Ada setengah orang berpendapat, UMNO perlu kalah dulu sebelum bangkit semula untuk menjadi parti politik yang berjaya pada masa akan datang.
Kalau kita lihat di Britain dan Amerika, parti yang kalah tidak selamanya mereka kalah. Sebaliknya kekalahan akan memberi pengajaran kepada ahli parti untuk membetulkan kesilapan mereka dan mengumpul kekuatan semula.
Saya yakin PM Najib dan kepimpinan dalam parti BN juga telah melihat dan sedar tentang perkara ini. Kehadiran media baru yang tidak mampu disekat dan rakyat yang semakin bermaklumat dan bijak, sukar bagi BN mengekalkan kuasa mereka dengan cara ‘kotor’.
Hari ini kita sedang memerhatikan kebangkitan demokrasi dikalangan rakyat Arab. Rakyat Arab seperti telah mendapat semangat baru yang tidak pernah terjangka dalam pemikiran kita. Kita seperti tidak percaya Muammar Gaddafi boleh jatuh dengan mudah. Kejatuhan Muammar Gaddafi ini pasti akan mempercepatkan kejatuhan pemimpin diktator Bashar Al Asad Syria yang sedang diganyang oleh rakyatnya itu. Ia seperti menjadi suntikan semangat kepada rakyat Arab lain untuk menghumbankan pemimpin diktator dan Raja-raja yang menjadi beban kepada rakyat.
Angin perubahan di Negara-negara Arab ini tidak akan terhenti di wilayah Arab sahaja. Kalau pemimpin-pemimpin di tempat-tempat lain masih leka dan tidak peka dengan perkembangan di wilayah Arab ini, sudah pasti mereka juga akan menerima nasib yang sama.
Dan pada malam ini (16 September 2011)Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (ISA).Dalam perutusan khas Hari Malaysia sempena sambutan Hari Malaysia 2011, Perdana Menteri juga memaklumkan bahawa dua undang-undang baru akan digubal di bawah Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan bagi mencegah perbuatan subversif, keganasan terancang dan perbuatan jenayah.
Selain itu, katanya, kerajaan juga akan memansuhkan Akta Buang Negeri 1959, di samping mengkaji semula beberapa undang-undang lain bagi memastikan ia memenuhi kehendak semasa.
Di samping itu, tambahnya, Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 dikaji semula dengan pembaharuan tahunan dihapuskan dan digantikan pengeluaran lesen sehingga dibatalkan.
Sebelum ini, PM Najib telah mencadangkan pembentukan satu jawatankuasa pemilih Parlimen bagi meneliti status sistem pilihan raya bagi membaiki perjalanan pilihanraya yang adil, bersih dan bebas.
Sebenarnya, semua perubahan yang disebut di atas, yang ingin dilaksanakan oleh PM Najib itu, bukanlah untuk memikat hati rakyat kepada UMNO atau BN untuk menghadapi pilihanraya yang akan datang ini, tetapi lebih kepada persediaan parti itu untuk menjadi parti yang kalah pada pilihanraya itu.
Hanya dengan keadaan demokrasi yang berada di atas landasan yang betul, dan piliharaya yang dilaksanakan bersih, adil dan bebas, barulah parti yang kalah mempunyai peluang untuk menang.
Seperti yang saya katakan sebelum ini, kalau ditakdirkan BN kalah pada pilihanraya umum akan datang ini, dan sistem demokrasi dan pilihanraya masih kekal dalam keadaan ‘kotor’, mungkin BN akan terpaksa menunggu 50 atau 70 tahun lagi untuk menang semula seperti yang dialami oleh parti pembangkang sekarang ini.
Apa pun nawaitu beliau, PM Najib harus diberi pujian kerana berani telah membuat perubahan untuk kebaikan masa depan rakyat Malaysia. Kemerdekaan Negara hanya lebih bermakna jika rakyat dapat merasakan kemerdekaan. Tiada kemerdekaan tanpa demokrasi.
Walaupun usaha PM Najib ini sudah terlambat, sekurang-kurangnya, di penghujung hayatnya, UMNO dan BN telah membersihkan ‘dosanya’ yang telah mencemar demokrasi dan amalannya. Dengan harapan setelah kalah nanti, UMNO dan BN tidak terus dihantui dan dimomokkan sebagai parti yang telah merosakkan demokrasi.
