Buat renungan saudara-saudara ku yang memilih wadah keganasan dalam perjuangan:
"Bukanlah tujuan Nabi itu diturunkan untuk membunuh manusia kafir tetapi adalah untuk mengeluarkan manusia dari kekafiran".

Friday, February 10, 2012

Kalau tak nak masuk suku, macam mano ekau nak kawin!

Adat Perpatih yang sinonim dengan masyarakat di Negeri Sembilan hari ini pernah di suatu masa dahulu menjadi sistem hidup bermasyarakat yang merangkumi politik, peraturan, undang-undang dan cara hidup masyarakat petani di Negeri Sembilan.


Tidak keterlaluan kalau dikatakan pemikir pengasas adat perpatih ini adalah setanding dengan pemikir Karl Marx yang telah berjaya mencipta satu kaedah atau sistem bermasyarakat yang meliputi cara politik, peraturan dan undang-undang, serta cara hidup yang terbaik bagi masyarakat yang kegiatan hidup berasaskan pertanian di zaman beliau.

Di bawah lingkungan atau dikandung adat ini telah dapat mengawal golongan masyarakat petani ini hidup dalam harmoni dan aman damai.

Setiap suku ada pemimpin yang bergelar Buapak, kepimpinan untuk hiraki yang lebih tinggi dipanggil Dato’ Lembaga dan seterusnya Dato’ Undang, pemimpin-pemimpin masyarakat ini dipilih berasaskan demokrasi. Manakala Raja atau Yam Tuan sebagai pemimpin tertinggi pula ditentukan oleh Dato’-Dato’ Undang yang mereka pilih dari salah seorang dari kalangan keluarga Diraja.

Oleh kerana kegiatan ahli-ahli masyarakat ketika itu adalah homogenous yang hanya menjalankan aktiviti-aktiviti pertanian sara diri, maka sistem Perpatih ini terus relavan untuk masa yang lama tanpa perlu diubah.

Masuk Suku

Apabila orang lelaki luar dari Negeri Sembilan atau orang yang bukan berada dalam sistem Perpatih ingin berkahwin dengan wanita Negeri Sembilan, mereka perlu menjalani proses masuk suku terlebih dahulu. Sistem Perpatih akan jadi tempang kalau seseorang itu tidak masuk suku.

Perbandingannya samalah seperti kalau kita tidak memilih salah satu dari mazhab yang empat bila hendak melakukan ibadah. Tentu kita akan menghadapi masalah kalau kita memilih dua mazhab dalam satu-satu masa. Itulah pentingnya kenapa proses masuk suku perlu dilakukan bagi menjamin kelicinan kehidupan seseorang itu.

Seperti Karl Marx yang mencipta sistem Kominis atau Sosialis, ia mungkin ideal untuk zaman dan masyarakat yang tertentu tetapi bila kegiatan masyarakat atau cara pemikiran dan kehidupan masyarakat berubah, sistem Kominis dan Sosialis tidak lagi sesuai untuk diamalkan.

Begitu jugalah dengan sistem Perpatih, cara hidup dan pemikiran masyarakat Negeri Sembilan kini telah jauh berubah. Kebanyakan mereka bukan lagi petani tradisional sebaliknya telah ramai bekerja di kilang-kilang, pejabat-pejabat, berhijrah ke bandar dan juga berhirah ke tanah rancangan Felda.

Kini hanya tinggal orang-orang tua saja menghuni rumah-rumah yang dibina di atas tanah adat di kampong. Ramai anak-anak mereka telah berhijrah mencari rezeki dan membina kehidupan di tempat lain. Generasi baru ini tidak berminat untuk memajukan atau tinggal semula di tanah-tanah adat ini. Akhirnya banyak tanah-tanah adat di Negeri Sembilan menjadi terbiar dan ditumbuhi semak samun.

Sistem Perpatih pula hanya tinggal sebagai adat istiadat sahaja, anak-anak muda pula ramai yang tidak ambil tahu soal adat, apalagi hendak mengamalkannya. Kalau ditanyakan kepada mereka, apakah suku mereka, belum tentu mereka dapat menjawabnya.

