Tentu sebelum pilihanraya ke 12 yang lepas lagi sudah ada dalam kepala Pak Lah untuk menaikkan harga minyak petrol dan diesel yang telah pun dilakukan semalam (4 Jun 2008).
Tapi niat dan rancangan untuk menaikkan minyak itu terpaksa dirahsiakan sehinggalah selepas pilihanraya. Kalau diberitahu sebelum pilihanraya tentulah BN boleh kalah atau tidak membantu BN dalam pilihananraya kerana pada masa kempen itu parti pembangkang telah pun menabur janji untuk menurunkan harga minyak.
Semalam adalah kenaikan pertama selepas pilihanraya, dan akan dikuti oleh beberapa siri kenaikan lagi sehingga harga minyak yang dijual di pam minyak sama dengan harga di pasaran bebas. Maknanya di akhir nanti kerajaan tidak lagi mengawal harga minyak dan harga minyak petrol dan diesel di pam minyak tidak lagi harga bersubsidi.
Bagaimanapun kerajaan telah menawarkan sekim yang berbentuk bantuan wang petrol dan diesel kepada golongan yang berpendapatan rendah sebagai ganti sekim subsidi yang sedia ada.
Kita tidak pasti bagaimana penerimaan rakyat dengan sekim bantuan wang petrol itu. Mungkin rakyat terpaksa terima juga daripada langsung tak ada bantuan. Sekim bantuan petrol tidaklah sama seperti sekim subsidi sebelum ini. Dari sekim yang baru ini setiap rakyat dapat bantuan dari kerajaan berupa sejumlah wang yang tetap setahun sekali, tidak bergantung kepada berapa banyak minyak yang mereka gunakan.
Sebagai contoh sebuah motorsikal akan diberi bantuan duit minyak sebanyak RM150, kalau pengunanya kerap menggunakan motor tersebut tentulah RM150 itu tidak banyak dapat membantu. Tetapi kalau dengan sekim subsidi sebelum ini, harga minyak sentiasa rendah dan kita boleh menggunakannya seberapa banyak tanpa bimbang dengan pertambahan kos.
Katakan seorang yang menggunakan motorsikal membelanjakan RM50 sebulan untuk minyak petrol sebelum ini, maknanya sekarang beliau berbelanja RM70 sebulan untuk petrol setelah harga naik 40%. Untuk jumlah setahun sekarang beliau berbelanja sebanyak RM840, setelah ditolak duit bantuan minyak dari kerajaan sebanyak RM150, jumlah bersih ialah RM690. Tetapi untuk harga lama iaitu harga sebelum subsidi di struktur semula, beliau hanya membelanjakan sebanyak RM600 sahaja setahun.
Walaupun mungkin sekim baru ini tidak begitu menarik tetapi nampaknya ia merupakan mekanisma sangat berkesan untuk membasmi ketirisan dalam pemberian subsidi.
Apabila minyak petrol dan diesel dijual di pam dengan harga tanpa subsidi, sudah tentu tidak ada lagi subsidi yang tiris kepada warga asing, dengan itu kerajaan akan dapat menjimatkan perbelanjaan yang banyak.
Langkah kerajaan untuk berjimat ini memang bagus. Tetapi janganlah berhenti pada minyak sahaja. Sebelum ini telah banyak berlaku wang kerajaan dibelanjakan dengan cara yang tidak berhemah. Projek kerajaan dilaksanakan dengan cara yang membazir.
Janganlah hendaknya penjimatan dari duit subsidi minyak yang ditarik balik ini dialihkan pula untuk membangunkan projek-projek koridor Pak Lah dan akan masuk pula ke dalam poket kontraktor-kontraktor yang dianugerahkan tender untuk membangunkan projek-projek di koridor tersebut.
Rasuah juga perlu dibenteras dengan bersungguh-sungguh dan berkesan, amalan rasuah yang berluas-luasa menyebabkan kos projek menjadi lebih mahal dan mutu projek yang dihasilkan tidak memuaskan.
Di awal tahun 80 an bilangan kereta persendirian tidaklah sebanyak sekarang ini, masa itu yang bekerja sebagai guru pun tidak cukup kemampuan membeli atau menggunakan kereta. Tetapi sekarang ini hampir semua orang yang bergaji tetap boleh memiliki kereta.
Mungkin di awal tahun 80 an dulu kerajaan tidak ada masalah untuk memberi subsidi minyak kerana bilangan kereta tidak banyak seperti hari ini, oleh itu jumlah isipadu minyak yang digunakan pada masa itu tidaklah sebesar hari ini.