Sebagai tanda penghargaan, dengan rasminya logo bebaskan Malaysia dari ISA dikeluarkan dari blog ini.
5 comments:
Saya berpendapat bahawa UMNO/Bn yakin,setelah mentelaah pada kajian mereka bahawa:
selepas PRU13,kerajaan pusat akan bertukar.
Akibat peralihan kuasa dari UMNO/BN selapas PRU13, yang akan menjadi pati pembangkang, kapada kerajaan baru,........
maka pati kerajaan (PR)ketika itu, akan menguna apa saja undang undang yang ada untuk mengekang dan kongkong musuh politik...(UMNO)
Dengan unjuran senario itu, dalam kajian UMNO/BN, maka lebih baik kita mansuhkan undang undang semacam ISA dll.
Kalau UMNO BN menjadi pati pembangkang, sekurang2 nya ada mahkamah ,UMNO harap harap begitu.
Ini strateji pre emptive strike...
Yang lain lain itu hanya populist,nak jaga talian hayat UMNO dan nak jaga hati kerabat anak cina muar tu.
Kerabat dan kaum nya saperti dua sepupu di PERAK ,dan sekapal tu, tidak akan pindah undi dari PR kapada BN.
Najib buat apa pun undi cina tidak akan lagi memihak kapada UMNO.
Saya tidak sokong pendiriian Najib,sebab
1.undang undang baru akan di istihar selepas UMNO menang (satu petaruhan)PRU 13.
2.nak raihkan kepujian antarabangsa.
3.ketagihan kepujian dari Bar council bersih ngo, Amerika England.
Sekarang ni buang yang lama sebagai persiapan kalu kalah PRU13,sebab apa saja Najib buat tidak akan sokongan kerabat budak muar tu ..,Najib wasting time.
arjuna waspada
changkat lobak.
Salah tu sebenarnya parti pembangkang adalah pemangkin kepada orang swasta untuk menyatakan ketidak puasan hati pada Kerajaan sekarang.
Orang swasta (orang-orang yang bukan ada kaitan berkerja kerajaan )mereka ini cemburu dengan nikmat yang apa selalu Ceupac laungkan.
Lihatlah Ceupac mereka selalu mengugut PM akan melancarkan kempen mogok, kalau bonus atau gaji dan elaun mereka tidak dilayan setiap tahun.
Mereka Ceupac bangga dengan ahli seramai 1.27 juta orang itu, tampa melihat jumlah orang swasta berdaftar sebagai pencarum KWSP seramai 11juta orang lebih.
Malah kalau dikira dari jumlah Orang kampung, pekerja kilang,peniaga,penganggur yang tidak berdaftar dengan KWSP pun sudah ramai dari ahli Ceupac tersebut.
Bermula dari zaman Pak Lah menaikkan gaji kakitangan kerajaan, terlebih naik sampai barang-barang keperluan pun ikut naik dari satu barang ke demi satu barang harian.
Tindakan ini memang popular tapi hasilnya Omar Osman presiden Ceupac yang dapat nama dan gelaran Datuk , tapi Pak Lah terkulai di turunkan oleh orang swasta iaitu 11juta orang swasta pencarum KWSP bersama mereka yang bukan kerja kerajaan yang lain.
Orang Swasta bukan orang Cina dan India saja ahli didalamnya malah orang Melayu terpinggir atau tak dapat kerja kerajaan kerana tak ada mak cik atau pak cik yang kerja dalam kerajaan yang senang nak rokeman mereka kerja.
Mereka ini lah yang merasa kecewa kerana sudahlah tiada jaminan tetap kalau kerja swasta,tiada kemudahan pinjaman, Interest bunga yang tinggi dari bank, faedah KWSP yang kecil setiap tahun sekitar 5% atau 4% setiap tahun.
lagi sakit hati duit KWSP mereka digunakan oleh kerajaan untuk bayar bonus orang kerajaan terutama hari raya dan musim sekolah.
Duit KWSP orang Swasta banyak 11juta orang katakan seorang sumbang RM100 je. (11,000,000 X RM 100= RM 1,100,000,000) Wow banyaknya..