Bukanlah sesuatu yang membimbangkan kalau anak-anak muda Negeri Sembilan tidak berminat lagi mengamalkan adat perpatih, tetapi yang amat membimbangkan kita ialah kesan tinggalan dari sistem Perpatih ini kepada sosio budaya masyarakat moden hari ini, malah ada nilai-nilainya yang tidak bertepatan dengan tuntutan Islam.

Sekiranya berlaku perceraian, si suami terpaksa keluar dari rumah yang dibina di atas tanah adat yang diwarisi bekas isterinya, tanpa dapat menuntut apa-apa bahagiannya.

Tanah-tanah adat  yang diwarisi tidak mengikut sistem faraid ini juga telah memberi masalah kepada pentadbir untuk memajukan negeri ini, kerana ia tidak boleh dijual kepada orang luar untuk dibangunkan.

Pemimpin-pemimpin masyarakat dan politik perlu mencari jalan untuk menyelesaikan masalah ini. Kalau orang yang mengasaskan sistem Perpatih dulu telah melakukan usaha yang terbaik untuk kebaikan masyarakatnya pada masa itu, maka kita juga harus memikirkan pula satu jalan penyelesaian yang terbaik untuk kesejahteraan dan kemajuan rakyat yang hidup pada hari ini, sesuai dengan keperluan zaman sekarang.

Pepatah biar mati anak jangan mati adat, tidak sesuai untuk dijadi pegangan kita lagi. Sistem dan peraturan hidup akan terus berubah mengikut perkembangan masyarakat, yang perlu kita kekalkan ialah nilai-nilai baik yang dianjurkan oleh ajaran agama kita.

11 comments:

Anonymous said...

kalau dah kawin takkan masuk suku je... aku nak masuk semua....

Anonymous said...

Jika saudara tidak faham tentang adat Perpatih, hati-hatilah menulis tentangnya. Kerana apa yang sdra tulis ini salah. Adat Perpatih tidak ada mensyaratkan orang lelaki yang akan berkahwin dengan wanita Negeri Sembilan agar masuk suku. Sesiapa yang ingin berkahwin silakan. Wanita Negeri Sembilan juga boleh berkahwin dengan sesiapa sahaja. Sdra keterlaluan dan membuat fitnah di blog sdra.

Demikian juga tentang tuduhan amalan adat ini bertentangan dengan Islam. Buktikan. Jangan main tulis sahaja. Sebutkan satu persatu, mudah kita selesaikan.

Mana yang bertentangan dengan hukum Islam? Soal nikah sewaris? Soal Tanah Pesaka Adat? Terangkan dahulu di mana silapnya. Ini menuntut sdra membaca dahulu sebelum menulis. Tetapi nampaknya bacaan sdra untuk menghasilkan tulisan ini cetek sekali, barangkali tak ada langsung. Samada malas membaca atau suka mendengar cerita orang, tak tahulah saya. Nasihat saya, jangan malas membaca, nanti banyak berdosa.

Adat Perpatih masih berjalan di Negeri Sembilan dan adarekod tentang hal Tanah Pesaka Adat. Orang Putihpun tahu hormat kepada adat ini. Ia tidak ada masaalah di Negeri Sembilan- kecuali kepada anak-anak buah adat yang kefahaman mereka tentang adat sama cetek dengan saudara.

Jika sdra telah membaca dan berbincang dengan ilmiah tentang falsafah adat ini, tentu sdra sudah terlepas daripada memfitnah di blog sdra ini.

Jika sdra ingin meneruskan, silakan. Sdra betul-betul berani kerana tidak lagi gerun dengan dosa fitnah.

Anonymous said...

ANON 12:51..

Sukar nak mengikis adat yaa... lebih2 lagi kalau dah berbuku di dalam akal dan hati! wallahualam

Anonymous said...

Orang Putihpun tahu hormat kepada adat ini.

nak tanya orang putih tu orang islam ka?

