Kita pun tidak faham kenapa lori-lori di Negara kita menggunakan kanvas pembalut badannya yang berwarna hijau.
Kalau di siang hari warna hijau memang kelihatan cantik, tetapi bila waktu malam, warna hijau sukar untuk dilihat.
Kalau lori-lori ini dapat menukar kanvas pembalutnya kepada warna putih atau oren, tentu lebih mudah dapat dilihat oleh pengguna-pengguna jalanraya yang lain ketika di waktu malam kerana warna putih dan oren dapat memantulkan cahaya dengan baik.
Dengan menggunakan warna putih atau oren, pemandu kenderaan yang mengekori lori-lori ini dapat mengenalpasti kedudukan lori-lori tersebut dengan lebih cepat dan mempunyai masa yang cukup untuk otak mereka bertindakbalas.
Lori-lori yang berat ini selalunya bergerak perlahan, oleh itu pemandu kereta yang lebih laju mengekorinya di waktu malam tidak dapat mengagak kelajuan lori didepannya. Sehinggalah apabila telah dekat pemandu kereta ini baru sedar lori itu bergerak terlalu perlahan. Kadang-kadang bila sedar, keadaan sudah menjadi terlalu lambat untuk bertindak dan berakhir dengan kemalangan.
Mata kita lebih peka dengan warna cerah seperti putih, kuning, merah dan oren, sebaliknya tidak peka kepada warna gelap seperti hitam dan hijau yang tidak dapat memantulkan cahaya dengan baik.
Kalaulah lori-lori yang bergerak di waktu malam ini dapat menukar kanvas pembalut badannya kepada warna putih dan oren, tentu ia dapat banyak membantu mengurangkan kemalangan yang melibatkan pelanggaran dengan lori.
1 comment:
Kalau benarlah Zukifli Noordin tu seorang manusia yang baik, bukan seorang manusia yg penuh rasa balas dendam dan ingin menimbulkan kacau bilau, maka apa ertinya ini? Saya gesa saudara baca dengan teliti dan fahamilah sikap manusia seperti ini. Adakah benar ini kelakuan seorang yang dilantik oleh rakyat untuk berkerja keras untuk kebajikan rakyat?
Fikir-fikirkanlah.
Post a Comment