Buat renungan saudara-saudara ku yang memilih wadah keganasan dalam perjuangan:
"Bukanlah tujuan Nabi itu diturunkan untuk membunuh manusia kafir tetapi adalah untuk mengeluarkan manusia dari kekafiran".

Friday, May 30, 2008

Pusat Pentadbiran Tuhan terletak 18 juta Km dari Bumi?

Kalau kita perhatikan ayat Al Quran dalam Surah Al Sajadah, ada menggambarkan jarak antara bumi dengan pusat pentadbiran Tuhan, Di sini di tuliskan terjemahan ayat tersebut:

“Dia mengatur urusan dari langit ke bumi, kemudian (urusan) itu naik kepadaNya dalam satu hari yang kadarnya adalah seribu tahun menurut perhitunganmu”. (32:5)

Maknanya segala urusan bumi akan sampai ke Pusat Pentadbiran Tuhan itu dalam masa satu hari dan kalau mengikut perjalanan manusia jarak tersebut mengambil masa 1000 tahun untuk sampai.

Kalau setahun mengandungi 360 hari, ini bermakna 1000 tahun ada 360000 hari semuanya.
Oleh kerana ayat ini turun di zaman Nabi Muhammad s.a.w tentulah ayat ini merujuk kepada kemampuan perjalanan yang di buat oleh manusia umum ketika itu.

Di masa itu perjalanan manusia dari satu tempat ke satu tempat adalah menggunakan unta. Jarak perjalanan yang boleh ditempuh oleh unta yang berbeban dalam masa sehari adalah 50 Km.

Oleh itu untuk masa 360000 hari, jauh jarak yang mampu ditempuh oleh manusia ketika itu ialah:

360000 x 50 km = 18,000,000 km

Kesimpulannya, kalau berdasarkan ayat di atas bolehlah dianggarkan jarak Pusat Pentadbiran Tuhan dengan bumi adalah 18 juta Km.

Untuk panduan kita, jarak antara bumi dan matahari adalah 150 juta Km.
Jarak antara orbit bumi dengan orbit planet Marikh (planet yang terdekat dengan bumi) adalah 77 juta Km.

Wallahualam.

3 comments:

dragonfly said...

nice idea n good calculation. InsyaAllah..dengan usaha encik nie, kiter akan dpt manfaatnya.

songkokamin said...

Salam saudara,, sekadar pendapat saya yang tak seberapa.. Alquran Allah turunkan bukan hanya untuk umat terdahulu tetapi Allah lebih tahu dan semuanya valid untuk manusia sebarang zaman.Kalau mengikut ayat Allah tersebut seribu tahun mengikut perhitungan mu itu mungkin berbeza dengan manusia zaman sekarang. Kalau dengan kelajuan alat teknologi zaman sekarang berbeza 1000 tahun perhitungan naik unta zaman dahulu. Apa yang saya faham mengikut kefahaman yang sedikit( kalau salah tolong betulkan)Allah hanya nak bagi tahu hamba2Nya yang manusia sampai bila2 pun tak akan sampai MELAINKAN dengan IZIN dan sesiapa yang Allah kehendaki sahaja. Wallahualam.. ( perkiraan matematik saudara memang menunjukkan saudara orang yang bijak.. tak terkira macam saudara sekali, orang islam yang cemerlang)

Boikot Barangan Yang Membiayai Kekejaman Israel

my playlist

MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com