Banyak keraguan dan banyak penipuan di dakwa berlaku dalam
pilihanraya umum 5 Mei 2013 yang lepas.
Di zaman alat-alat komunikasi moden dan internet yang
canggih ini, segala bentuk penipuan akan dapat ditunjukkan dan disebarkan
kepada orang ramai dengan begitu cepat sekali.
Kalau kita melihat kepada jumlah undi keseluruhannya, tanpa
mengira faktor penipuan, jumlah undi popular masih didahului oleh Pakatan Rakyat. Menunjukkan sokongan rakyat kepada
Pakatan Rakyat memang kuat.
Walaupun media cetak dan media elektronik utama Negara di
kawal dan dikuasai sepenuhnya oleh UMNO, yang telah menjadi medium kempen utama
UMNO, tetapi sokongan pengundi kepada Pakatan masih dapat mengatasi sokongan
kepada UMNO.
Dengan pertandingan yang berat sebelah dan terdapatnya
permainan kotor dan penipuan dalam pilihanraya ke 13 ini, mencerminkan mandat yang
diterima oleh PM Najib itu merupakan sebuah mandat yang palsu dan tidak boleh
diterjemahkan sebagai sokongan rakyat kepada beliau.
Rakyat tidak ada masalah untuk menerima kemenangan UMNO dalam
pilihanraya tetapi biarlah kemenangan itu diperolehi dengan cara bermaruah.
Apabila suatu pertandingan yang berlangsung, berlaku
penipuan secara terang-terangan, ini akan menyebabkan banyak pihak yang tidak
berpuas hati.
Ini akan hanya menjemput penyokong Pakatan Rakyat turun berdemontrasi
di jalanraya sebagai menunjukkan rasa tidak puas hati mereka.
PM Najib harus bersedia menghadapi siri-siri demontrasi yang
akan berlangsung dari masa ke semasa. Kata orang, berani buat, beranilah
tanggung.
Saya percaya, dalam masa lima tahun akan datang ini, kerajaan
PM Najib tidak akan dapat duduk tenteram, akan diganyang oleh siri-siri
demontrasi, terutamanya menuntut demokrasi yang murni dan pilihanraya yang
bersih, bebas dan adil.
Apabila rakyat hidup-hidup ditipu dengan dakwat kekal yang
tidak kekal, mampukah UMNO mengekalkan pemerintahannya?
4 comments:
apa penipuan-penipuan tu? kalau setakat cakap tapi tak boleh buktikan pon tak guna jugak. takda bukti boleh boleh tuduh ke? macam-macam pakatan rakyat ni buat fitnah sampai rakyat buta-buta ikut saja semua cakap diorang ye
Orang buta saja yang tak nak tengok bukti yang sedia ada. Dasar Macai bengong. Mata letak kat buntut.
Hahaha betui no
dakwat kekal yg xkekal tu bukan MENIPU ke name nyer ???? Buta ke hape
Post a Comment