NA_SR said...

sudah2 la...poei blaja adat dulu...

Anonymous said...

Bang, poeilah belajar dulu. Menulih tanpo ilmu, nampak bona bangang eh! Kok nak sajo jo nak bori traffic blog ekau tinggi dongan menulih bondo macam nie lah ha, borontilah jadi penulis blog. Nambah an doso yo bang oi!!

- adli yusof-

Lord_Cain69 said...

takdo suku takde kebahagian. lancap dan melaco. tu yo... cd blue jd collection adat..

Lord_Cain69 said...

takdo suku takde kebahagian. lancap dan melaco. tu yo... cd blue jd collection adat..

Anonymous said...

Ref Anymus 23.51 ,Sdr kan ke Tuan punya blok dah hujah dgn beberapa Ayat Aquran yg jelas dan nyata maksud nya ,!!! Tak faham ke apa makna terjemahan Ayat tu ? Kalau tak Faham atau tak reti ,pergi lah belajar dulu ...!!! Jangan sesedap mulut shj menuduh Orang dgn mengatakan FITNAH . Nampak sangat sdr ni tetlalu taksub dan fanatik dgn Adat Jahiliah tu. Dan tak ada budi bahasa dlm menghujah.Kenapa tak berani hujah Ayat Quran tu ? Katakan lah yg Alquran tu tak cukup baik ,tak cukup betul ....betul lagi Tok Perpateh tu lagi....Sedar lah diri....!Jangan sampai mengenepikan Al Quran demi menyokong Adat Lapuk yg dah cukup usang di telan zaman tu,,!! Jangan sampai ada yg menjadikan nya sebagai Mazhab pulak ( Mazhab Tok Perpatih) Satu soalan Cepu Mas buat sdr dan yg se mazhab dgn nya....Bila tahun nya Atok Perpatih kau tu datang ke N.Sembilan Apa bukti nya dia tu berugama Islam ??? Tolong buat research sikit. Mana tempat dia mula mula sampai.Apa di buat eh kek suatu tempat tu,siapa yg dia bawa ?,utk apa? Zaman tu zaman apa?..Next...1.Budaya Animisma Guna darah binatang dlm Adat Berkadim ,Tahu tak ? Darah tu apa hukum dlm Islam. Halal ke Darah tu sdr?. Masih di guna pakai sampai ke hari ini,tahu tak ? 2. Nikah sewaris Hukum nya Halal dlm Islam ,tapi Tak bulih dlm Adat Atok Kau tu ,tahu tak ? Apa hukum nya menghalalkan yg haram ,dan mengharamkan yg halal.?? kau tahu tak ? Lepas tu kalau terjadi juga perkahwinan sewaris..kena lah Hukum !! Apa hukum nya ,tahu tak ? Tak kesah lah apa saje hukum nya.Tapi apa kata Quran atau Hadis jika berhukum dgn hukuman selain dari yg di sarankan olih Quran ? Kau tahu tak ?? kalau tak tahu belajar lah lagi,banyak kan lah membaca Terjemahan Quran dan Hadis hadis . Ada beribu Hadis sebagai panduan bagi yg ingin menambah Ilmu. Dlm Istiadat biasa harian beberapa perkara khurafat di amalkan dlm dlm kehdupan .Nampak tak ? Renungkan dulu gg ini nanti saya akan katakan beberapa perkara lagi yg khurapat dan Tahyul Mahyul Wallahua'lam.

Unknown said...

Poei blaja adat buek apo... Khatam dah quran ? Isi dalam eh dah habis hadam ko...

Unknown said...

Yang terhindar dari hasutan syaitan para nabi dan rasul... Yang lain semua terkena hasutan... Kalau allah swt dah tetap A... A lah... Jangan nak buat AB... Nanti orang keliru...
Poei belajar quran dulu... Hadam betul2... Jangan ikut nenek moyang yg belum lagi di janji kan syurga...

Boikot Barangan Yang Membiayai Kekejaman Israel

my playlist


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com