Buat renungan saudara-saudara ku yang memilih wadah keganasan dalam perjuangan:
"Bukanlah tujuan Nabi itu diturunkan untuk membunuh manusia kafir tetapi adalah untuk mengeluarkan manusia dari kekafiran".

Saturday, April 18, 2009

Naib Canselor UTM Zaini Ujang



KIRA-KIRA sekitar jam 10 pagi tadi (17 April 2009) saya sempat mendengar ucapan Naib Canselor (NC) UTM Zaini Ujang yang berkunjung ke pejabat saya di salah satu Fakulti di UTM ini.

Oleh kerana isu yang hangat diperkatakan warga UTM sekarang ini ialah isu Key Performance Indicator (KPI) bagi para kakitangannya, maka beliau banyak menyentuh hal ini dalam ucapannya tadi.

Sepintas lalu saya dapat memberi gambaran NC Zaini Ujang ini adalah seorang ketua yang berkebolehan dalam memotivasi dan menggerakkan orang bawahannya kearah matlamat yang beliau kehendaki.

Dia seorang yang suka berkomunikasi dan tidak akan melepaskan peluang untuk berucap dikhalayak untuk menyampaikan mesej dan ideanya, dengan harapan segala agendanya dapat digarap dengan baik disemua peringkat.

Sebelum ini beliau dikenali sebagai seorang ahli akademik yang aktif dalam membuat penyelidikan dan telah menghasilkan beratus kertas penyelidikan yang tersiar dalam berbagai journal.

Kepercayaan yang diberikan kepada beliau untuk memimpin universiti seperti UTM ini sememangnya satu pilihan yang amat tepat.

Beliau bukan sekadar menjadi ketua yang hanya pandai bercakap tetapi juga mempunyai suri tauladan yang terbaik untuk semua kakitangan akademiknya.

Dalam ucapannya tadi, beliau menekankan betapa perlunya ahli akademik UTM mempunyai penanda aras yang tinggi, sekurang-kurangnya setanding dengan NUS di Singapura.

Tanpa niat untuk merendah-rendahkan universiti lain, beliau menyeru kakitangan akademik UTM supaya tidak sekadar cukup menjadikan Universiti Tun Hussein Onn dan Universiti Pahang sebagai penanda aras mereka.

Beliau juga menyindir sinis professor yang terlalu berbangga dengan gelaran professor tetapi kualiti akademik dan keilmuannya sangat rendah. Malah ada ahli akademik yang tidak segan silu untuk melamar jawatan professor walhal sumbangan mereka kepada perkembangan ilmu dan penyelidikan tidak seberapa.

Beliau juga memberi beberapa contoh beberapa professor ternama di barat, salah seorang darinya professor dari Denmark yang sangat berprinsip, mereka itu lebih rela kalau tidak diberi gelaran professor dari menjadi professor tetapi tidak mampu memberi sumbangan besar dalam perkembangan ilmu dan penyelidikan.

Tentulah tidak sama nilai gelaran professor yang diberikan oleh Universiti di Sintok dengan gelaran professor yang diberikan oleh Universiti di Oxford.

KPI hanya berguna untuk menyelesaikan masalah jangka pendek. Kita tidak boleh bekerja semata-mata kerana untuk memenuhi KPI. Professor Ungku Aziz yang kita semua kenali itu tidak pernah pun melalui proses KPI ini.

PM Najib pun menggunakan KPI untuk memastikan ahli-ahli kabinetnya sentiasa berada dalam keadaan ‘top perform’. Tujuannya adalah untuk mendapatkan sokongan rakyat kepada BN semula.

Berbeza dengan ayah beliau Tun Razak dahulu, Tun Razak tidak perlukan KPI, tetapi yang mendorong beliau dan kabinetnya bekerja keras ialah kesedaran dan perihatin mereka untuk membaiki taraf kehidupan rakyat yang rata-ratanya miskin ketika itu. Mereka lakukannya dengan hati yang ikhlas untuk semua rakyat tanpa kira mereka menyokong parti pembangkang atau tidak.

Walaupun KPI boleh digunakan oleh pemimpin politik untuk memastikan parti mereka mendapat sokongan rakyat namun KPI tidak mampu untuk mengukur keikhlasan seseorang manusia.

Oleh itu untuk penyelesaian jangka panjang kita tidak boleh bergantung kepada KPI semata, tetapi perlu dalam masa yang sama sangat penting kita mendidik dan menanamkan budaya dan amalan yang positf dalam masyarakat kita secara berterusan.

Kalau kita mahu menjadi cemerlang dalam segala bidang, sikap amanah, rajin bekerja, bertanggungjawab, kesanggupan berkorban, tidak mementingkan diri dan sentiasa ingin menyumbang kebaikan kepada manusia adalah nilai-nilai yang mesti menjadi amalan kita.

Kita tidak akan sampai ke tahap yang membanggakan, kalau kita terus mengamalkan dasar ‘pengampuan’ dan mengenepikan dasar ‘kemampuan’ dalam keutamaan memberikan sesuatu jawatan kepada seseorang.

7 comments:

Anonymous said...

