Buat renungan saudara-saudara ku yang memilih wadah keganasan dalam perjuangan:
"Bukanlah tujuan Nabi itu diturunkan untuk membunuh manusia kafir tetapi adalah untuk mengeluarkan manusia dari kekafiran".

Thursday, July 16, 2009

Dr. Khir Toyo digantung setahun, Ini sudah melampau


DIPETIK dari berita Utusan Malaysia:

SHAH ALAM 15 Julai – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo
serta empat wakil rakyat Barisan Nasional (BN) digantung daripada menghadiri
persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) berkuatkuasa serta merta.
Mohamad
Khir yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Panjang digantung
setahun manakala empat yang lain dikenakan hukuman selama enam bulan.


Saya berpendapat tindakan yang dikenakan oleh Speaker atau Timbalan Speaker DUN Selangor kepada Khir Toyo itu adalah sangat keterlaluan.

Pakatan Rakyat (PR) yang sebelum ini begitu lantang melaung-laungkan demokrasi dan sering mengkritik kepincangan amalan demokrasi di Negara ini, tetapi diri mereka sendiri pun nampaknya lebih teruk lagi. Umpama paku dulang paku serpih, mengata orang tapi diri sendiri yang lebih.

Sepatutnya mereka harus menunjukkan contoh dan sikap yang lebih baik, beramal seperti yang dicakapkan. Jangan jadi cakap tak serupa bikin.

Kalau setakat hukuman menggantung satu atau dua hari dari menghadiri sidang DUN, kita boleh terima lagi. Tetapi kalau sudah sampai setahun digantung, ini sudah jadi macam undang-undang rimba. Ikut suka emak bapak dia saja.

Kita sebagai rakyat dapat merasakan tindakan itu seperti ada desakan dan motif politik bagi menyekat suara ahli DUN yang tidak sealiran.

Kita perlu ingat setiap ahli DUN itu bukan hanya mewakili dirinya sahaja di dalam Dewan tetapi beliau juga adalah mewakili rakyat kawasan mereka yang telah dipilih bagi menyuarakan kehendak dan aspirasi rakyat setempat.

Menggantung Ahli Dewan samalah seperti kita menyekat suara rakyat. Ini sangat bercanggah dengan semangat dan nilai demokrasi.

Saya tidak pelik kalau Speaker di kalangan parti BN biasa menggantung ahli dewan parti pembangkang, kerana kita faham mereka memang telah banyak mencabul dasar-dasar demokrasi. Tetapi bila Speaker dari PR juga berperangai dan bertindak dengan cara yang sama, malah lebih teruk lagi, maka kita tidak nampak kelebihan dan kebaikan PR berbanding BN dalam soal untuk mendaulatkan amalan demokrasi di Negara ini.

Kalaupun kita tidak menyukai seseorang Ahli Dewan itu kerana telah melakukan suatu kesalahan maka biarkanlah atau gunakanlah makamah untuk mengadili mereka, ataupun rakyat juga boleh mengadili mereka dalam setiap pilihanraya umum. Tetapi janganlah sewenangnya menggunakan DUN melalui kuasa Speaker untuk menghukum mereka yang tidak mungkin mereka dapat peluang membela diri mereka di situ.

DUN adalah tempat untuk mengutarakan segala pemasalahan rakyat, usah jadikan DUN sebagai gelanggang politik balas dendam.

3 comments:

Anonymous said...

tengok juga di negeri yg BN perintah..sama je tuan, 2 x 5

jonathan ong said...

Saudara,

Khir Toyo digantung atas sebab ketidakhadirannya di SELCAT (Select Committee on Competence, Accountability and Transparency). Di negeri-negeri BN pula, wakil rakyat pihak pembangkang pernah digantung atas sebab yang jauh lebih remeh.

Mohd. Rizal said...

Assalam wbt.

Biase le tu.....dalam politik....bila ada kuasa....macam-macam kita boleh 'manipulasikan'.......

Sabar aje le Dr. Khir......Kalau anda di pihak yang benar, Allah akan menolong anda jua, tak perlulah terlalu risau. Wallahu'alam.

Boikot Barangan Yang Membiayai Kekejaman Israel

my playlist


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com