Buat renungan saudara-saudara ku yang memilih wadah keganasan dalam perjuangan:
"Bukanlah tujuan Nabi itu diturunkan untuk membunuh manusia kafir tetapi adalah untuk mengeluarkan manusia dari kekafiran".

Tuesday, April 14, 2009

Satu Malaysia, Mengundang Seribu Tafsiran

PELBAGAI tafsiran timbul bila PM Najib menjadikan gagasan satu Malaysia sebagai visi pentadbirannya. Lain orang lain tafsirannya terhadap ungkapan ‘satu Malaysia’.

Hanya PM Najib saja yang benar-benar tahu apa yang dimaksudkannya dengan ungkapan satu Malaysia itu, manakala orang lain itu hanyalah menelah mengikut fikiran masing-masing saja.

Keadaan ini samalah seperti konsep Islam Hadhari yang diperkenalkan oleh Pak Lah semasa beliau menjadi PM. Sehinggalah dia turun dari jawatan PM, rasanya tidak ramai rakyat Malaysia yang memahami Islam Hadhari seperi mana yang beliau fahami.

Begitu jugalah dengan ungkapan ‘perpaduan’ yang selalu menjadi slogan dan dilaung-laungkan oleh pemimpin Negara. Sehingga kini ungkapan perpaduan ini tidak dapat ditafsirkan secara tepat. Perpaduan yang macam mana yang mereka kehendaki? Apakah perbezaan antara 'perpaduan' dengan 'satu Malaysia'?

Dari segi Negara, negara Malaysia memang ada satu saja. Di masa dulu memang ada Malaysia Barat dan Malaysia Timur, tetapi sebutan itu telah lama dimansuhkan.

Apakah satu Malaysia menunjukkan satu bangsa Malaysia? Apakah ia sama dengan konsep Malaysian Malaysia yang diperjuangkan oleh DAP.

Apakah satu Malaysia yang diperkenalkan oleh PM Najib ini adalah mengambil aspirasi ayah beliau Tun Razak yang telah menyatukan sejumlah besar parti politik, bergabung di bawah konsep Barisan Nasional dalam mencapai satu matlamat.

Setakat ini PM Najib hanya menyebutkan satu Malaysia itu sebagai satu hala tuju, tetapi kearah mana yang hendak dituju atau apa yang hendak dituju, tidak pula diberitahu.

Apa yang kita kesalkan, kalau slogan saja yang kelihatan baru tetapi dari segi pelaksanaannya, pi mai pi mai tang tu jugak.

Apa pun tafsiran orang ramai, ungkapan 'satu Malaysia' sudah mula menjadi sebutan dan polemik orang ramai. 'Satu Malaysia' sudah menjadi sinonim dengan PM Najib. Satu Malaysia sudah heboh. Harapan kita, tidaklah slogan akan tinggal slogan saja.

4 comments:

Baginda Reformasi said...

ape beza one malaysia dengan malaysian malaysia

kekwa66 said...

PM nak One Malaysia, TPM dah rosakkan agendanya...buat kenyataan di utusan malaysia, lepas tu akhbar cina putarbelitkan katanya, suruh mereka masuk sekolah balik belajar bahasa melayu.
Lepas tu cakap kerajaan perak tumbang, cina perak anggap melayu tumbangkan cina, adakah patut kata2 macam ni keluar dari mulut seorang pemimpin tertinggi Malaysia?? Memalukan saja la.....
Minda orang UMNO ni, sampai dunia khiamat pun tak akan berubah!!

Yanaam said...

Habis lah Muhyiddin. Koh Tsu Koon sedang menilai TPM. Minggu pertama dah tanda merah.

Syed Izham said...

betul tu...

Boikot Barangan Yang Membiayai Kekejaman Israel

my playlist


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com