Buat renungan saudara-saudara ku yang memilih wadah keganasan dalam perjuangan:
"Bukanlah tujuan Nabi itu diturunkan untuk membunuh manusia kafir tetapi adalah untuk mengeluarkan manusia dari kekafiran".

Monday, September 05, 2011

Merdeka, Mat Sabu berhak memberi pendapat

Memang sukar untuk memberi takrifan yang tepat makna kemerdekaan. Setiap orang mempunyai takrifan tersendiri tentang makna kemerdekaan.


Sebagai sebuah Negara demokrasi yang menyanjung tinggi kebebasan bersuara dan memberi pendapat, kita tidak ada hak untuk menyekat Mat Sabu dari melontarkan pandangannya berkaitan kemerdekaan Negara.

Memang hebat orang bernama Mat Sabu ini, baru beliau terbatuk, sudah ada yang mengelabah tak tentu pasal. Takutnya mereka kepada Mat Sabu seperti takut dengan seekor singa. Kata orang, berani kerana benar, takut kerana salah..... macam ada buat salah je.

Kemerdekaan bagi seorang anak ialah apabila kehidupannya tidak lagi ditentukan oleh ibubapanya, sebaliknya si anak bebas memilih caranya sendiri untuk menjalani kehidupan ini.

Kepada sesetengah orang, Leftenan Adnan dianggap sebagai wira Negara kerana telah mempertahan Negara dari serangan Jepun hingga ke titisan darah terakhir. Tetapi kepada orang lain pula beliau tidak boleh diangkat sebagai wira Negara kerana beliau berkhidmat dengan Penjajah British yang menjajah Negara kita ketika itu.

Di zaman British menjajah Negara kita dulu, penentang-penentang seperti Dol Said, Datuk Maharaja Lela, Tok Janggut, Datuk Bahaman dan Mat Kilau dianggap sebagai penjahat dan pengacau keamanan oleh pentadbir British. Pemimpin-pemimpin tempatan ini telah dinafikan haknya untuk mengutip cukai hingga menimbulkan kemarahan mereka kepada pentadbir British.

Malah ada sesetengah orang semasa British mentadbir Tanah Melayu dulu memang suka berada di bawah pentadbiran British, dan kepada mereka, mereka telah berasa selesa dan merdeka dengan pilihannya.

Pernah diriwayatkan, ada seorang Sultan menempelak orang-orang Melayu yang ghairah untuk menuntut kemerdekaan dari British dengan mengatakan orang Melayu hendak buat jarum pun tak mampu, macam mana hendak mentadbir sendiri. Menunjukkan Sultan ini telah berasa merdeka dengan pilihannya untuk terus berada di bawah pentadbiran British.

Sejarah adalah fakta dan peristiwa yang telah berlaku, yang tidak boleh diubah lagi. Kita tidak ada hak untuk meletakkan nilai salah atau betul dan jahat atau baik kepada sejarah.

Sambutan hari Kemerdekaan Negara yang disambut oleh kebanyakan Negara hanyalah mengingati hari peralihan kuasa dari penjajah luar kepada warga tempatan, tetapi makna kemerdekaan sebenar tidak patut disempitkan kepada peristiwa itu sahaja.

Indonesia, Filipina, Mesir dan Libya adalah juga Negara yang menyambut hari kemerdekaan bagi menandakan bebas dari penjajahan Belanda, Sepanyol, British dan Itali. Tetapi kemerdekaan rakyatnya menjadi lebih bermakna lagi bila telah bebas dari cengkaman pemimpin-pemimpin diktator mereka iaitu Suharto, Marcos, Hosni Mubarak dan Gaddafi.

Kemerdekaan sebenar ialah bila rakyat diberi peluang membuat pilihan sendiri dalam menentukan halatuju negaranya. Terutamanya pilihan dalam menentukan pemimpin mereka. Apabila pilihanraya boleh dimanipulasi dan tidak bersih maka rakyat tidak lagi dapat merasakan kemerdekaan itu.

3 comments:

thegreenreaper said...

The righteous will always win, as the winner always claim righteous..macam itulah bang

Admin said...

LISTEN ONLINE RADIO AND WATCHING FREE 
MOVIE ONLINE ,SPORTS ONLINE LIVE.
FOR WATCHING MOVIE ,SPORTS AND LISTEN
 RADIO VISIT LINK > CLICK TO WATCHING <
LISTEN HINDI RADIO VISIT LINK >>CLICK TO LISTEN << 
WATCHING HINDI MOVIE CHANNEL VISIT LINK >>KLIK TO WATCHING<<
DI SINI ADA ,THR GEGAR,HOTFM,KLFM,JOHOR FM DAN MACAM MACAM 
LAGI,TERDAPAT LEBIH KURANG 175 BUAH STESEN RADIO
YANG BEROPERSI DI MALAYSIA BOLEH DI DENGARI DI SINI SECARA PERCUMA
 >KLIK LINK
pas tv ,tv selangor,rtm1 ,rtm2,mobtv,dan banyak lagi..

mohd. firdaus ahmad said...

yes..its true that everyone has right to give opinion.but still i think giving opinion doesnt necessarily to be done in public.. bcoz like just just now everyone has right to interpret.. so there is a possibility that people will misinterpret the statement by mat sabu too...

and history is something that happened in the past and not everything is recorded or told to us..and again it will lead to many interpretation...
wallahu'alam...

Boikot Barangan Yang Membiayai Kekejaman Israel

my playlist


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com