Duit ini yang Felda pinjam untuk bayar bonus para peneroka dan bonus orang-orang kerajaan.Bayangkan sakit hati orang swasta sudahlah penat lelah dan menahan maki hamun boss mereka ditempat kerja.
Satu kebajikan pada mereka pun tak dapat ,lainlah jika PM umumkan RM1000 duit raya boleh keluar dari akaun dua KWSP mereka .
Ini tidak gaji orang kerja kilang sama kelulusan dengan orang kerja kerajaan jauh lebih rendah dan teruk layanan mereka. Tiada jaminan langsung orang kerja swasta ini , sedih......
Maka lahirlah golongan kedua memberontak, sebelum ini banyak orang kerajaan memberontak tapi tidak seramai orang swasta yang masih muda belia.
Nah..! lihat lah dimana-mana sekalipun mesti ada orang mengatakan kerajaan sekarang tak bagus. Cerita Harga barang naik itu hanya wayang ketidak puasan dan kecemburuan pada orang kerajaan yang banyak dapat kemudahan bermacam-macam.
Zaman Mahathir dulu tidak adalah macam itu sebabnya nak kerja kerajaan pun basic polis baru RM450 sama dengan basic gaji orang kerja kilang. tapi taraf kelulusan mereka sama. Tambahan pula PM Mahathir masa tu cakap kerja kerajaan bukan untuk kumpul harta tapi berkhidmat pada bangsa dan negara. Kalau tidak puas dengan gaji mereka sila berhenti dan berniaga atau kerja swasta. Ha..!Baru betul ,kerja kerajaan bukan untuk kumpul harta tapi berkhidmat pada nusa dan negara.
Tapi sekarang dah terbalik semua anak muda nak kerja kerajaan sebab kemudahan dihari tua tapi yang dapatnya beberapa kerat. selebihnya kecewa dan menyalahkan kerajaan. Maka makin ramailah yang menyokong pembangkang untuk jadi tunggangan menyuarakan ketidakpuasan mereka.
Sekian
Dear tuan, saya mengaitkan laman web anda.Saya berharap anda tidak keberatan untuk menghubungkan saya kembali.
ini laman blog saya http://allanpakdoe.blogspot.com
SUDAH TIBA MASANYA ORANG KERJA KERAJAAN TIDAK BOLEH KHAWIN ORANG KERJA KERAJAAN JUGA. KALAU DEGIL JUGA HANYA SALAH SEORANG SAJA DAPAT PENCEN. CONTOH CIKGU KHAWIN CIKGU, POLIS KHAWIN TENTERA DAN SEBAGAINYA. INI AKAN MENGURANGKAN MASALAH KABEL (ORANG DALAM) DAN MENINGKATKAN PRUDUKTIVITI PERKHIDMATAN KERAJAAN , SEBABNYA ADA KEMATIAN DUA-DUA ORANG CUTI, KERETA EXCIDENT LAKI BINI CUTI, ANAK SAKIT PERUT PUN MEREKA CUTI.
SELAIN ITU MENGURANGKAN MASALAH KECEMBURUAN ORANG TAK DAPAT KERJA KERAJAAN WALAUPUN DAH LAMA MINTAK TAPI TIDAK PERNAH DAPAT, YANG PENTING PARTI BARISAN NASIONAL PASTI NAIK SEMULA SEBAB SETIAP KELUARGA DI MALAYSIA INI ,ADA AHLI KELUARGANYA DAPAT KERJA KERAJAAN.ADIL DAN SAKSAMA...
AKHIRNYA KITA SEMUA PUAS HATI………
Tabung Simpanan pekerja orang swasta KWSP adalah satu tabung yang duit masuk tak keluar-2 sehingga umur 55tahun.Tambahan lagi ahli baru makin bertambah setiap hari dan tahun.
Jadi ia ialah satu tabung yg paling untung dan jadi pihak kerajaan selalu meminjam sesuka hati tampa kebenaran ahli KWSP.
Lihatlah Felda pimjam RM6 Billion untuk bayar Bonus peneroka dan penjawat awam.
