulih,xdo sapo nk laghang....anak lelaki nih punyo hak ateh tanah adat sbgi pomakan hasil..kok kau buek umh sewo ko ado tanam dian ko kau bulih pungut hasil n makan hasil.....anak pompan nih penjago yo...(namo ateh geran yo)...supayo tak laghi ko tgn org luar...slalu yg ckp adat perpatih nih xbgus sobab dio omek2 tak paham adat popatih,xdo n xdapek ghoto,laie satu pomaleh n komut xnk kuar duit boli tanah...nk dapek tanah pree yo..tu sobab byk tnh2 org luar n9 nih xsetel2 sik bocokak yo adik bradik boghobut tanah sbb xdo ponamo,maleh byr cukai,maleh nk kuar koso, maleh nk turun naik pojabat daerah...tapi tanah nk pree....osah tongong molantun2...
laie satu den tolupo nk bitau,slalu ee lelaki nih dapek ghoto sik nk jual yo hinggokan habih xdo tingga ee...pajak kek bankla,bojudila n mcm2 laiela projek2 nk menjahanam-an ghoto...tu sobab ghoto pusako diboghi kek pompan...tgkla apo yg jd kek tanah2 luar n9 nih sapo punyo skang?...laie satu den nk koba-an,xsemesti ee kalau xado adik bradik pompan ghoto kono tughun kek sopupu bolah pompan omak2 sedagho kau...kalau kau nikah ngn org lua skali pon bulih tughun kek anak2 pompan kau dgn syarat kau konola buek istiadat bokodin...istiadat bokodin ni dibuek sobab xnk ghoto pusako jatuh kek poghut lain or xdo anak pompan...jaman puntung dulu siap ado yg amek anak cino,ank india pon ado...kes nih ado jadi kek semenanti siap masuk lam majalah 3 laie dlm 2 3 taun lopeh tak silap den...kek kg den pon byk ado buek bokodin nih dulu,cumo budak2 joman skang gamai yg xtau...masuk-an anak kau dlm suku kau...dgn porsotujuan omak kau,tok2 lembago ngn undang...kono kuar blanjo la sikit ngadap undang n tumbang kobau buek kendughi...nih nk wek kendughi pon maleh...lengkali blaja adat popatih nih bagi katam...meniago buloh kasap,pandai amek ujung yo pangkal ee losap...wslm...
toksah citola hal adat popatih kalau xpaham....jgn cito pung pang pung pang itu xboto ini xboto,xikut syariatla...xikut hukum syarakla...kalu nk ikut hukum syarak ikut sumo...jgn amek sepaghuh2 yo...jgn tang duit,tang ghoto, tang tanah yo xsuman2 nk ikut syarak...siap pasang loyar nk fight mahkamah...tang smyg, tang poso, tang muamalat, tang hukum?ikut syarak x?kok ckp ngn org slalu nipu yo jgn ckp psl syarakla...ckp nipu ngn org pon dh kigho bodoso...bg den ghoto pusako nih sbgi bonus tambahan utk org2 pompan n9 yg idup bosuku dlm adat popatih...untungla anak2 dagho n9 yg dapek mewarisi ghoto tanah pusako kek n9...kok lebar leh wek tanam sawit ko wek umh sewo ko,homestay ko...kok kocik sompit pn jadila dpd xdo...bulihla nk wek umh mesra rakyat ko...bokobun ko takat mano koghang mampu...bia deh somak,bia deh lamo xbotunggu...lelamo sok adola waghih2 ank cucu cicit kito yg ganti kito dok kg...kek pokan skang idup dh susah....jauh mano pon bolut poie akhir ee balik kek lubuk ee gak...manola tau sok dh pencen nk blek duk kg...dh xyh gisau tanah dh ado...xpyh susah2 nk boli tanah...dapek golden handshake + pendampan dh sonang nk wek gumah...berbahagiola kau anak2 pompan waghih n9...
Dalam n9 ni bang, tak sampai 10 % pun keluasan tanah adat dari keluasan n9 secara keseluruhannyo. Maksud eh yang dah di gazetkan dalam enekmen tanah adat tak sampai 10 peratus. Bukan semuo bang oii, kalau hari kau boli tanah kek n9 ni bang perlu ko kau nak ikut adat?. Tak payah la bang. Dah harto sepencarian kau laki bini bagi lah ikut hukum faraid. Tanah adat yang dah digazetkan tu tak usah lah kau boli. Kalau kau nak boli pun bukan buleh sonang2 nak jual. Lebih 90% lagi keluasan tanah dinegeri sembilan adalah dibahagikan secara faraid. Kek n9 ni ado 2 kaedah pembahagian harta. Faraid dan hibbah. Hibbah tu 10% tanah adat tu sedangkan 90% lagi adalah secara faraid. Kenapo lah tanah yang tak sampai 10% ni nak direbutkan. Cubo kau fikir, kalau tanah yang duduk sekarang adalah tanah pusako, adokah kau bagi secara faraid atau kau bolot sorong2. Boleh tak runding2 dengan adik beradik?. Den bukan nak menogakkan adat. Cumo itu yg dah digazetkan oleh org2 dahulu. Nak den langgar kang tu amanah org dulu2. Islam sendiri suruh kito jago amanah. Jadi kek situ pun kono ambik kiro jugak. Jadi elok kito kaji dulu sebolum buek sesuatu ulasan. Ulama atau org2 terdahulu jauh pandangan eh berbanding org sekarang. Org sekarang berhujah banyak pakai hukum akal berdasar ilmu yang dio belajar atau sekadar baco buku. Org dulu berhujah dari hati yang bersih dengan mengamalkan ilmu yang telah dipelajari sehingga sentiasa diberi ilham oleh Allah (laduni) kerana keikhlasannya.
Main belasah je kata adat perpatih bercanggah dengan Islam? Kaji bebetol dulu. Baik baiknya dari buruknya gak. Pembahagian harta kan boleh buat bincang.
tuan punyo blog mano x topicol mejawab kek sini
Anak Yusup takdo tolo gak eh ! Sonyap yo tak menjawab - jawab
Siapa yang suruh ikut nasab ibu... Nabi ajar lain... Ekau faham lain...
Apo tujan nabi menyampaikan agamo allah swt ini... Nabi takdo cakap papo pasal adat pun.. Korang yo suko angkat lobih2.. Kot hari pengadilan ditanyo sok... Pandai2 lah jawap... Sok jangan salah org lain... Tak bagitahu... Pandai bonar mentafsir... Dah terang lagi nyata hukum tuhan tu... Dalam quran dah terang dgn jelas... Nabi hanya menerangkan je... Mmg kat sano nanti kito dipanggil dengan namo omak... Tu jo... Nabi xdo plak cakap wajib ikut nasab ibu... Nenek moyang jo yang memgangkat sesuatu lebih tinggi dari hal yang sepatutnya... Padahal perkaro tu biaso jo...
Kalau tak bercanggah... Boleh tuan terang kan... ? Yang bahagian mana tak bercanggah...
Salam...
Saya tepikir, camana agaknya laki yg kawin 4 org negeri sembilan..
Salam..
Saya pun nak tahu jugak :)
Setuju acik hundred percent 👍
Post a Comment