Saya adalah
penyokong tegar sistem politik demokrasi. Islam adalah agama yang mencintai
damai dan selamat. Saya dapati demokrasi memenuhi ciri-ciri damai dan selamat,
dan ini sangat bertepatan dengan kehendak Islam. Kalau di masa dulu perebutan
kuasa untuk menjadi ketua, pemimpin atau raja sering diiringi oleh keganasan,
perang, pembunuhan dan penginayaan. Banyak jiwa rakyat terkorban semata-mata
berebutkan kuasa.
Demokrasi
bukan agama baru, demokrasi hanya alat yang dicipta oleh manusia, yang sama
juga seperti kereta yang dicipta oleh manusia untuk kemudahan mereka. Dengan
menaiki kereta, ia tidak akan mengurangkan keIslaman kita, dan kalau kita kekal
untuk terus memilih menaiki unta, ia tidak juga akan menambah keIslaman kita.
Sebaliknya kalau memilih menaiki kereta, perjalanan kita tentu lebih selesa dan
cepat sampai.
Selain dari
sebuah sistem atau mekanisma yang dapat mengelakkan pertumpahan darah dan
korban jiwa yang banyak dalam proses memilih pemimpin yang berkuasa, demokrasi
juga menyediakan platform yang adil supaya setiap calun-calun yang bertanding
mendapat peluang dan ruang yang sama untuk menang. Mereka diberi kebebasan
bersuara seluas-luasnya, mendapat liputan yang adil dari media perdana samada
media kerajaan atau swasta.
Tidak
mungkin pihak lawan boleh menang dalam suatu pertandingan kalau mulut mereka
ditutup dan kakitangan mereka diikat.
Pilihanraya
yang bersih, adil dan bebas adalah perkara paling pokok dalam sistem demokrasi.
Matlamat demokrasi tidak akan tercapai dan demokrasi tidak akan memberi apa-apa
makna jika pilihanraya dipenuhi dengan amalan penipuan dan berat sebelah.
Hanya sistem
demokrasi yang baik dan sempurna sahaja yang dapat menyediakan ruang ‘check and
balance’ kepada pemimpin yang berkuasa. Saya begitu yakin, demokrasi yang baik
adalah satu-satunya harta yang sangat bernilai yang patut kita tinggalkan
kepada anak-anak kita, demi kebaikan masa depan mereka yang lebih baik. Di
tangan pemimpin kita yang baik, nasib rakyat amnya dan anak-anak kita khususnya
akan sentiasa terbela.
Hanya dengan
demokrasi yang baik dan sempurna sahaja kita dapat memenangkan pemimpin yang
baik.
Kalau saya
penyokong demokrasi, kenapa saya banyak mengkritik UMNO dan BN?
Buat apa
saya buang masa hendak mengkritik pembangkang atau Pakatan Rakyat kerana penentuan
pelaksanaan amalan sistem demokrasi yang baik itu adalah terletak ditangan UMNO
dan BN sebagai kerajaan yang berkuasa. Merekalah yang menentukan hitam putih
demokrasi itu, mereka berkuasa mencabul dan merubah prinsip demokrasi. Mereka
jugalah yang menentukan bagaimana tatacara pilihanraya itu dijalankan. Oleh itu, memanglah tepat kalau saya
berterusan mengkritik UMNO dan BN, kerana perjalanan dan penentuan amalan
demokrasi itu adalah di tangan mereka.
Atas sebab
ingin memulihkan amalan demokrasi di Negara ini jugalah saya terus memberi
sokongan penuh kepada gerakan BERSIH.
Kedegilan
UMNO untuk mengadakan pilihanraya bersih, adil dan bebas dengan memperlekeh
tuntutan BERSIH patut dihukum dengan cara memberi sokongan padu kepada parti
pembangkang. UMNO gagal menjalankan
amanah untuk menjaga kesucian demokrasi, oleh itu memang patut pihak lain pula
untuk diberikan kuasa untuk menjaga amanah yang amat penting ini.
Perjuangan
saya untuk pemulihan demokrasi ini juga tidak akan terhenti apabila Pakatan
Rakyat berjaya menguasai Putrajaya. Saya akan terus memastikan demokrasi terus
dihormati walaupun terpaksa mengkritik kerajaan yang dipimpin oleh Pakatan
Rakyat ketika itu.
1 comment:
Demokrasi....ha...ha..
Post a Comment