Sepatutnya Felda pinjam kena bayar faedahnya sekali bagi kebajikan pekerja swasta.Malangnya kerajaan sebagai seorang ayah yang menyuruh anaknya simpan duit dalam tabung, tapi ayahnya berjoli duit tabung anaknya itu.
Sepatutnya Pihak MTUC dan pencarum boleh saman kerajaan yang tidak jujur.Cuba fikirkan;-siapakah yang melantikkan pengarah KWSP (Kerajaan juga).
Duit Tabung KWSP bukan duit Income Tax . ia adalah seperti duit Koperasi.Aktanya tak sama, kita boleh samakan dengan duit Tabung Haji.
Urusan keluar masuknya, sama macam ASB dan Tabung Haji cuma tak boleh keluar sampai umur 55tahun.
Mana minit Mesyuarat agong KWSP dan ahlinya.kalau seorang ahli pencarum pun susah hendak keluarkan duit KWSP, kena ikut prosuder, kenapa pula kerajaan senang-2 guna duit itu. Kalau ada pencarum yang menipu keluar duit dia akan dihukum, tapi kerajaan pakai duit tu tak apa ,tak ada salah pada pekerja swasta,nak guna duit tu nak naikkan gaji penjawat awam pun tak apa.Sebab itu bangunan KWSP nya kecil saja tak membesar macam Tabung haji, sebab kerajaan selalu pakai dan bagi interets yang rendah pada ahlinya. walaupun ahlinya menyimpan beratus dan beribu ringgit setiap bulan.
kalau kerajaan jujur duit itu boleh dilaburkan dalam ASB yang bagi interet tinggi sampai 8.5%
Cuba bayangkan kalau seorang pekerja potong 11% dari gajinya RM1000 dan tambahan majikan 13% lagi bereti RM1000 x 23%=RM230.
Itu sorang kalau 5.3 juta orang ahli macam PM Najib cakap dlm burget 2012 fasa 108 lepas, berapa juta Billion RM pula hasilnya.
Duit itu ujud kerana seorang pekerja swasta Malaysia. Andai kata kalau tiada pekerja Swasta kerajaan pun pening kepala.Kan kerajaan ni macam seorang ayah suka pakai duit, guna pula duit tabung anaknya. Apa lagi kerajaan mahu dari orang Swasta ini , cukai mereka dah bayar, tak kan pula nak bela anak emas penjawat awamnya saja.
Bukan sekali setiap kali tuntutan penjawat awam berkumandang dalam burget , banyak kali cakap seolah-olah pekerja swasta tak ujud. tapi duitnya ujud.
Seorang ayah jangan tidak adil pada anak-anaknya , lebih-lebih lagi guna tabung anak si A untuk bagi si B belanja .
Bila orang swasta MTUC mintak gaji minimun, alasan takut pelabur lari. Tapi alasan itu sudah basi, lihatlah Pulau Pinang dan Selangor pelabur negeri tidak pulak lari kalau PKR memerintah.
Ada menteri yang cakap kalau gaji minimam ujud ,pekerja asing dapat tempiasnya , cuba kita fikir siapa yang bawa masuk pekerja asing bukankah kerajaaan yang bawa masuk ramai-ramai tu.
Pekerja asing tak ada kerja bukan masalah kita ia masalah negara mereka.
Cuba fikir kenapa negara Singapura boleh bagi elaun sara hidup pada rakyatnya yang tidak bekerja.
Sebenarnya duit KWSP pekerja boleh diberi lagi banyak faedah pada ahlinya. selain diveden, skim insuran , skim ganjaran tambahan pada pengeluaran umur 55tahun atas kutipan satu sen setiap sumbangan semua ahli untuk diberi pada ahlinya yang bersara diusia 55 tahun. Sebab ahlinya bertambah setiap hari dan tahun bukan berkurangan. Jadi siapakah yang pakai, Kalau ahli orang beragama Islam saja yang menabung dalam Tabung Haji boleh punyai bangunan canggih, inikan pula orang Melayu, Cina dan india yang setiap bulan menyimpan dalam KWSP. Sayang bangunan KWSP tetap macam tu sampai bila-bila pun.
Jadi jangan kecilkan hati orang Swasta.
Post a Comment