Buat renungan saudara-saudara ku yang memilih wadah keganasan dalam perjuangan:
"Bukanlah tujuan Nabi itu diturunkan untuk membunuh manusia kafir tetapi adalah untuk mengeluarkan manusia dari kekafiran".

Wednesday, November 12, 2008

Harga Tambang AirAsia Mengelirukan ~ ref malaysiakini

Apabila kita membeli suatu barang di kedai, kita akan membayar mengikut tanda harga yang dilekatkan pada barang tersebut. Kalau kita bersetuju dengan harga yang dipamerkan itu maka kita akan beli untuk mendapatkannya. Cara ini memang mudah, jelas dan tidak mengelirukan orang ramai.

Tetapi kebiasaan ini tidak boleh dipakai pada harga tambang penerbangan AirAsia. Mungkin harga tiket yang diiklankan hanya RM9.90 untuk ke satu destinasi penerbangan, tetapi bila kita beli tiket tersebut harganya boleh mencecah lebih dari RM70. Ini memang mengelirukan.

Mungkin ini merupakan strategi AirAsia bagi menarik perhatian orang ramai untuk menggunakan penerbangannya, tetapi saya rasa cara ini adalah keterlaluan dan kurang bertanggungjawab.

Kalau kita hendak membeli kereta pun, penjual kereta akan menawarkan kepada kita harga di atas jalan bukan harga sebelum cukai. Kalau harga sebelum cukai dan tidak termasuk insuran tentu harga kereta itu kelihatan jauh lebih murah. Walupun kelihatan lebih murah tetapi tidak pernah pula penjual kereta menawarkan kepada kita harga sebelum cukai, kerana sudah tentu harga tersebut tidak membolehkan kita memandu keluar kereta tersebut dari kedainya.

Memang ada juga restoran-restoran yang mengenakan cukai kerajaan sekitar 5% bila kita beli makanan di restoran tersebut. Walaupun harga makanan yang dipamerkan tidak termasuk cukai 5% itu, tetapi ini tidak memberi banyak masalah kepada orang ramai kerana jumlah cukai yang dikenakan itu amat kecil. Kalau harga makanan itu sebanyak RM10, bermakna orang ramai kena membayar lebih 50 sen menjadi RM10.50.

Perbezaan yang kecil antara harga yang dipamer dengan harga yang pengguna kena bayar itu tidaklah menimbulkan kekeliruan kepada pengguna dan masih boleh diterima. Tetapi kalau perbezaannya sudah menjadi berlipat ganda dari RM10 kepada RM70, ini sudah tidak masuk akal.

Kalau di masa dulu, kalau kita beli tiket penerbangan MAS, kita akan bayar seperti harga tiket yang dipamerkan. Kita tidak akan dikenakan apa-apa bayaran tambahan selain dari harga tiket itu. Bila kita bayar harga tersebut pasti kita akan sampai ke tempat yang kita hendak tuju. Cara ini mudah, jelas dan tidak mengelirukan.

Tetapi bila kerajaan mula menggalakkan perkhidmatan awam diswastakan, maka bermulalah episod demi episod ‘penipuan’ terhadap pengguna. Sudah menjadi kebiasaan syarikat-syarikat swasta ini mengenakan caj-caj tersembunyi kepada orang ramai. Mereka mengambil kesempatan di atas kejahilan orang ramai.

Kita bersetuju perkhidmatan awam diswastakan untuk memberi perkhidmatan yang lebik baik dan cekap kepada orang ramai, tetapi janganlah sampai boleh menimbulkan kekeliruan dan menyusahkan orang ramai.

Pemimpin sepatutnya membela dan berjuang untuk rakyat, bukannya berjuang dan menjaga kepentingan pelabur dan pemegang saham dengan menggunakan landasan undang-undang bagi ‘merompak’ rakyat.

3 comments:

Anonymous said...

ree

TULIS ONLINE said...

Salam Blogger...

Salam ziarah ke blog Tuan...

Jika ada masa kelapangan, singgahlah ke blog saya...



Ikhlas...

Ajeem said...

salam saudara,terima kasih sebab mengikuti blog saya.harap kita sentiasa berinteraksi melalui setiap entri dalam blog masing2..sebagai pengguna perkhidmatan Air Asia maka wajar sekali saya bersetuju dengan pandangan saudara.kesian orang kampung yang tidak tahu apa itu 'business' tertelan semula air liur.ingatkan betul2 murah...itulah kata2 yang sentiasa saya dengar daripada rakyat marhaen.pernah suatu ketika saya menempah tiket melalui online harga jauh berbeza berbanding pasaran walaupun destinasi dan masa sama...apa pun,perkhidmatan Air Asia memberi peluang kepada orang ramai bagi menjimatkan kos penerbangan.

Boikot Barangan Yang Membiayai Kekejaman Israel

my playlist


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com