TUAN Aziz Tuan Mat adalah pilihan UMNO untuk mewakili BN sebagai calon mereka dalam pilihanraya kecil di Manek Urai pada 14 Julai ini.
Gelaran Tuan yang ada dipangkal nama beliau melambangkan warisan peninggalan dari zaman feudal di mana keturunan mencerminkan status di dalam masyarakat ketika itu.
Gelaran Tuan yang ada dipangkal nama beliau melambangkan warisan peninggalan dari zaman feudal di mana keturunan mencerminkan status di dalam masyarakat ketika itu.
Di zaman feudal, secara umumnya anak tukang kayu akan terus menjadi tukang kayu, anak nelayan akan terus menjalani kehidupan sebagai nelayan.
Menjadi amalan dalam masyarakat feudal, anak Tuan akan terus diangkat sebagai Tuan. Raja dan keturunannya akan terus dimuliakan. Apakah pemilihan Tuan Aziz sebagai calon UMNO ini mempunyai nilai sentimental untuk membangkitkan semula semangat Ketuanan Melayu yang telah banyak dipertikaikan oleh banyak pihak sekarang ini.
Apakah ketuanan Melayu masih relevan dalam suasana kita merayakan slogan 1Malaysia sekarang ini. Apakah konsep ketuanan Melayu tidak bercanggah dengan konsep 1Malaysia. Dimanakah tempatnya ketuanan Melayu dalam 1Malaysia
Sudah tentu Tuan Aziz yang banyak senyum atau tersengih itu tidak boleh menjadi 'tuan' kalau hendak menang dalam pilihanraya kecil ini. Sebaliknya kenalah menjadi hamba kepada rakyat. Kena mesra dan berkhidmat untuk rakyat. Kita bukan hidup di zaman feudal lagi, tetapi zaman manusia cerdik dan celik, yang mengamalkan demokrasi.
2 comments:
salam! penduduk manikurai perlukan
adun yg dapat berkhidmat,pandai menyuarakan keperluan mereka,bukan setakat pandai tersengih2/terhegeh2
nama ,keturunan,tingi rendah pelaja
ran,jawatan, semua nya bukan ukuran.begitu juga janji2 seperti anakangkat/isteriangkat tak usah duk tabur,rakyat sudah reti/masak
dgn gelagat ni, tingut lah pengkalan pasir tok najib sendiri buat janji,apa yg mereka dapat,habut pon tadak, tapi pru12 penduduk pengkalan pasir ajar umno
secukup2 kalau nak tahu tanya tokpi,kesian tokpi jadi mangsa janji tok najib. jadi ingatlah penduduk manikurai janji mee segera lipat dlm poket,dan taghuh,,,
Assalam wbt.
Manik Urai menemukan 2 parti yg masing2 memperjuangkan maruah bangsa melayu dan agama Islam....w/pun kedua2nya saling bertelagah mengenainya. Manik Urai tidak akan rugi apa2.....Jika PAS menang maka ini menunjukkan bahawa pengundi masih memberi peluang kpd Tok Guru untuk memperbaiki apa yg patut diperbaiki ttp jika PAS kalah, butang 'danger' patut sudah ditekan oleh Tok Guru.......Wassalam.
Post a Comment