Tak usah lah nak pakai KPI tu. Just another buzz word yang pengasas nya nak buat duit.
Aneh sungguh Malaysia ni, dari PM sampai ke vc dan entah siapa lagi kaki pembodek cakap pasal KPI. Mereka tak paham atau memang kelabu asap dan tak ada originality sendiri. Cuba suruh mereka perjelaskan apa itu KPI dan bagaimana ia dapat di laksanakan dan apa kebaikan dan faedah nya.
Kalau nak tahu si Najib tu masa jadi Menteri Pertahanan dah perkenalkan KPI tapi apa yang terhasil tetapi cuba tanya berapa banyak duit dah di belanjakan untuk perkara yang tak berfaedah sekadar ia menjadi percaturan pemikiran mereka yang tidak ikhlas dan bertujuan untuk membuat keuntungan sahaja.
Dari pemimpin negara hingga orang yang merasakan mereka bijak pandai semua tak bolih harap selain mengampu.

LadyAna said...

Blog heavy politic ni..hehehe...very tense...campur2 la sikit dgn yg lain..btw..nape takde chatbox utk visitor leave message..

Unknown said...

Untuk anonymous: xperlu lah anda membangkang habis-habisan pasal KPI tu jika tidak suka..kalau xsuka jangan condemn. seorang pemimpin akan keluar dengan idea2 yang and tagline masing.rakyat malaysia dan juga masyarakat melayu sendiri perlukan sesuatu yang dipanggil 'penanda aras'.tujuannya untuk membimbing dan memberi peringatan kepada kita di mana kita berada..

KPI tu just another tagline..tapi cara penerimaan tagline tu xpayah di'bising2'kan..yang penting kita guna sama ada untuk hidup seharian kita ataupun untuk pekerjaan kita..

sewaktu pak lah jadi PM dulu,beliau ada perkenal tagline yang bunyinye lebih kurg mcm ni,'kurangkan kebergantungan orang bawahan terhadap pemimpin'. masalah yang sama juga, manusia xpandai nak aplikasi tagline tu..cuma pandai dengar dan komen..

maaflah en yusuf saya komen panjang sangat.hehe..

Anonymous said...

kalau tak tau jgn pandai2 nak komen

-WADAH- said...

Assalamualaikum dan salam singgah...

KPI, Kualiti, Modal Insan, Akauntabiliti dan lain-lain istilah sebenarnya adalah istilah lama yang diperbaharukan. Konsepnya masih sama - mahukan yang terbaik, namun kita "sedapkan" cara/alat untuk mencapainya dengan istilah-istilah tersebut.

Kalaupun tidak ada KPI, bukan bermaksud segala tugas kita tidak dihakimi oleh orang lain. Sebab kita akan sentiasa dihakimi oleh orang.

Bayangkan situasi begini, seorang pekerja perkhidmatan telah melakukan yang terbaik dalam perkhidmatannya kepada pelanggan; banyak pelanggan yang menggemari cara beliau berkhidmat, namun pada satu "uneventful day" tiba-tiba dia terbuat "slack" depan ketua jabatannya - menyebabkan persepsi ketua jabatan terhadapnya serong. Apakah beliau ini hendak dikategorikan sebagai orang yang tidak mempunyai KPI yang baik kerana kesilapan yang satu itu di hadapan ketua jabatan?

Begitulah halnya dengan keadaan yang lain. Modus operandi KPI itu sediri perlu jelas, jangan terlalu "rigid" sampai persoalan diatas timbul. Kalau tidak, jadilah keadaan yang mana pekerja perlu "perform" hanya di hadapan Ketua Jabatan dan tidak ketika tidak berhadapan dengannya...

boonkwang said...

"xperlu lah anda membangkang habis-habisan pasal KPI tu jika tidak suka..kalau xsuka jangan condemn."
apa logik ni??

Saya rasa, maksud anonymous KPI bukan satu sistem penilaian yang rakyat boleh nampak dgn jelas. Oleh itu, setakat ini kita hanya boleh menilai kejayaan sistem ini berdasarkan pencapaian lepas. Walau bagaimanapun, kita x nampak sangat improvement yg jelas. So conclusionnya, KPI ni kena dijelaskan konsepnya, dan lebih penting lagi semua orang kena faham kegunaannya KPI ni.

Tujuannya memang baik, x dpt dinafikan. Tetapi, kalau kira x faham dengan maknanya, bagaimana nak applykan dengan baik dalam syarikat mahupun satu negara yang sebesar tu?

Anonymous said...

anonymous

pada pendapat saya,semuanya bergantung kepada sikap masing2.andai seseorang itu sentiasa mengambil sesuatu yang baik meskipun dalam keburukan,tentu sahaja KPI ini dapat membawa kebaikan.Namun,andai seseorang itu sering mencari keasalahan meskipun dalam kebaikan, sudah tentu tidak memberi apa2 kesan dan menyusahkan pelbagai pihak. Saya mengikuti perkembangan di Utm meskipun bukan warga Utm.Mengikut pandangan saya, beliau tidak hanya bercakap, tetapi melaksanakan dan mengamalkan prinsip -'pemimpin buat baru yang lain ikut'.

Boikot Barangan Yang Membiayai Kekejaman Israel

my playlist


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com