Kadang-kadang polisi kerajaan yang menggalakkan rakyat membeli kereta untuk menyokong industri kereta nasional juga telah menyumbang kepada pertambahan bilangan kereta dan minyak yang digunakan. Walaupun kita tahu sumber minyak dalam bumi tidak akan bertambah dan satu hari nanti ia akan habis dan kering juga namun minyak telah digunakan dengan cara yang paling tidak cekap.
Tidak hairanlah harga minyak akan terus meningkat kerana makin hari sumber minyak makin berkurang, sedangkan penggunaannya semakin bertambah.
Apakah semua orang perlu menggunakan kereta?
Sudah sampai masanya kita perlu memikirkan bagaimana kita dapat mengurangkan penggunaan minyak dan menggunakannya dengan cara yang paling cekap. Kita berjimat menggunakan minyak bukanlah semata bertujuan untuk menjimatkan berbelanjaan kita tetapi yang lebih penting lagi untuk melambatkan dunia dari kehabisan sumber minyak.
Tidak dapat dinafikan penggunaan minyak petrol dan diesel secara berlebihan dan tidak terkawal ini turut juga menyumbang kepada pencemaran alam dan pemanasan global yang mengancam kehidupan manusia di bumi ini.
Mungkin banyak kebaikan dan hikmah disebalik kenaikan harga minyak ini, sekalipun ramai rakyat yang mengundi BN pada pilahanraya yang lalu rasa menyesal mengundi BN disebabkan kerajaan BN telah menaikan harga minyak yang tinggi melambung ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
my playlist
Create a playlist at MixPod.com
3 comments:
Isu minyak ini bukan sahaja melanda Negara kita. Ia melanda pada setiap Negara di dunia. Kerajaan harus pandai dalam menangani isu ini, bagi pendapat saya, Kerajaan patut mengalihkan subsidi minyak kepada pemasangan NGV tank. Kerajaan boleh memberi rm3k subsidi pada kenderaan berkapasiti 2000cc ke bawah. Manakala kenderaan seperti kelisa, kenari atau kancil yang tidak boleh memasang NGV Tank ini, Kerajaan boleh memberi subsidi rm2K setahun. Sudah pastinya Kerajaan akan untung dalam hal ini, ini adalah kerana harga bagi gas NGV adalah sebanyak rm0.80 sen seliter. Kerajaan hanya memberi subsidi kepada kenderaan sekali sahaja untuk pemasangan NGV Tank. Bayangkan jika hal ini berlaku, maka Kerajaan tidak akan rugi. Sampai bila kta harus bergantung pada minyak?. Kita juga mempunyai pilihan lain, mengapa tidak dibenarkan membuat pilihan tersebut?. Maka kesimpulan yang boleh dibuat, Kerajaan yang ada pada hari ini tidak memainkan peranan selaku perjuang hak rakyat. Saya tidak menyokong mana-mana parti, apa yang benar saya akan sokong. Dalam dunia politik hari ini, masing-masing mengejar kebendaan daripada beramal. Orang melayu hari ini berpecah dan tidak bersatu kerana fahaman politik yang sempit. Orang melayu di tindas oleh bangsanya sendiri. Ini amat sedih sekali. Orang melayu juga tidak bangun menegakkan kebenaran dan hak-hak yang mereka capai sejak kemerdekaan lagi. Apa yang perlu kita buat, kita sebagai rakyat Malaysia dan berbangsa Melayu, kita haruslah merapatkan barisan menentang musuh-musuh. Kita bukan anti perkauman. Kita juga hendaklah hormat pada bagsa lain, kerana agama melarang kita berbuat jahat atau bermusuh dengan bangsa lain. Jika kita bergabung, berganding bahu dan menolak fahaman politik yang sempit, maka kita akan menjadi satu bangsa yang kuat, dan kita juga boleh menentang apa jua isu yang dibangkitkan. Berpeganglah kita pada agama, insya allah agama tidak akan menyesatkan kita. Jika berpegang pada dunia maka dunia akan menyesatkan kita. Maka dengan ini, marilah kita bergabun di bawah satu bumbung menentang kemungkaran. Tegakkan kebenaran. wallah hu alam. Salam Hormat
Ketidakupayaan Pak Lah untuk memahami kehendak raykat dan bagaimana menangani isu kritikal seperti minyak menampakkan Pak Lah bukan seorang pemimpin. Dia hanyalah ahli politik sahaja.
http://nadzrikamsin.blogspot.com/
Hopefully people can still survive and have something to eat and to cherish in life...
I am wondering what happen to the government? Cutting subsidy, price increase? Are we run put of money? Is the country is desperate for money? Anymore money left in the Bank Negara?
Recession may be inevitable, but the government need to make sure that the impact can be soften for those with less money.... Not following the capitalism idea ... the poor is getting poorer and the rich is getting richer...
Post a Comment